✘ Bab 28 ✘

1.9K 112 0
                                    

Tok! Tok!

"Eh tepi la biar Feeya masuk dulu!"

"Apahal pulak kau? Aku abang kan? Kau tu adik belajar la mengalah dengan aku!"

"Eleh, selang 5 minit je itupun berkira!"

Kain telekung aku biarkan tersarung pada tubuh. Perlahan lahan aku bangun dari sejadah dan menuju ke arah pintu apabila terdengar bunyi ketukan pintu serta suara pasangan kembar Afeef dan Afeeya yang ada ura ura untuk bergaduh di depan pintu. Sedikit sebanyak, keadaan perut yang membesar ini agak membataskan pergerakan.

TokTok!

Aku membuka pintu bilik. Afeef dan Afeeya tersengih sengih pada aku. Tidak menunggu lama, aku mempelawa mereka untuk masuk memandangkan aku sudah cukup serasi dengan mereka. Aku labuhkan duduk di atas katil. Afeeya mengambil tempat di sebelah aku manakala Afeef lebih senang duduk di lantai.

"Ada apa tiba tiba ketuk pintu bilik akak macam nak roboh?" pada soalan itu, aku ketawa kecil apabila mereka menayangkan sengih tidak bersalah.

"Sorry la kak Hana. Sebenarnya kitaorang ada hadiah nak bagi." Afeeya menjawab soalan aku lantas menendang nendang lutut Afeef yang duduk di bawah. Afeef pada mulanya agak 'blur' tapi tidak lama untuk dia mengerti apabila menerima isyarat mata dari Afeeya.

"Nah, ini untuk Fayyadh. Pakaikan waktu hari pertama dia tau!" Afeef mengambil sesuatu yang disorok dibelakangnya sejak tadi. Di tangannya, terdapat satu kotak hadiah set baju bayi.

"Afeef dengan Feeya beli ni guna duit belanja yang ibu bagi ke?"

Aku semakin rasa bersalah apabila kedua dua mereka mengangguk sebagai jawapan. Sama seperti ibu Zarina, Afeef dan Afeeya turut teruja menunggu kelahiran Muhammad Fayyadh.

"Tak ada hal pun, kak. Bukannya mahal sangat pun hadiah kitaorang ni." Afeef menjawab seperti hal itu langsung tidak membebankannya.

Aku tersenyum kecil namun air mata turut mengalir sambil perut aku usap perlahan. Fayyadh sayang, ummi bersyukur sebab keluarga ibu Zarina ada untuk kita...

Terima kasih, Ya Allah...

"Kak Hana, jangan la sedih. Kitaorang kan ada dengan akak?" Afeeya di sebelah memegang bahu aku dan ditarik ke dalam pelukannya. Air mata aku turut disapu namun aku sempat lihat matanya juga turut berkaca.

"Feeya kata dekat akak jangan sedih. Tapi kenapa Feeya pun macam nak menangis ni?" untuk seketika, aku tertawa kecil apabila air mata Afeeya mengalir perlahan dari tubir mata.

"Siapa suruh akak nangis? Habis Feeya berjangkit sedih sekali!" Afeeya mengelap air matanya kasar lalu berpeluk tubuh seolah olah merajuk denganku.

"Alahai, merajuk pulak adik akak ni..." tubuh Afeeya aku tarik semula ke dalam pelukan. Dia tidak menolak malah mengeratkan lagi pelukan aku padanya.

Afeeya, Afeeya...

Dia orang pertama yang mengalirkan air mata ketika aku membuka mulut tentang kejadian aku dirogol. Dia juga yang pertama mengalirkan air mata selepas aku apabila mendapat tahu aku mengandung akibat perbuatan lelaki itu.

Kadang kadang pada waktu malam, aku selalu termenung mengenangkan semua perkara yang pernah terjadi dalam hidup aku. Bukan aku tak tahu, Afeeya akan mengalirkan air mata tiap kali dia lihat keadaan aku begitu.

Di luar, nampak saja ganas apabila setiap hari bertikam lidah dengan Afeef. Tapi aku mengerti, dia juga seorang perempuan yang hatinya lembut. Mudah terluka walaupun yang terluka itu bukan dirinya.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now