💄Part 51💕

2.8K 237 22
                                    

Aku berlari sepantas yang boleh dalam hujan.  Lantaklah apa nak jadi pun, apa yang aku risaukan sekarang hanyalah suami aku! 

Aku terus berlari masuk ke dalam wakaf bas dengan nafas yang tercungap cungap.  Fuh!  Macam berlari marathon nah kau!  Pakcik guard tu pandang aku tak berkelip tadi dah aku pun berlari tak cukup tanah.

"Yana" suara garau itu mengejutkan aku.  Aku terus mengangkat kepala. Abang Faris sedang duduk bersila sambil berpeluk tubuh.  Mukanya kelihatan pucat sangat. Kasihan pula aku melihatnya. Terus aku mendekati abang Faris.

"Encik, encik okay tak ni?" tanyaku sebelum duduk di sebelah abang Faris.  Dengan keberanian yang ada aku pegang tangannya.  Dapat ku rasa tangannya menggigil. Badannya juga turut menggigil sama.  Rasa serba salah mula bertandang dalam hatiku.  

"Ce-cepat betul kau habis latihan? Datang sini terus pegang aku, apahal?" kata abang Faris sambil memandangku tidak berkelip.  Tangannya masih lagi memeluk tubuh.

Aku mengendahkan soalan itu. Mataku melilau mencari beg sekolah abang Faris.

"Mana beg sekolah encik?" tanyaku sambil menghulurkan tangan.

Pelik pula abang Faris melihatnya.

"Kau nak buat apa? Nak rompak aku?  Eh kau kaya lagilah dari aku"

"Im not joke husband!" tegas aku menutur kata.  Orang ni tengah risaukan dia, dia boleh pula bergurau senda sekarang.

Bulat mata abang Faris melihatku.  Dia menelan liurnya dengan mata yang tidak berkelip melihat isterinya.

"Hah?  Apa kau kata? "

"Husband common! Ppali!"

Abang Faris terus menghulurkan beg sekolahnya yang sedikit terbuka itu. Tanpa berkata apa terus aku buka beg sekolahnya lalu mengeluarkan kot pengawas abang Faris.

"Hmph.. Dah tahu sejuk kenapa tak pakai kot encik?  Sayang?  Takut rosak ke?  Kalau encik yang sakit kot ni pun tak boleh buat apa lah encik!" marahku dengan dahi berkerut.  Tak puas hati pula aku dibuatnya.

Abang Faris memandang lain.

"Aku tak ingat lah" gumamnya sendiri. Comel! Tapi masih boleh didengar olehku.

"Saya dengarlah encik..ni encik boleh bangun tak ni?" tanyaku dengan nada risau semula. Aku tahu abang Faris demam sekarang kerana badannya mula terasa bahang.

"Asal? Kalau aku tak larat kau nak dukung ke wife?" kata abang Faris sambil tersenyum kecil.  Walaupun sinis nampak sweetnya.

Aku mencebik. Dalam sakit pun pandai bergurau.

"Kalau encik tak larat duduklah sini,  saya nak balik" tempikku di tepi telinga abang Faris lalu segera mengangkat punggung. Belum sempat aku melangkah abang Faris sudah menarikku kepadanya membuatkan aku tersembam atas dada abang Faris.

"Berani kan kau nak tinggal aku wife?  Tak takut derhaka ke hah?" bisiknya betul betul di mukaku.  Jantung aku mula berdegup rancak.  Boleh tercabut juga nanti.

Aku terus menolak muka abang Faris lalu bangun darinya.  Baju aku dibetulkan sebelum melangkah.

"Eh, kau betul betul nak tinggalkan aku ke Yana?!" risau sungguh abang Faris takut ditinggalkan.

"Ceh muka garang, dingin tapi merengek macam budak budak" omelku sendirian. Bila aku nampak abang Faris berusaha untuk bangun terus aku jadi tidak keruan.

"Eh encik! Duduklah sini saya nak pergi call Pakcik Megat jap kat pondok" kataku segera menyuruh abang Faris duduk semula. 

"Alah tak payahlah, kita balik jalan kaki nak?" katanya dengan suara sayu sedikit. Aku tahu dia tidak larat nak bercakap sekarang.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now