💄Part 9💕

6.1K 303 1
                                    

" Jap apa maksud awak jantan yang nak apa apakan saya?" soalku pelik. Dalam kepala otak aku memikirkan hal yang tak sepatutnya. Hah! Isshhh apa pulak laa kepala hotak aku ni proses. Takde bende lain ke?!

"Tak laa maksud saya kita kan berdua je kat sini, orang lain semua dah balik" jujur Fiqry masih tidak lekang senyumannya. Aku mengangguk perlahan. Ye tak ye jugak kan.

Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon! Pon!

Ya Allah! Pekak boleh telinga aku! Dahla hon banyak kali pulak tuh! Sape dia laa yang otak separuh kat laut?

"Emm awak saya rasa tu abang awak laa....sebab dia asyik tengok awak jer" kata Fiqry sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah motosikal yang agak besar itu.

Bulat mata aku dibuatnya. Abang? Aku ni tunggal laa camne pulak tetiba ade abang. Kepalaku terus berpaling ke arah tuan motosikal tersebut. Kelihatan seorang lelaki memakai kot coklat memberi isyarat kepala agar aku naik.

Haik sape pulak lelaki ni? Stranger ke?!

Aku hanya buat muka blur sahaja. Aku melihat lelaki itu turun dari motosikalnya dan menuju ke arahku. Lalu dia terus menarik lenganku secara spontan. Tergamam aku dengan perbuatannya yang tiba tiba.

Aku terus menarik lenganku kasar sebaik sahaja sampai di motosikal.

"Kau sape hah?! Tiba tiba tarik tangan aku ingat aku apa! Sedap sedap ambik orang macam tuh jer....ke kau nak aku call polis?" marahku kepada stranger tersebut. Tanganku waktu itu sudah mengempal penumbuk. Aku melihat lelaki itu membuka cermin helmet.

" Ni akulaa pendek!...." kata lelaki itu. Terkejut aku dibuatnya. Abang Faris! Terus aku menutup semula cermin helmetnya itu harap Fiqry tak nampak la... Kalau tak mampus aku!!

"Ishhh sakitlaa sengal!" marah abang Faris membaiki helmetnya yang aku sudah sengetkan sedikit. Dan membuka semula cermin helmet tersebut.

"Kau apasal hah?! Sia sia je aku dengar cakap nenek ambik kau! Kalau aku tahu aku biarkan aje kau kat sini....biar kene kejar ke anjing!" sambung abang Faris membuat riak muka marah.

" Padan muka! Sape suruh encik Faris amik saya? Dah tahu plan nenek tuh ape so jangan buat laa!"marahku pula. Mana aci dia nak panas baran kita pulak nak panas baran jugak!
Aku melihat abang Faris tersenyum sinis.

"Kau ingat aku nak amik sangat ke kau, kalau tak disebabkan nenek aku biarkan aje kau duduk sini biar kena culik pon aku tak kesah! Senang lenang hidup aku kalau kau tak de" kata abang Faris sinis. Aku memberi jelingan tajam ke arah abang Faris. Ade jugak orang masuk hospital petang petang ni!

"Ehem ehem" dehem Fiqry membuatkan aku dan abang Faris berhenti bercakar. Aku menepuk dahiku. Macam pulak aku boleh lupa pasal Fiqry. Haduh malunyaa! Mesti dia dengar aku dengan pakcik singa bergaduh tadi.

"Sape tu?" soal abang Faris kepadaku. Apabila aku pusing menghadap abang Faris aku terus melompat menutup cermin helmet abang Faris. Hish aku tutup dia pergi bukak pulak!

"Hishh apa kau..."

" Isshhh senyap ajelaa kalau encik Faris tak tutup cermin tuh nanti we gonna to die!" tak sempat abang Faris bercakap aku telah memotong kata katanya. Aku melihat riak muka abang Faris hanya biasa sahaja tapi dia tidak mengganggu cermin itu.

"Dah laa jom balik jangan nak terhegeh hegeh nanti aku tinggal hidup segan mati tak mahu la kau!" kata abang Faris tegas lalu dia menaiki motosikalnya sambil memasang enjin.

Baru sahaja aku nak naik di belakang abang Faris telinga aku sempat menangkap panggilan Fiqry.

"Awak! Buleh saya tahu nama awak?" soalan Fiqry itu kusambut dengan anggukan.

" U can call me Fatin" jawabku ringkas.

"So kita kawan la ye?" soal Fiqry balik.

" Yes....just friend not more okay?" jawabku senang. Aku melihat Fiqry mengangguk tanda setuju.

"Haduh sejam pon tak habis drama melayu ni" keluhan abang Faris dapat ku dengar dengan jelas.

Tak sempat aku membalas keluhannya itu abang Faris sudah memecut laju mengalahkan kereta lumba. Mahu terbalik aku dibuatnya. Tak reti bawak moto ke dia nih! Nak tercabut kepala aku tiba tiba bawak laju! Aku memegang pemegang moto yang ada di belakang. Memang tak laa aku nak pegang pinggang abang Faris! Bende tuh laa last sangat sangat dalam list aku!

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now