💄Part 68💕

2.4K 148 32
                                    

"Ehem" dehem Pakcik teksi itu sambil tersenyum kecil.

Aku yang mendengar deheman Pakcik teksi tersebut terus menolak muka abang Faris kemudian membetulkan duduk. Beg sekolah menjadi perantaraan antara kami. Haduh, tak careful betul lah abang Faris ni! Ikut sedap dia je!

Abang Faris pula ketawa kecil kemudian dia juga membetulkan duduknya. Aku melihat pada abang Faris. Haih, tenang betul. Dia tak fikir ke kalau Pakcik tu syak apa apa pasal aku dengan dia. Yelah, tiba tiba buat tadi mesti Pakcik tu ingat aku dengan abang Faris ni kekasih. Haduh, mintak jauh! Aku tak pernah pun ada kekasih selama ni!

Aku mengintai ke depan. Melirik ke Pakcik itu. Haduh, risaunya takut Pakcik tu ingat aku dengan abang Faris ni kekasih. Aku tak nak lah Pakcik ni fikir lain. Perlu ke aku terangkan kat Pakcik tu?

Yang abang Faris ni pun, bukan nak terangkan kat Pakcik tu aku dengan dia laki Bini! Pakcik tu pun senyap je. Kalau kena dekat Pakcik bawang? Tak pasal sebar fitnah.

"Woi, kita dah sampai sekolah lah" tegur abang Faris padaku. Aku yang sibuk bermonolog dalam hati melihat ke luar tingkap kereta. Haah la, kat depan sekolah dah pun. Tak perasan khusyuk sangat duk bebel dah sampai sekolah dah pun.

Aku melihat abang Faris turun dari perut teksi tersebut terus kalut turun sekali. Aku mendapatkan abang Faris kemudian berada di sebelahnya. Abang Faris tenang sahaja bergerak ke Pakcik itu.

"Terima kasih Pakcik, maaf sebab hal tadi" katanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku memandang abang Faris. Tu je ke?

"Hahaha takpe...Pakcik gerak dulu ye" kata Pakcik tersebut kemudian menutup tingkapnya. Alamak!

"Ahh Pakcik.." belum sempat aku kata apa teksi Pakcik itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.

Aku dah ternganga. Ha sudah! Aduii, habislah.

"Encik!" Aku memandang tepi tapi abang Faris sudah tiada. Aku memandang belakang rupanya dia sudah jalan meninggalkan aku. Terus aku mengejarnya. Mujur juga disini hujan sudah reda. Hanya rintik rintik saja. Bolehlah aku berlari.

"Encik!" Jeritku memanggilnya. Kemudian aku menutup mulut. Mataku memerhati ke sekeliling. Ramai mata yang melihat ke arahku. Aduh, ini bukan Masa yang sesuai.

Yang pakcik singa tu pulak sedap dia jer pergi lepas tu aku panggil buat tak tahu je. Hah, walaupun semalam dia dah luahkan perasaan dia tapi perangai singa dia tu tetap sama. Acah macho la!

Dalam membebel tu aku meneruskan perjalanan aku ke kelas. Bila loceng sudah berbunyi, terus aku memecut bagai tak cukup tanah.

**********

Aku meletakkan kepala di atas meja. Jadual hari ini memerlukan buku teks yang banyak. Dahlah sakit bahu tambah pula kepala aku ni tak habis duk fikir perihal tadi. Abang Faris pula malas bagi kerjasama.

"Haahhhhhh" keluhku panjang.

"Fatin, kau taknak rehat ke?" Tanya Fina disebelahku. Hija pula baru saja datang ke meja kami.

"Pergilah, tak ada mood" tolakku perlahan. Fake betul! Perut aku duk berdrama dah ni lapar.

"Kau nak pesan apa apa tak?" Tanya Fina sekali lagi. Keningnya dikerutkan risau melihat sahabatnya.

"Air mineral satu" jawabku ringkas.

"Okay, aku belanja roti satu" kata Fina kemudian bangun dari duduknya. Aku memandang Fina dengan muka cemberut.

"Tak payahlah" kataku perlahan.

"Eleh, padahal kau nak kan?" Sergah Hija walaupun dah lama dia berdiri di situ tapi suara dia memang orang yang pekak pun boleh dengar.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now