💄Part 11💕

6.1K 291 4
                                    

"Macam mane orang jawab salam bukan main lama nak habis jawab tuh?" kata lelaki itu sambil ketawa terkekek.

"Fiqry! Awak buat apa sini? Shopping ke?" soalku tersenyum riang. Tak sangka pulak jumpa si abang spectacles kat hypermarket.

"Tak laa saya mengintai awak" jawab Fiqry gatal. Terus riak wajahku berubah. Ishh dia ni agak agaknya saja nak buat aku marah.

"Ishhh jangan nak menggatal ye! Karang ade jugak bagi penumbuk free depan orang ramai nak?" balasku sambil menunjukkan penumbuk yang sudah sedia mencium muka orang. Pasal pulak nak menggatal tak tentu pasal dia ni.

"Ehhh tak tak.....jangan laa gurau jer! Dah nama pun hypermarket so mestila nak beli barang...ape laa awak ni" katanya sambil ketawa riang. Riak mukanya menampakkan yang dia sedang bahagia. Aku pun turut tersenyum senang.

"Haaa tau pun takut" balasku turut ketawa.

"Ohh anyway awak datang dengan siapa?" soal Fiqry sambil matanya melilau mencari orang yang datang bersamaku. Tersentak jantungku sebentar. Aku menepuk dahiku. Baru aku teringat aku sedang mencari abang Faris!

"Woi!" sergah seseorang dibelakangku tiba tiba. Apabila aku menoleh kebelakang kelihatan abang Faris sedang ralik memerhatikanku sambil berpeluk tubuh.

"Ohh ni kan abang awak yang amik awak kat sekolah hari tu?" soal Fiqry tidak lekang senyumannya. Dia menghulurkan tangan kepada abang Faris dan abang Faris menyambutnya.

Fuh! Lega hatiku mujur abang Faris sambut kalau tak malu aku depan Fiqry.

"Hai nama saya Fiqry kawan Fatin" kata Fiqry penuh sopan. Aku melihat abang Faris tersenyum sinis.

"Im Faris Farhan" balas abang Faris ringkas.

"Macam pernah nampak kat mana ehh?" soal Fiqry. Bulat mataku sebentar terus aku bangun.

"Ehh awak tak kenal dia....sebab abang saya ni baru balik dari Australia" dalihku cemas. Fiqry mengerutkan dahinya tanda kurang percaya dengan apa yang aku katakan.

"But Faris Farhan its sound familiar" kata Fiqry masih lagi menetapkan pemendiriannya.

"Aaa.."

"Emmm dah lewat dah ni...ahh jom kita balik mesti mama dan papa dah tunggu jom" potong abang Faris terus menarik tanganku. Nak terjatuh aku dibuatnya. Mujur aku sempat memegang troli dan menarik mengikutku.

"Kita jumpa nanti sekolah ye!!" Sempat lagi Fiqry laung kepadaku. Aku hanya sempat mengangkat thumbs up sahaja.

"Menggatal pulak ehh kau...waktu aku takde kau menggatal waktu aku ada kau berpura pura macam takde bende yang berlaku....pandai ehh kau berlakon" perli abang Faris sejurus Fiqry sudah tidak kelihatan di pandangan kami.

"Apa masalah encik Faris sebenarnya...saya buat itu salah saya buat ini salah apa salah saya kat encik Faris!" marahku kepada abang Faris. Marah yang sudah lama ku tahan akhirnya ku hembur ke muka abang Faris. Aku melihat abang Faris tersenyum sinis.

"Bila dah buat salah tak ngaku bila orang lain buat salah bukan main tunjuk betul tak?" balas abang Faris menghadirkan seribu tanda tanya di kepalaku. Aku masih lagi tak paham dengan abang Faris. Apa yang dia nak? Apa salah aku? Kenapa aku jugak yang dia tuduh? Pelbagai soalan yang bermain di fikiranku sekarang ini.

"Saya penat laa macam ni....encik Faris tuduh saya tanpa saya tahu sebabnya.... Sakitkan hati saya.... What do u want actually?" kataku dengan penuh drama. Memang betul aku memang penat! Penat dengan tuduhan yang tak habis habis kena ke muka aku.

Abang Faris kulihat tersenyum sinis. Dia meraup mukanya kasar.

"Jangan buat tak tahu laa Yana! Kau bunuh Pia and now kau tak mengaku bersalah pulak!" marah abang Faris kepadaku. Tergamam aku dibuatnya. Aku bunuh orang? Haduh pening betul kepala aku camni!

"Faris Farhan!" tegas kedengaran si empunya suara. Aku hanya menunduk wajah menghadap lantai yang putih bersih. Aku cukup kenal dengan suara itu.

"Nenek" slow abang Faris memanggil nenek. Tidak segarang singa seperti tadi. Huh kalau laa aku pun boleh dilayan dan dipanggil elok macam abang Faris panggil nenek.

"Yana jom pergi bayar" ajak nenek kepadaku. Aku terus mengangguk laju dan mengikut langkah nenek. Aku melihat abang Faris meraup mukanya kasar dan mengikut jejak langkah kami dari belakang.

*************

Usai makan kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu atas arahan nenek. Nenek kelihatan agak dingin semenjak kejadian di hypermarket tadi. Abang Faris pulak asyik senyap dan tak bercakap ngan sapa sapa.

"Hari ni Faris Yana nenek nak kamu tunaikan hajat nenek boleh tak?" kata nenek memulakan bicaranya setelah sekian lama membisu. Aku memalingkan muka kepada abang Faris dan abang Faris juga memandang ke arahku.

"Mak... Mar rasa ni bukan masa yang sesuai lagipun Yana masih belajar dia baru form 4....biarlah Yana habis belajar dulu baru kita bincang hal ni ok?" lembut mama berbicara dengan nenek. Dalam kepala otakku sedang menjawab beribu soalan. Apa yang sebenarnya berlaku ni?

"Betul tuh mak... Midi pun rasa this is not the right time....mak please jangan buat tindakan melulu" pujuk papa lembut. Aku ni macam tunggul kayu dah memang tak paham apa yang diorang katakan ni. Apa masalah benda ni dengan hal pelajaran aku? Makin pening aku!

"Kalau tak sekarang bila lagi? Faris lepas SPM nak pergi Korea sambung belajar dan SPM dia tak lama lagi. Yana pulak tahun depan dah SPM mesti dia sibuk dengan pelajaran dia. So when!" marah nenek.

"Tapi mak nanti Faris balik dari Korea kita still boleh bincang pasal ni" mama tetap mahu memujuk nenek.

"Nenek apa benda ni? Faris tak paham" kata abang Faris membuka bicara setelah lama mendiam. Aku hanya menyokong apa yang abang Faris kata sebentar tadi. Yelaa aku pening diorang asyik cakap benda yang aku kurang paham.

"Nenek nak korang berdua kahwin!" tegas nenek bicara sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah aku dan abang Faris. Tergamam aku dibuatnya.

"What?! Like seriusly nenek! No, Faris takkan kahwin dengan budak clumsy nih" kata abang Faris membantah. Aku yang dengar ayat last tuh rasa geram. 'budak clumsy'? Sedap betul mulut mengata orang lepas tuh kau tuh 'pakcik singa'!

"Yela nek Yana pun tak setuju dengan cadangan nenek nak Yana kahwin dengan 'pakcik singa' tuh" kataku menekankan panggilan 'pakcik singa'. Mataku dapat menangkap mata abang Faris yang tajam itu memandangku seperti singa kelaparan.

"Lantak kamu laa nak kata apa pun yang penting next week nenek nak korang bertunang" kata nenek tegas memberi kata putus. Lalu nenek terus bangun bergerak meninggalkan kami disitu.

"Ni semua salah kau!" kata abang Faris marah. Lalu abang Faris berlalu meninggalkan kami yang hanya boleh mendiamkan diri.

Aku hanya perhati abang Faris menaiki tangga dengan pandangan yang kosong. Aku mengeluh sendirian akhirnya aku buat keputusan untuk naik ke bilik.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now