💄Part 36💕

4.8K 285 15
                                    

Abang Faris melihatku dalam. Aku mengundurkan kepalaku. Mahu saja aku lari tetapi aku sudah terkurung.

Tiba tiba satu idea muncul dari benak fikiranku. Perlahan lahan aku mengukir senyuman.

"Kenapa kau senyap?" tanya abang Faris dengan senyuman nakalnya. Perlahan lahan aku mengusap dada abang Faris lembut.

"Kalau senyap, itu tanda i ready to do it with you" kataku dengan penuh godaan. Ternyata air muka abang Faris terus berubah. Dalam hati aku gelak habis bila lihat wajah resah abang Faris.

"Kenapa encik senyap?" dari dada tanganku mula meliar di lehernya. Senyuman aku terus menerus lebar. Aku mengetap bibir bawahku biar lagi menggoda. Makin resah abang Faris dibuatnya.

"I...ini bukan kau..." abang Faris cuba melepaskan diri. Dia cuba mengalihkan tanganku dari lehernya. Tapi bukan semudah itu aku nak lepaskan! Hahaha! You want play game that much right?

"Laa kenapa pulak? Bukan ini ke yang real suami isteri buat, tak salah pun kan" sekali lagi aku cuba untuk menggoda abang Faris. Jari telunjukku diletakkan di dagu abang Faris. Makin laa si dia tak selesa.

"Lagipun bukan encik suka type macam ni? Liar" sambungku sambil mengigit bibir bawah. Abang Faris mengulumkan senyum.

"Yes, keliaran kau buat aku tergoda, sekarang aku nak tanya kau..." dia mendekatkan mukanya denganku. Sekarang serius aku pulak yang cemas. Apa yang tak kena dengan mata dan suara menggoda dia tu?

"Haa...a...apa?" suaraku mula getar. Aku cuba mengundur mukaku dari abang Faris. Tapi dia cekap mengunci pergerakanku.

"Do you want to play that game tonight?" kata kata abang Faris buat aku kecut perut. Game! Haa...habislah aku.

"So what do you think? Bed right now" terus si dia mendukung aku. Terjerit kecil aku dibuatnya. Aku cuba bergelut untuk lepaskan diri tapi abang Faris menampar lembut punggungku.

Tak berkelip aku. Malunya! Tiba aku rasa perut aku berpulas.

"Jap" hidung aku sekejap naik sekejap turun. Mulut aku dimuncungkan.
Abang Faris meletakkan aku di kepala katil lalu mengunci aku dengan belah tangannya. Senyuman masih tegap di bibir.

"What? You want to add something?" tanya abang Faris. Matanya melihat tepat ke arah bibirku. Aku terus buat gaya menutup hidung.

"Aku mandi dah okay, kau saja nak mengelak kan?" kata abang Faris, keningnya dikerutkan. Rasanya dia dah mandi tadi.

"Erm...saya rasa saya terkentut" kataku dengan sengihan tidak bersalah. Makin naik malu aku bila ia terkeluar lagi.

"Saya sakit perut laa encik" omelku sambil menekan perutku. Tergelak kecil abang Faris dibuatnya. Dia membuka pertahanannya lalu aku terus berlari ke tandas dengan kalut sekali.

"Kau terlepas kali ni, pendek" kata abang Faris perlahan. Sebuah senyuman lahir di bibirnya. Lalu dia turun dari katil dan berarah ke bilik air.

"Ahh sedapnya, aku rasa ni mesti gastrik, lagipun aku tak makan apa apa lagi sebab tunggu si singa tu balik" bebelku sambil membasuh tangan. Aku mengangkat muka lalu ia bertemu dengan cermin dinding.

"Aku tak patut marah dia tadi, dan aku tak patut skip makan" aku memegang perutku yang sudah berbunyi dram. Pergh, lapa wey!

"Anyway, apa yang berlaku kat sekolah tadi? Tertanya tanya pulak aku" omelku. Ia masih menjadi pertanyaan dalam fikiranku. Aku mengeluh perlahan.

"Aku rasa ni mesti sebab aku, haaa! Aku ni memang menyusahkan" aku mengetuk kepalaku perlahan. Aku memulas tombol pintu dan melangkah keluar.

"Aku akan cerita kat kau apa yang terjadi" suara itu membuatku terkejut. Aku memandang kananku. Abang Faris sedang berdiri tegak dan tangan dimasukkan ke dalam poket.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now