💄Part 8💕

6.5K 297 0
                                    

Sekarang masa rehat bagi pelajar tahap 2 pula. Aku dan Fina terus bergegas ke kantin apabila melihat ramai manusia mula memenuhi ruang makan. Kena cepat or nasi ikan keli habis!!

"Fuh mujur sempat kan Fatin" keluh Fina sambil memegang satu bungkus nasi berlaukkan ikan keli dan air teh O.

" Haah ramai gila manusia kat kantin tak dih...fuh selamat" kataku lega. Takpe sekurang kurangnya dapat makan nasi!

"Aduh!" aduhku sambil memegang kepala. Haduh bahu sapa pulak yang keras mengalahkan batu nih! Sakit kepala aku!

"Ehh maafkan saya" kata lelaki pengawas itu meminta maaf kepadaku. Mak! Lelaki rupanya! Nilaa sebab aku tak suka lelaki! Bahu bukan main keras sakit kepala aku dibuatnya!

"Takpe its okay"

"Awak okay tak?" soal lelaki itu kepadaku. Ceit! Ape gila ke lelaki nih! 'awak' 'saya'! Like seriusly!

" A...haah okay ii....ok bye" kataku terus cabut meninggalkan lelaki tersebut. Malas hendak tengok muka dia. Serabut! Teringatkan pengawas takdi buatkan aku teringat balik si pakcik singa tuh! Arggh!!

" Wei Fatin sampai hati kau tinggal aku dengan abang pengawas tadi!" rengek Fina sambil mencuit pinggangku. Terlompat kecil aku dengan tindakan spontan Fina itu. Ya Allah! Macam manelaa aku terlupa BFF aku tadi!

"Tak payah nak tepuk sangat laa dahi kau tuh banyak kali! Aku tau laa kau lupa aku kan! Sampai hati kau babe!" bebel Fina membuat muka baby face dia tuh. Aku pulak tersengih macam kerang busuk.

" Alaa sorry ahh sis....dah laa jangan majuk tak comel laa kau merajuk...dah jom makan!" kataku tersenyum manis ke arah BFF ku yang sorang ini. Fina pula terus mengangguk laju. Ohh bab makan laju pulak die ni!! Terus aku menarik tangannya menuju ke kelas.

**************

Haduh mane pulak pakcik Megat nih! Dah pukul berapa dah nihh nanti terlepas pulak cerita Runnig Man!! Ahh tak boleh tak boleh! Aku tak pernah lepas cerita Running Man!

"Hai" sapa seseorang tapi aku buat tak tahu sahaja. Aku teruskan menghenjet kaki dan kepalaku melihat kereta Honda Civic putih.

"Assalamualaikum" sapa orang tuh lagi. Haish tak paham ke aku dalam keadaan mustahak sekarang ni!

"Tak jawab salam dosa tau"

" What is your problem actually?" kataku bersemuka dengan dia. Menyampah betul orang tengah serabut dia pergi menambahkan keserabutan tuh lagi!

"Awak tak ingat saya ke?" soal lelaki itu dengan muka selenganya. Ya Allah! Tak paham bahasa ke dia nih! Mungkin sebab aku cakap bahasa Inggeris dia tak paham kut.

"Perlu ke saya ingat awak! Please jangan kacau saya boleh saya tengah sesak ni" kataku lalu menghadiahkan jelingan tajam kepada lelaki itu.

" Amboi garangnye...saya just tanye salah ke?" balasnya lembut kepadaku. Geram betul laa mamat ni!

" No i dont know you! Puas hati! " kataku tegas. Aku melihat lelaki itu ketawa mengekek. Aku buat lawak ke tadi? Aku tengah serius dia ketawa pulak! Nak merasa kaki aku agaknya.

" Lucu laa awak ni...kita baru aje bertembung waktu rehat tadi tak kan tak ingat dah?" kata lelaki itu sambil mengangkat kening. Hah? Tembung waktu rehat tadi? Tiba tiba otakku mula melayar balik kejadian tadi.

" Emm... Abang pengawas bahu keras tuh ke?" tekaku membuat riak muka inginkan kepastian. Sakit hati aku apabila pengawas itu gelak sekali lagi. U want me to be Hulk didnt u?

" Ape gelak gelak! Its not funny ok!"

"Jap...bahu keras? Kenapa panggil macam tu? Keras sangat ke bahu saya" kata lelaki itu dalam nada ketawa. Aku hanya menjeling tajam malas hendak melayan. Kepalaku masih lagi mencari kereta Honda Civic.

"Okay okay.... Im sorry.... Anyway my name is Fiqry" kata Fiqry sambil tersenyum manis. Aku hanya senyum memberikan senyuman segaris kepada Fiqry. Lalu terus kepalaku menghadap jalan raya berharap kereta pakcik Megat muncul di hadapan mata.

"Boleh tak kalau saya nak tahu nama awak? Its unfair la kalau saya sorang je yang bagitau nama kat awak" kata Fiqry membuatkan aku makin menyampah dengan sikapnya.

"Penting ke saya bagitau nama saya kat awak? Tak kan....so kalau dah takde pape nak tanye boleh blah" balasku sinis tetapi sopan. Aku melihat riak muka Fiqry murung dan terus mengangkat kaki pergi dari situ.

Aku memukul kepalaku. Haduh buat dramaking lah pulak dia nih! Sentap sangat ke ayat aku tadi? Rasa serba salah pon ade! Sian lah pulak tengok dia nak panggil atau tak? Yes or no! Yes or no! Yes or no! Aaahh buntu!

"Weyh" akhirnya aku panggil Fiqry. Fiqry yang mendengar terus memusing kepalanya.

"Ss...saya minta maaf sebab kata kata tadi yang menyakitkan hati awak, miyanhaeyo" sambungku sambil meminta maaf dalam bahasa korea. Maklumlaa minat korea kan.

"Mi...mi ape?"

"Miyanhaeyo maksudnya minta maaf dalam korea"

" Ooo"

"Its okay laa lagipun saya paham takkan laa awak nak bagitau nama awak kat stranger yang awak baru kenal tadi...mesti awak ingat saya ni jantan yang nak apa apakan awak kan?" sambung Fiqry paham akan situasi aku. Senyuman manis diukir di bibir. Tergamam aku dibuatnya. Serius! Kalau semua perempuan tengok senyuman si Fiqry ni memang cair dok! Walaupun dia ni spectacles.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now