💄Part 42💕

3.4K 243 14
                                    

"A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"A...ermmm..." gumam abang Aslam sendirian. Dia cuba untuk tidak buat Gia digantung sekolah. Tapi bila difikirkan amanah yang sekolah beri sangat berat. Akhirnya abang Aslam buka mulut.

"Gia mulakan pergaduhan dulu cikgu" kata abang Aslam berterus terang. Dia menunduk ke bawah. Dia tahu bahawa muka kak Gia memang naik hantu sekarang ini.

Ustaz Bidin memandang kak Gia tajam. Cikgu Faisal pula mengeluh selepas mendengar pengakuan abang Aslam.

"Gia...jumpa saya kat bilik guru! Sekarang!" marah ustaz Bidin tepat ke arah kak Gia. Tersentak senior diva itu dibuatnya.

Kemudian mata ustaz Bidin menghala ke arah pelajar.

"Yang lain masuk kelas, kelas dah nak start tercegat apa lagi kat sini?!" marahnya tegas. Semua pelajar mula berpusu pusu mengosongkan ruang kantin dengan segera. Takut dimarahi lagi teruk lepas ni.

Sebaik sahaja aku mula melangkah bersama Hija dan Fina, cikgu Faisal mula bersuara.

"Kecuali kamu yang terlibat jangan masuk kelas lagi" tegurnya lembut tapi tegas. Aku dan yang lain mula berdiri tegak seperti kayu balak.
Kak Gia sudah pun pergi ke bilik guru bersama ustaz Bidin jadi tinggal kami sahaja.

Aku, Hija, Fina, abang Aslam, abang Aiman dan juga abang Faris. Kami hanya senyap di hadapan cikgu Faisal kini.

"Apa yang sebenarnya berlaku di sini? Cikgu kalau boleh tak nak denda kamu semua tapi kamu tahulah kan undang undang sekolah" kata cikgu Faisal dengan tegas. Kami tetap senyap. Tidak bersuara.

Hija mula rasa tidak teratur kini. Entah kenapa hatinya mula resah semacam. Takut didenda agaknya.

"Cikgu, sebenarnya..."

"Tadi cuma accident cikgu" aku terus memotong kata kata Hija dengan laju.
Semua orang mula memandang ke arahku termasuklah abang Faris. Dia mula melihat pelik kearahku.

"Accident? Apa maksud kamu?" tanya cikgu Faisal pelik. Aku mengukir senyum perlahan.

"Biasalah...selisih faham perkara kecil kekadang boleh jadi besar dan abang abang pengawas ni cuba untuk redakan keadaan tapi lain pula jadinya, diorang tak salah cikgu..tapi sebab sikap saya..jadi, cikgu jangan hukum diorang ek? Lagipun itu amanah diorang" kataku panjang lebar dengan senyuman terukir di bibir. Aku cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Abang Faris tampak marah denganku. Matanya tajam sahaja memerhatiku. Tapi aku cuba untuk endahkan.

Cikgu Faisal hanya menangguk perlahan. Aku bergerak mendekati cikgu.

"Jadi cikgu, boleh kami bersurai?" sambungku meminta izin. Cikgu Faisal tersenyum sambil menggeleng.
Dia memandang kami semua sebelum memandang kepadaku semula.

"Hmm yelah, cuma cikgu nak pesan...jangan jadi terlalu baik Fatin, nanti akan ada orang yang pijak kepala awal...jangan takut untuk jujur nanti awak yang seksa" terang cikgu Faisal dengan senyuman manisnya.
Aku mengangguk perlahan.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now