💄Part 84💕

517 39 0
                                    

"Ahh assalamualaikum warga warga rumah sekalian...saya dah pulangg!" Jeritku sebaik melangkah masuk dalam rumah. Mama Dan makcik Kiah yang berada di dapur menggeleng mendengarnya.

"Ehh tak jawab salam dosa tau.." kataku sebaik tiba di dapur. Kamera yang tergantung elok di leher diletakkan atas meja kecil di situ. Kakiku elok masuk ke dalam dapur. Mama Dan makcik Kiah sedang mengupas bawang maklumlah nak masuk makan malam dah.

"Waalaikumussalam" jawab mama Dan makcik Kiah sama sama. Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersengih.

"Lambat balik harini..?" Tanya mama sambil menjeling anaknya yang duduk di kerusi berhadapan mama Dan makcik Kiah. Anaknya seperti sibuk mencari sesuatu atas meja. Berkerut dahi anaknya.

"Mama...Yana rasa macam nampak epal hijau atas meja pagi tadi..kat mana dah?" Tanya Yana dengan mata tercari cari epal hijau atas meja. Muncung sampai mulutnya.

"Yana..soalan mama tak jawab pulak?" Dah bercekik pinggang mama dibuatnya. Aku tak jadi mencari, mataku mengerling pada mama dengan muka dibulatkan.

"Harini kan ada pesta sukan...lambat sikitlah balik mama sebab banyak benda nak kemas..maaf mama..." Aku mengelipkan mataku pada mama. 
Makcik Kiah dah ketawa mengekek.

"Emm yelahh..." Balas mama sambil ketawa kecil. Mama meletakkan pisau yang dipegangnya kemudian bergerak ke peti sejuk. Dibuka dan semangkuk buah dikeluarkan dari peti tersebut. Dihulurkan semangkuk buah yang penuh dengan pelbagai jenis epal yang dah siap dipotong itu pada anaknya.

Tersenyum sampai ke telinga aku dibuatnya. Terus diambil mangkuk itu lalu dibawa dekat padaku. Mencebik mama melihatnya.

"Bahagia betul bila tengok epal tu...suka betul Yana semenjak ni makan buah eh? Kelmarin buah mangga..lepas tu kelmarin dulu oren minggu lepas durian..sampai tertonggek pakcik Jebat tu cari durian untuk Yana ..

Kamu ni tengah bermusim buah ke sekarang ni? Memang meriah dah rumah ni penuh buah kamu beli kat kedai" Bebel mama lagi sambil mengupas bawang. Aku yang sibuk mengunyah terhenti sekejap. Aku termenung sekejap.

Entahlah aku pun pelik. Semenjak ni aku jadi terlebih aktif pun ada. Macam anak Dara terlompat sana sini. Lagi lagi tahun ni aku bakal menghadapi SPM memang fokus pada pelajaran je lah tak ada benda lain dah.

Aku kembali mengunyah epal semula. Kemudian aku berdiri dari dudukan bersama mangkuk buah dalam dakapanku. Malas nak jawab soalan mama tu baik aku pergi.

"Hah...hah...nak pergi mana bawak mangkuk tu...?" Tanya mama membulat matanya memandang anaknya yang sorang itu.

"Naik atas, rehat...love you ma!" Terus aku berlari keluar dari dapur.

"Eh eh Budak ni...tersadung karang baru tahu dia...tak padan dengan bini orang dah!" Marah mama kemudian dia menutup mulut. Alamak! Dia rasa nak salotep mulut dia sekarang ni.

"Puan.." bisik makcik Kiah menegur. Berkerut dahi makcik Kiah menggeleng. Mama Dan makcik Kiah mengerling pada luar. Takut anak itu terdengar.

Tapi memang aku dengar pun, aku terhenti sekejap melangkah sebelum sambung mendaki tangga. Malas nak ambil tahu Hal itu. Baik aku rehat!

Langkah aku diteruskan sehingga bilik bujangku. Di situla tempatku sekarang. Aku melangkah merentasi bilik abang Faris tanpa memandang sekilas pun ke arahnya. Anggaplah aku dah jadi anak Dara semula!

Sebulan menghilang tanpa khabar berita. Aku ni dah macam tunggul menunggu si dia boleh kata setiap hari. Walaupun aku sekarang sudah tidak banyak menangis tapi jauh dalam hati aku menderita. Aku dibiarkan gantung tidak bertali!

Aku memulas tombol pintu bilik bujangku. Aku melangkah masuk dengan malas. Mangkuk buah yang dipegang diletak atas meja belajarku. Suis lampu bilik ditekan Dan cahaya menerangi segenap ruang bilik itu.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now