💄Part 57💕

2K 179 2
                                    

"Aaa tak nakkk!!!" jerit aku sambil menggeleng kepala selepas melihat abang Faris sudah selesai dicucuk ubat. Kemudian dia bagi isyarat kepadaku pula. Aku sudah mahu pengsan tengok benda alah tu. Tengok kening abang Faris berkerut waktu ubat tu masuk ke dalam salur darah dia pun sudah buat aku kecut perut.

Sebenarnya tadi habis tanah aku lari dari abang Faris kerana tidak mahu masuk dalam klinik. Puas jugak lah kena marah tadi. Sempat aku ambik sedas dua amarah dia. Kuat membebel juga laki aku ni. Tapi nak buat macam mana? Belum masuk lagi kaki aku macam kejang dah.

Aku mula rasa nak menangis bila abang Faris paksa aku dengan muka bengisnya. Masam macam asam kecut aje mukaku tika ini. Sepanjang aku dan dia menunggu nama kami dipanggil oleh jururawat di situ aku hanya mengunci mulut. Sesekali ada jugak abang Faris memandangku tapi aku hanya senyap. Ah! Malas aku hendak bazir air liur cakap dengan dia. Bukan dia tak tahu bukan main aku takut sangat benda alah tu. Nak jugak paksa aku. Nak jugak paksa aku. Ha ambik sekarang aku merajuk dengan dia.

"Fatin Ardyana" tegas betul abang Faris memanggil namaku. Baru aku tersentak dari lamunan. Ah, lupa pulak aku dah tercongok depan doktor yang kulit sawa matang gitu! Ah tapi tak menerujakan aku pun. Dalam banyak banyak lelaki abang Faris tetap nombor satu dalam hati aku.

Why? Entah. Aku sendiri tak tahu kenapa.
Mungkin sebab dia suami aku kut. So normal lah kan isteri ada feeling macam tu? Mungkin aku saja feeling lebih padahal abang Faris tak ada pun begitu. Mataku menjeling ke arah abang Faris sekilas sebelum kembali memandang doktor Muaz yang tampan wajahnya itu. Kalaulah begitu muka suami aku ni. Konfem tenang!

"Beringat sikit kau tu isteri orang. Let me clear it! Isteri aku!" bisiknya tepat di telingaku buatkan bulu romaku naik sepantas kilat. Terbeliak mataku memandang abang Faris dengan hati yang sedikit marah.

Berderau juga darahku bila abang Faris buat begitu. Nanti kalau doktor tu nampak macam mana? Siapa nak menjawab?

Kemudian telingaku dapat menangkap ketawa kecil di hadapanku. Terus aku berpaling dan melihat doktor Muaz sedang ketawa kecil. Mungkin kerana melihat muka aku yang cuak tadi. Ah, malunya!

"Emm..."

"Maafkan saya, cuma korang comel sangat" kata doktor Muaz usai dia mengawal tawanya yang masih bersisa. Doktor Muaz melakukan kerjanya semula.

Eleh, buzybody nya doktor. Ada ke patut dia cakap macam tu? Aku dengan dia ni comel..ahh mintak lalu. Nampak sangat doktor ni muda lagi. Senyum tu melebar jer dari tadi, pemurah kut. Jangan miang sudah! Aku ni isteri orang bro!

"Okay dik...stay still..."

Sup!

Baru sahaja doktor itu ingin menyelak lengan bajuku langsung aku menarik lenganku kembali. Terbeliak mataku memandang doktor lelaki itu. Bukan tak boleh sentuh ke? Saya ni isteri orang sudah doktor !

Doktor Muaz memandangku semacam sambil mengangkat keningnya. Seperti terkejut juga tetapi lama lama dia hanya mengulum senyum. Lega aku sekejap mujur sempat tangkap yang aku memang tak selesa lelaki random pegang aku. Doktor sekalipun! Sekolah aku haritu sewaktu thalassemia pun nurse perempuan yang lakukan.

"Em doktor, boleh tak minta nurse yang buatkan?" cadang abang Faris tiba tiba. Aku memandang ke arah belakang lalu tak semena mata kami bertembung lalu aku cepat cepat mengalihkan pandanganku.

Lama doktor Muaz merenung aku dan abamg Faris. Haih dah kenapa doktor ni? Terpandang pandang.

"Adik awak ke?" tanya doktor Muaz kepada abang Faris yang berada disebelahku. Soalan itu agak buatkan aku dan abang Faris tergamam. Masing masing berbalas pandangan.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now