💄Part 37💕

5.4K 335 16
                                    

'Faris kena panahan kilat cik!'

Bagai terngiang ngiang kata kata itu ditelinga. Hampir luluh jantungku dibuatnya. Longlai terasa tubuhku kini. Saat mata aku mula kelihatan gelap.....

"Ehh... Kejap cik Yana, memang Faris kena panahan kilat tapi saya sempat menariknya daripada terus disambar hanya tempiasnya kilat itu sedikit terkena di tepi lengannya saja.

Tapi sungguh saya kata, lemah terus satu badannya, terus jatuh. Badan dia ketar cik, baju dia habis basah! Mukanya pucat lesu! Sebab tu saya berlari ke sini dapatkan cik Yana" panjang lebar pakcik Semail menjelaskan perkara yang berlaku. Risau betul dia melihat keadaan tuan mudanya tadi. Mata yang merah dengan mulut yang terketar. Tangannya pula menjadi biru. Pelik pada orang!

Aku terus panik mendengarnya. Yelah, siapa yang tak risau suami kalau keadaan teruk macam tu. Aku memandang pakcik Semail tidak berkelip. Seperti mahu meminta lagi penjelasan.

"Mana Faris pak Semail?" tanya Mak Limah pula. Dia sebenarnya dah lama ada di situ tapi dia hanya mendiamkan diri. Dia juga risau akan tuan mudanya itu.

Aku yang mendengar soalan Mak Limah menelan liur kesat. Debaran di dada aku biarkan. Dalam otakku hanya abang Faris!

Selamatkah dia? Kesal betul aku tidak menghalangnya. Cukuplah dia salahkan aku atas kematian arwah Pia. Perit yang aku rasa bila dia hina aku. Tapi seteruk mana pun, dia masih suami aku.

Pakcik Semail menarik nafas sebelum menjawab.

"Saya papah dia ke dalam pondok, bila saya tanya dia tak menjawab hanya jasad saja yang ada tapi jiwa entah kemana.... Ha, Limah tolong bawakan tuala" pinta Pakcik Semail. Mak Limah mengangguk lalu terus masuk ke dalam rumah.

Aku hanya memandang ke luar. Hujan masih belum berhenti tapi tidaklah pula selebat tadi. Kurang sikit. Angin pun tidak sekuat tadi. Cuma kilat itu masih ada. Itulah yang aku takutkan.

Aku cuba melilau mencari pondok keselamatan tapi hujan yang turun tanpa henti itu membuatkan ia kabur. Aku tekad, aku akan pergi kepada abang Faris. Aku dapat merasa ada tangan yang sedang menggenggamku erat.

"Kamu yakin ke?" mama macam dapat menganggak dari segi perubahan mukaku. Aku memandang mama. Halah! Dah terlebih overacting lah pulak. Macam lah si Yana ni nak pergi perang.

Tak lama kemudian Mak Limah datang dengan tuala yang diminta Pakcik Semail. Belum sempat dia ambil aku terlebih dahulu mengambil tuala itu. Terus aku memakai selipar.

"Ehh, cik Yana..takpelah biar saya yang pergi..kilat kilat ni takut saya kalau ada apa yang berlaku" kata pakcik Semail. Risau dia dibuatnya. Aku menggeleng.

"Tak apa, suami Yana, apa salahnya kalau Yana ikut?" balasku sambil tersenyum kelat. Biar dalam hati aku takut melihat keadaan kini. Tapi takkan aku nak biar aje dia macam tu? Tak bertanggungjawab lah namanya. Ahh! Pergi ajela!

Pakcik Semail hanya mengangguk. Dia mengajakku untuk berlari sehingga ke pondok. Jangan berhenti. Papa pula asyik menyuruhku berhati hati. Mama pula hanya senyap. Nak menghalang? Aku pun dah buat keputusan.

Tepat sahaja jari pakcik Semail number tiga. Kami terus meredah hujan itu. Aku dalam samar samar masih fokus mengikut langkah pakcik Semail. Mataku mula tertangkap satu panahan cahaya tak jauh dari situ. Aku memejamkan mata. Rapat. Takut hendak melihatnya.

Sampai sahaja di pondok keselamatan, aku menarik nafas terlebih dahulu. Kemudian aku menilik ke badan, atas hingga bawah. Mak ai, basuh kuyup! Aku menarik baju yang sedikit menampakkan bentuk badanku. Lagi lagi di dada. Akhirnya aku membaluti bahagian atas dengan tuala.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now