💄Part 24💕

5.9K 292 3
                                    

"Aku nak kau pandang muka aku" luah abang Faris. Hati aku boleh kata laju tahap gilaa!

"Buat apa?" tanyaku masih menghadap cermin kereta.

"Kau nak aku cium kau ke?" kata abang Faris membuatkan bulu roma aku naik.

"Hish...encik jangan nak menggatal eh....pakcik Megat ada tu" kataku menunjuk ke arah pakcik Megat yang sedang membawa kereta.

"Alah...biarlah...macam laa dia pun tak biasa ngan bini dia" balas abang Faris. Aku seram sejuk dah ni.

"Yela....saya tengok...." kataku mengalah. Kepalaku dipusing perlahan lahan. Kini mataku menghadap mata abang Faris. Serius, cara dia pandang aku macam nak makan aku.

"Apa yang encik nak ni...? Kalau encik saja nak amik kesempatan then let me go" kataku lalu menolak dada bidang abang Faris tapi abang Faris tetap dengan posisinya.

"Kalau aku amik kesempatan pun apa salahnya? Kau isteri aku, and aku boleh buat apa apa saja kat kau" ugut abang Faris dengan nada menyeramkan. Naik bulu roma aku dibuatnya. Ya Allah, kau selamatkan lah aku!

"Encik Faris jangan nak mengada yer...kita nak sampai sekolah dah pun please dont be like this" kataku merayu. Mata aku bermain dengan mata abang Faris.

"Kau jangan perasanlah, aku saja nak tatap muka yang memusnahkan mahligai hidup aku, sebab nanti aku akan hancurkan hidup kau dengan seksaan dan penceraian" kata abang Faris menjeling lalu turun dari kereta usai sampai ke sekolah. Aku memegang dada aku kuat. Takut plus sakit. Aku menarik nafas panjang sebelum turun lalu berlari masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Adik sila bagi nama boleh?" kata seorang pengawas yang bersuara garau. Aku berhenti lalu menatap muka si empunya suara itu.

"Ehh Fikry!" kataku sedikit menjerit. Terkejut.

"Ahahah...hai Fatin...asal tetiba datang lewat ke sekolah" tanya Fikry sambil tersenyum.

"Hehehe...bangun lambat" jawabku malu. Yela...mana ada anak dara bangun lewat, itu anak teruna!

"Hahahha.....lawak ahh awak Fatin" gelak Fikry dengan girang.

"Tak baik awak ni...takpelaa saya masuk kelas dulu" kataku lalu pergi memasuki kawasan sekolah.

"Ehh jap jap" halang abang Faris tiba tiba. Dia mendepakan tangannya mengahalang aku daripada lalu.

"Ehh ape ni en...abang Faris!" kataku hampir terbongkar rahsia.

"Hahah...amboi kau, nama aku dia tulis asal nama kau dia tak tulis?" kata abang Faris tidak puas hati. Dia memandang Fikry dengan tajam.

"Eh biarla dia...yang abang Faris tak puas hati ni asal?" kataku merenung tajam abang Faris sambil bercekak pinggang.

"Aku bukan tak puas hati...unfair kalau nama kau tak tulis" balas abang Faris mengecilkan matanya merenung ke arah aku.

"Dont be such a childish big boy" kataku menyampah lalu membalasnya dengan jelingan.

"Aku tak ada masa laa nak gaduh ngan kau, waste my time" balas abang Faris semula.

"Ha. Ha. Ha.....sorry sebab saya tak tulis nama dia nanti saya tulis ye abang Faris" kata Fikry memberhentikan perang dingin pepagi buta. Aku melihat ke arah Fikry.

"Hmm..baguslah, tak perlu menyusahkan aku" balas abang Faris lalu menundal jarinya ke dahiku. Aku memegang dahi aku. Sakit!

Abang Faris terus pergi meninggalkan aku yang diselubungi perasaan menyampah di situ.

"Awak okay? Sakit tak dahi tu?" tanya Fikry risau. Aku mengalihkan pandanganku kepada Fikry. Hmm...kenapa lah bukan Fikry yang jadi sepupu aku, yang jadi suami aku, walaupun aku tak suka bercinta tapi fitrah aku pada lelaki still ada.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now