💄Part 47💕

2.8K 208 6
                                    

Lama mata kami bertautan sebelum aku mula sedar yang aku ini masih isteri abang Faris. Salah aku merenung seseorang lelaki dengan begitu sekali. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain.

"Ehem" dehemku perlahan.

Fikry sedikit terkejut seolah baru tersedar dari mimpi.

"Hmm?" matanya kemudian kembali berarah kepadaku. Dia sedar perubahan di wajah gadis itu seperti tidak selesa dengannya jadi dia cuba membetulkan perasaannya.

"Jangan ambil hati sangat apa yang saya katakan tadi eh Fatin? Saya kata macam tu supaya awak tengok dekat saya" katanya perlahan dengan senyuman manis di bibir. Aku melihat ke arah Fikry sebelum berbicara.

"Eh tak apa, salah saya jugak kan tiba tiba jer tegur awak macam tu..saya minta maaf" kataku perlahan lalu mataku mengarah ke lantai.

Fikry ketawa kecil mendengarnya. Walaupun macam itu lesung pipitnya masih kelihatan.

"Kenapa awak layan saya formal sangat? Layanlah macam biasa, saya rasa tak selesalah macam ni okay? Macamlah saya ni selebriti awak layan saya macam tu" seloroh Fikry dengan gelak ketawanya. Dia cuba untuk menghiburkan perempuan di hadapannya itu. Sudah lama dia merindui senyuman milik perempuan itu.

Jenaka Fikry mencuit hatiku. Terus aku mengukirkan senyuman lebar sambil melihat ke aranya.

"Haah memang awak selebriti pun, nak jumpa pun payah...awak kan asyik melarikan diri dari saya saja sejak kebelakangan ni.. Saya practice pun sorang sorang" kataku dengan sedikit nada rajuk. Bibir dijuihkan ke depan.

Terhibur hati Firky melihatnya. Ikutkan hati mahu saja ditarik bibir itu namun nasib baik dia masih tahu batas dia.

"Merajuk ke ni? Ek eleh, saya bukan saja saja larikan diri dari awak jadi jangan cuba nak seduce saya ye" balasnya dengan senyuman yang gitang sekali.

Tidak pula aku kesah ayat terakhir itu. Aku anggapnya seperti gurauan yang lucu. Aku turut tersenyum mendengarnya.

"Yeke? Pastu apa sebab awak larikan diri dari saya? Jangan kata yang suara saya tak sedap ek, tampar kang" kataku memberi amaran sambil mengigit bibir.

Lagi kuat tawa Fikry mendengarnya. Senang hati aku boleh berbual dengan Fikry seperti dahulu.

"Tak lah, adalah sebab saya buat macam tu jadi saya nak minta maaf dekat awak sebab biarkan awak berlatih sorang sorang okay?" lembut sahaja Fikry berbicara. Matanya memandang tepat ke arahnya sebelum mengulum senyum.

Kenapa hati aku jadi tak tentu hala ni? Tak pernah pun aku rasa macam tu dengan Fikry. Perasaan ni aku hanya rasa bila dengan abang Faris jer. Apa yang berlaku?

Tanpa sedar tanganku mendarat atas dada, gayanya seperti resah sahaja. Perubahan riak wajah perempuan itu membuatkan Fikry mula risau.

"Awak okay? Kenapa pegang dada tu? Awak sakit ke Fatin?" tanya Fikry dengan riak muka yang risau.  Redup saja matanya memandang perempuan itu.

Aku memandang Fikry sebaik sahaja mendengar pertanyaannya. Dengan perlahan tanganku turun tapi mataku masih tidak lepas memandangnya. Kini banyak persoalan bermain di fikiranku.

Dia risau kat aku macam tu sekali ke? Haih tak mungkin lah dia memang selalu macam tu pun dengan aku. Tapi riak wajah dia tu mengelirukan aku sekarang. Tak, tak, tak mungkin.

Dia ada perasaan dekat aku ke?

"Fatin, awak okay tak ni? Awak nak jumpa cikgu kesihatan ke? Okay sekejap saya pergi letak buku latihan ni lepas tu kita sama sama pergi jumpa cikgu yer" begitu sekali dia merisaukan perempuan itu. Terus kakinya melangkah memasuki bilik guru lelaki.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now