💄Part 23💕

5.9K 273 6
                                    

Aku makan maggi dengan penuh rasa menyampah. Otak aku melayarkan semula kejadian tadi. Serius! Apa masalah dia hah?! Suka buat aku sakit hati, i just dont get him!

Mangkuk didepan aku ketuk dengan garpu kasar sekali. Kalau boleh aku dah tak nak naik atas. Aku kunyah maggi dengan gelojoh sekali.

Kringggg~~~~

Terkejut aku mendengar deringan telefon kecilku. Siapa pulak yang telefon malam malam ni? Garpu aku letak di atas meja dan telefon yang berdering kuat itu dicapaiku.

"Helo....anneyeong" kataku memberi salam dalam bahasa korea.

"Woi mana salam melayu kau?!" jerkah Fina tiba tiba. Aku tersengih bila mendengar Fina jerkahku begitu. Lama tak dengar pergaduhan begini. Rindu aku.

"Heheh....sorry...assalamualaikum" kataku memberi salam.

"Waalaikumussalam" jawab Fina dengan nada sedikit menyampah.

"Ha, apasal kau hello aku malam ni?" tanyaku lalu menyuap maggi ke dalam mulut.

"Ehh kau siap dah kerja sekolah math cikgu Laila?"

Frughhhhh!!!!

Maggi yang dikunyah terus tersembur keluar apabila mendengar Fina berkata begitu. Bulat mata aku dibuatnya.

"Hah?!" kataku tidak percaya.

"Ehh apasal kau ni....kau tengah makan ke? Aku dengar bunyi...."

"Ahhh tak payah masuk topik lain...apa kau kata tadi?" kataku memotong ayat Fina.

"Aku tanya kau siap dah ke kerja sekolah math cikgu Laila?" kata Fina mengulang semula soalannya. Aku terduduk sambil menepuk kuat dahi aku. Dahi aku dikerutkan.

'Haduhhh!!! Macam mana aku boleh lupa?!!' bebelku dalam hati. Aku mengeluh kuat.

"Ha, kau lupa lah tuh nak buat, weyh esok pagi buta tau masa dia! Mampus lah kau....tak tidur laa malam ni" kata Fina mengejek. Menyampah pulak aku mendengar Fina berkata begitu.

"Ishhh! Kau boleh tak jangan nak terukkan keadaan!" marahku lalu menghempas garpu ke dalam mangkuk. Sebelah tanganku mengurut kepala yang kian kusut.

"Alaa...lek laa aku pun tak siap agi" kata Fina ketawa mengekek.

"Huh....alhamdulillah berapa kau tak siap?" tanyaku dengan perasaan lega. Yes ade geng!

"Satu" jawab Fina sambil tersengih.

"What?!! Haduh....kalau setakat satu cikgu maafkan lagi, ni semua Fina...semu....ishh takpelaa aku pergi buat dulu...cakap ngan kau buat aku sakit hati jerr...jumpa esok" marahku. Boleh dia main main macam tu dengan aku.

"Hahahah....sorry laa Fatin...aku bukan apa....yelaa lama kita tak bergurau macam ni....takpelaa kau buat mana yang boleh kalau kau tak sempat, datang sekolah awal esok aku tolong kau siapkan okey?" kata Fina sambil tersenyum. Separuh hati aku lega dibuatnya.

"Hmm..okay...thanks weyh...ni sayang kau ni!" kataku girang.

"Hahaha...ehh okay takpelaa aku nak masuk tidur jumpa esok eh?" kata Fina lalu menutup telefon. Aku tersenyum sendirian. Inilaa hidup aku sebelum munculnya pakcik singa.

Buta mata aku melihat maggi yang aku semburkan tadi. Kes kerja sekolah laa habis aku kene lap sisa muntahan aku. Lucu pun ada. Aku bangun lalu mengelap meja dan membasuh mangkuk. Usai semuanya siap aku mengambil langkah naik ke atas.

********

Perlahan pintu dikuak dari luar. Aku mengintai keadaan di dalam bilik. Sunyi. Hanya bunyi tv yang bergema. Agak agaknya si pakcik singa tuh dah tidur. Perlahan lahan kakiku melangkah masuk dan daun pintu ditutup rapat. Aku melangkah masuk ke ruang katil.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now