💄Part 15💕

5.9K 272 10
                                    

"Dae?! Jinja?!" jerit Fina dalam bahasa korea. Aku terus menutup mulutnya takut didengari orang.

"Ye lah kau boleh tak jangan nak guna sangat bahasa korea tuh, bm pun tak lepas" perliku sambil ketawa kecil. Boleh aku nampak reaksi Fina yang seperti annoying.

"Eh aku dapat B pon kira okay ape?" balasnya geram. Aku hanya tergelak kecil.

"Okay sambung semula, wae?" soal Fina lagi. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Eh jap, tak silap aku kan abang Fiqry tuh bukan dikategorikan dalam abang pengawas famous jugak eh?" kata Fina membuat reaksi seperti seorang detektif. Aku yang mendengar terkejut.

Fiqry abang pengawas famous? Mahu tergelak aku dibuatnya.

"Kau dapat mana cerita karut nih" kataku sambil tergelak. Fina menepuk bahu kiriku.

"Eh yela aku tengok carta abang pengawas famous dalam buku Hija" balas Fina dengan riak wajah serius. Aku gelak dengan sekuat hati. Apelah simpan benda tak faedah hahah!.

"Serius ah weyh takkan Hija simpan bende macam tuh ahh jinja?" kataku masih lagi ketawa.

"Manalah aku tau dah Hija tunjuk kat aku, tapi dia top 2 kau tau sape top 1?" kata Fina sambil tersenyum lebar. Aku macam dah dapat agak apa yang ingin disampaikan oleh Fina.

"Ah gosh, si Faris tuh kan?" balasku membuat muka menyampah. Telinga aku memang anti apabila mendengar nama abang Faris.

"Yup!! Ala kau ni macam tau tau jer hehe" kata Fina dengan nada menggedik. Hampir muntah aku dibuatnya.

"Jap eh aku nak keluar nak muntah!" kataku lalu terus berlari keluar. Aku membuat gaya memegang perut dan menutup mulut seperti orang nak muntah.

Gedebuk!!

"Warghhh!!!"

Tiba tiba aku terasa badanku seperti dilanggar orang. Aku merasa badanku seperti jatuh tapi terasa macam ada orang yang memegang bahuku.

Apabila aku membuka mata, terkejut aku apabila melihat si penyambut, abang Faris!!

Abang Faris hanya senyap sambil melihatku dengan mata yang membulat. Aku hanya senyap sahaja. Pandangan kami mula bertautan.

"Fatin!!" Fina terjerit kecil melihat keadaan kami berdua. Aku yang tersedar jeritan Fina terus bangun membuat riak wajah seperti tidak ada apa apa yang berlaku. Begitu juga dengan abang Faris.

"Kau tuh lain kali jalan pakai mata bukan pakai lutut! Menyusahkan orang je kerja kau, kalau ringan takpe ni berat mengalahkan badak!" perli abang Faris sambil menjeling lalu berjalan meninggalkan aku dan Fina. Abang Aslam dan abang Aiman hanya mengikut belakang abang Faris.

Aku yang mendengar kata kata perlian abang Faris ternganga. What? Aku gemuk! Eii sedap betul mulut kau eh? Aku jahit nanti kang baru tau! Takde insurans langsung!

Tiba tiba aku terdengar suara suara yang sedang bercakap tentang perihal aku.

"Wow tengok lah kakak tuh"

"Eiiii.....jelesnya aku"

"Tengok adik tuh nak menggedik ngan suami aku"

"Dia ingat dia siapa?"

"Haaaa....jelesnyaaa"

"Kalaulah aku pon macam tuh?"

Mataku cuba curi curi pandang ke belakang. Kelihatan kak senior dan adik junior sedang berkumpul sambil menunjuk riak cemburu. Semua memandang satu sama lain sambil berkata benda yang bagi aku tak ada faedah.

Aku hanya mampu menggeleng kepala sambik menepuk dahi. Hai itulah kalau kau cari pasal ngan abang pengawas idaman satu sekolah ni.

Fina pulak aku tengok riak wajah dia macam jealous aje. Fina seperti terkejut dengan adegan mengarut sebentar tadi.

"Fina...." belum sempat aku bercakap Fina sudah lari masuk ke dalam kelas. Aku hanya mampu mengeluh dengan keadaan sekarang ni. Lalu aku masuk dan mengambil tempat disebelah Fina. Dapat aku lihat juraian air mata yang mengalir di pipi Fina.

Fina mengangis. Ye itu aku pasti. Dan aku jugak dapat rasa kesakitan yang Fina rasa. Sakit sangat. Yelah sapa tak sakit hati kalau tengok orang yang kita cinta tiba tiba sambut orang lain bila jatuh. Aku sendiri pun sakit. Tapi aku memang malas nak pikir pasal itu. Misi aku sekarang ni adalah untuk pujuk Fina.

"Fina....a...aku mitak maaf pasal tadi, serius aku terkejut bila tengok abang Faris sambut aku tadi, sorry lah Fina... Miyanhae" kataku sungguh. Fina hanya senyap sahaja, matanya hanya melihat ke arah meja sambil menangis.

"Fatin! Mari sini jap!" panggil Hija tiba tiba. Aku yang mendengar panggilan Hija membuat tanda X dengan mata membulat. Hija pulak mengangguk tanda paham dengan isyarat aku.

"Takpelah kau pergi je, gwenchanha" kata Fina slow. Aku hanya mengeluh panjang. Nilah aku malas kalau friend aku sendiri ade crush. Kalau aku yang terkena apa apa dengan crush dia, mesti mulut dia panjang mengalahkan itik!

"Hmm okay" balasku pendek.

"Tapi kau takde perasaan kan dekat abang Faris tuh?" belum sempat aku bangun Fina bertanya dengan penuh harapan di mata. Tergamam aku mendengarnya.

Perlu ke aku bagitau Fina abang Faris tuh sebenarnya cousin aku? Perlu aku bagitau dia aku dah janji dengan arwah Pia yang aku akan kahwin dengan abang Faris? Ahhh confuse!

"Tak...takdde" jawabku. Fina serupa tidak percaya denganku.

"Betul ke kau ni? Kenapa kau jawab gagap?" tanya Fina kepadaku.

"Takde aku takde perasaan ke dia.....kau kenal kan aku mana minat cinta kera macam kau" jawabku sambil ketawa.

"Tapi walaupun kau kata macam tuh fitrah cinta dalam hati kau tetap wujud, tak mustahil Fatin kalau kau boleh jatuh cinta dengan orang sebab ia dah jadi sebahagian dalam diri kau ia fitrah yang memang akan berlaku although kau kata 'no' sekalipun" kata Fina deep. Terkilan aku dibuatnya. Lidah ku terasa kaku. Hatiku tiba tiba berdegup kencang. Aku cuba untuk relakskan diri.

"Aku memang takde perasaan ke dia wahai Husna Hafina, kalau aku ada sekalipun aku akan pastikan ia musnah" jawabku yakin.

"Tapi...."

"Aku tak akan jatuh cinta dengan dia Fina, tak akan dan aku yakin dengan firasat hati aku sendiri, aku akan tetap dengan moto hidup aku Fina, aku tak akan jatuh cinta dengan dia itu janji aku pada kau, lagipun aku tak nak tengok kau asyik bersedih je, aku nak kau happy okay?" kataku dengan senyuman keyakinan. Tetapi jauh di dalam sudut hati aku tak yakin dengan apa yang aku kata.

"Betul ni? Janji?" tanya Fina sambil tersenyum lebar. Aku menangguk dengan hati yang tak yakin.

"Okay now kau okay dah?" tanyaku kepada Fina. Fina mengangguk laju.

"Okay as long as abang Faris jadi milik aku" kata Fina sambil tersenyum lebar.

"Hey kau jangan jadi gila pulak sebab minat dekat abang Faris?" kataku agak risau mendengar kata kata Fina.

"Tak laaa....alaa ni semua hanya sementara je ....tahun depan dia dah takde dah" kata Fina agak kecewa.

"Alaa kau jangan risau its okay laa" kataku memberi kata kata semangat.

"Woi! Bagi aku masuk laaa betina! Bagi aku jumpa dengan pompuan tak sedar diri tu!!"

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now