💄Part 4💕

8.3K 363 11
                                    

"Assalamualaikum... " langkah kaki ku atur sambil memberi salam di rumah agam itu. Datin Mardhiah a.k.a mama ku menjawab salamku dengan lembut sekali. Tangannya ku salam sambil memeluknya dengan erat.

"Amboi baru sekolah berape jam dah rindu kat mama ye? " balas mama sambil membalas pelukanku.

"Ye lah lapan jam macam lapan tahun tahu tak" kataku sambil meleraikan pelukan.

"OK lah pergi naik atas dulu mandi lepas tuh turun bawah mama Ade masak tempoyak ikan Patin! " kata mamaku membuatku terus berasa teruja. Makanan itu ialah salah satu makanan favourite aku kot.

Aku terus berlari menaiki tangga dan bersiap untuk lunch. Gulai tempoyak ikan patin wait for me!!

**************
Bedak baby Johnson ku tempek ke muka. Hmm comel gak muka aku nim... Hahaha perasan! Gumpalan rambut di dalam tuala ku lepas biar ia kering. Sejurus aku puas dengan penampilan aku yang ala ala dan terus aku mengambil bantal penyu yang tersandar elok di kepala Katil.

"Encik Penyu mama nak turun dah nim... Nanti mama balik kita borak same same ehh" kataku kepada Encik Penyu kesayanganku memeluknya lalu ku letak di birai Katil.

Tok! Tok! Tok!

"Kejap Yana nak sikat rambut nim!" laungku takut Mak Limah datang untuk menjemputku dan menyuruhku untuk turun.

Tok! Tok! Tok!

Aduh apa kena dengan Mak Limah nim. Biasanya dia paham situasiku. Hmm entah lah...takut terdesak sangat kut yelah aku nim dekat sejam pom ade mandi.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan yang bertalu talu membuatkan aku naik angin. Tak reti nak sabar ke dia nim?! Aku tak rasa Mak Limah yang ketuk pintu aku nim macam nak roboh dibuatnya.

Tok! Tok! Tok!

Tak boleh tahan dengan ketukan yang bertalu talu terus aku bingkas bangun  dan menuju ke daun pintu tersebut.

Sebaik sahaja aku membuka pintu memang betul sangkaanku bukan Mak Limah yang berada dihadapanku  tetapi seorang LELAKI!!!

"Woi kau ni memang jenis payah ehh kalau nak bukak pintu!" perli lelaki itu. Aku menjerit lalu terus menutup pintu bilik tapi lelaki itu terus menolak menahanku daripada menutup daun pintu.

Aku terus menolaknya dengan kuat. Ahh lantaklah! Ape yang penting keselamatan aku sekarang ni! Mau terkejut beruk aku tiba tiba ade lelaki datang kebilikku dengan aku yang tak bertudung.

"Aduhhh!!! " dapat ku dengar dari luar bilik macam dia mengaduh sesuatu. Ahh lantaklah!!!   Padan muka dia janji aku selamat.

***************

Aku hanya menundukkan wajah sahaja. Haduh macam mana pulak aku boleh tak kenal lelaki yang bergelar Sepupu aku sendiri! Tapi padan muka Dia jugak sape suruh ketuk pintu bilik tak bagi salam lepas tuh dah lah ketuk tu nak roboh pintu aku. Puas hati!

"Yana kenapa buat abang Faris macam tuh? Sian jari abang Faris bengkak dah tuh" kata Dato Hamidi a.k.a papaku. Aku hanya memerhati Abang Faris yang sedang memegang jarinya yang bengkak.

Jap. Bila aku perhatikan balik macam kenal je dengan Abang Faris ni, tapi sape ehh? Aku rasa macam pernah terserempak jer dengan Dia, tapi kat mana eh?

"Yana? Dengar tak apa yang papa kata ni? " soalan papa membuatkan lamunanku terhenti. Soalan yang bertalu talu terus lenyap dalam otak. Kini mataku hanya perhatikan papa.

"Hah?! Ape papa kata?" kataku sedikit kuat.

"Haduh pekak jugak budak nim rupanya sebab tulah orang ketuk pintu tak bukak! " kata Abang Faris membuatkan aku menjeling tajam keep arahnya.

"Ehh Faris tak baik kata camtu kat Yana" kata Hajah Rezan a.k.a nenek kesayanganku.

"Maaf nek....Yana tak sengaja buat abang Faris camtu lagipun manelah Yana tahu yang nenek dan abang Faris datang mengejut" kataku sambil memuncungkan mulut.

"Hek eleh.... Kau tuh semua benda nak kena bagitau"

"Faris Farhan!! " marah nenek membuatkan semua orang diam membisu. Abang Faris kulihat memandang kosong ke arah lantai.

"OK jadi jom makan Mar dah masak banyak dah tuh... Yana tolong mama yeah sayang" Kata mama membuatkan semua orang bingkas bangun dan menuju ke arah dapur kecuali Abang Faris.

Abang Faris ku lihat terus menaiki tangga dan menutup daun pintu dengan kuat sekali. Aku terasa kasihan pon ade dengan Abang Faris. Salah akukah dia kena marah dengan nenek? Aku hanya meletak ketepi soalan itu dan bingkas bangun dari sofa lalu melangkah terus ke dapur.

***************

Makanan ala ala masakan Pahang dihidangi sedap secukup rasa atas meja. Kecur liur aku dibuatnya. Sudah lama aku tak merasa masakan nenek last pon waktu tuh aku form 2. Waktu tuh arwah atuk hidup lagi. Rindunya kat arwah atuk.

" Yana tolong panggilkan Abang Faris kat atas buleh? " lamunan ku terhenti sebaik sahaja suara nenek memenuhi ruang telingaku. Jap. Aku tak salah dengar ke? Panggil si 'pakcik singa' tuh ke! Adoi!!! Masaklah aku...

"Yana... Dengar tak apa nenek cakap tadi?" soal nenek.

"Hah?! Ermmm....ye nek Yana dengar
Kejap ehh Yana naik atas" kataku dibalas dengan anggukan dari nenek.

Kakiku perlahan lahan melangkah satu persatu tangga berikut. Ok, sabar Fatin Ardyana alah setakat lelaki garang camtu kau buleh settlekan lah. Haduh masak aku! Dah lah si 'pakcik singa' tuh garang semacam ngan aku. Apa motifnya aku pon tak tahu.

"Aduh..." aduhku. Sedar tak sedar kepalaku sudah terhantuk di pintu bilik Abang Faris. Terkelip mataku seketika. Ok nak ketuk atau tak? Ahh ketuk ajelah...

Tok! Tok! Tok!

Tiada sahutan. Mungkin dia tak dengar kut. Takpelah cuba sekali lagi.

Tok! Tok! Tok!

Haih mungkin pekak agaknya 'pakcik singa' nim. Aku ketuk banyak kali kut takde sahutan pom. Hmm aku gerenti kalau yang ni jugak takde respons aku blah aje dari sini.

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

Kali ni banyak kali aku Ketuk. Dari hujung telinga dapat ku dengar tombol pintu sedang dipulas dan terpaparlah muka 'pakcik singa' dengan berpakaian baju Adidas biru dikenakan pula dengan seluar Nike hitam. Dia nampak dingin saja melihatku.

"Kat rumah ni takde pintu lain ke kau nak ketuk pintu bilik aku jugak yang kau nak ketuk?!! " marah Abang Faris. Aku tersentak buat seketika. Fuh! Tak boleh Fatin kau kena lawan balik!

"Dah saye ketuk banyak kali takde pon nak bukak! Is that my fault Faris?" soalku sinis sambil memeluk tubuh.

"Memang salah kau pon! Sebab kau hidup aku tak tenang sampai Sekarang!! " marahnya sekali lagi, tapi kali ni lain. Ape salah aku sampai camtu sekali dia salahkan aku.

"Jap. Ape salah saya kat awak?" soalku sambil mengangkat kening. Tak paham. Abang Faris kulihat tersenyum sinis kepadaku.

"Kau ingat aku nyanyok ke sengal! Kau jangan berpura pura tak ingat! Sebab Kau....."

"Faris Farhan!!" gema suara nenek memenuhi setiap ruang di telingaku. Tengkingan nenek juga membuatkan Faris senyap.

"Kenapa kamu salahkan Yana? Dia tak de kena mengena pon dengan arwah Pia" marah nenek membuatkan aku tersentak. Arwah Pia? Apekah.

"Nek maaf Yana mencelah tapi sape Pia?" soalku. Nenek hanya senyap. Abang Faris kulihat merenung tajam ke arahku.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now