💄Part 71💕

840 74 0
                                    

Tok..tok..tok..

"Yana!" jeritan abang Faris membuatku kalut mengelap air mata. Dengan segera aku berjalan ke arah daun pintu.

"Ahh..." Aku memegang lututku kuat. Menahan kesakitan amatlah perit rasanya.

Aku Cuba untuk bergerak perlahan menuju ke daun pintu.

"Yana..." panggil abang Faris sekali lagi.

"Ye..ye encik.." hampir tergigir lidah aku dibuatnya.

"Kau buat apa lama sangat dalam tu" jerit abang Faris lagi. Risau betul dia, dah hampir setengah jam isterinya terperuk dalam bilik air. Daun pintu seklai lagi diketuk.

"Ya ya...saya nak keluarlah ni.." aku mengelap pelupuk mata aku biar sampai kering. Tiada air mata.

Aku membuka daun pintu. Abang Faris berdiri tegak dihadapanku. Tak berkelip aku memandang.

"Kau okay tak?" Abang Faris mendekatkan dirinya. Dia melihat isterinya tak berkelip memandangnya.
Mata abang Faris memandang lengan isterinya yang berbalut. Segera dia meniliknya.

"Ahh.." terjerit kecil aku.

"Ahh...sorry sorry aku tak sengaja.."kalut abang Faris meminta maaf. Aku menggeleng.

"Tak apa.." jawabku perlahan. Aku memandang arah lain dengan hati yang berat.

Abang Faris melihat isterinya seperti orang kemurungan saja. Sejak dari mereka dalam kereta tadi pun isterinya banyak mendiamkan diri.

"Rehatlah..aku masak untuk kau..bubur eh?" Tanya abang Faris. Aku memandang abang Faris sambil memuncungkan bibir.

"Tak nak laa..." Dia bukannya sakit demam ke apa nak makan bubur. Bulat matanya memandang abang Faris.

"Izinkan aku jap" abang Faris sudah tersimpul senyum.

"Apa?"

"Aduh..!" Tak semena pipiku dicubit abang Faris. Aku mengusap perlahan pipiku. Tajam mata aku memandang abang Faris boleh pulak dia ketawa.

"Apa ni encik?" marahku geram. Kali pertama aku nampak ni.

"Taklah, comel kau buat muncung macam tu..geram aku tengok" ketawa abang Faris bila melihat isterinya sudah buat muka geram. Comel!

Berdegup jantung aku mendengarnya.

"Sejak bila ni?" soalku sambil mata melirik pada abang Faris.

Abang Faris mendekat mukanya padaku sambil mengulum senyum.

"Sejak jatuh cinta dengan kau" hidungnya menyentuh pipiku.

Terkaku aku sekejap. Rasa nak terhenti jantung aku. Aku dpaat rasa pipiku membahang.

"Eh, kenapa merah ni pipi?" tegur abang Faris sambil ketawa suka.

Aku menolak muka abang Faris lalu terus tergesa gesa melangkah pergi dari situ. Aduh, tak boleh jadi ni. Hati tak keruan!

Sejak bila pulak abang Faris pandai ber Romeo ni? Takut..tapi dalam Masa yang sama aku bahagia sebenarnya. Aku suka bila dilayan begitu oleh abang Faris. Tak ada sangat dah singa dia tu.

Dengan perlahan aku menuruni tangga. Sesekali aku memegang lututku yang sakit.

Ding...Dong...!

Bunyi loceng rumah menarik perhatianku. Aku Cuba melajukan langkah menuruni tangga dalam Masa yang sama aku berfikir. Siapa yang datang waktu begini? Dah malam dah ni..aku melihat jam di finding sudah menginjak pukul 8 malam.

Takkan mama papa nenek dah balik kut?

Tok..tok..tok!

"Ye...kejap kejap!" Laung aku dari hujung anak tangga. Sampai sahaja di muka pintu aku segera membukanya. Aku agak terkejut melihat pendatangnya. Ien! Aku segera menutup daun pintu. Dah pahal dia datang! Aku tak pakai tudung!

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now