💄Part 64💕

1.1K 125 9
                                    

Aku hanya memerhati abang Faris tajam. Kecik besar kecik besar aku memandang dia.

Cermin helmetnya ditolak ke atas.
Abang Faris mengerutkan dahinya sambil memandangku.

"Tak nak balik ke?" Tanyanya sekali lagi.

Aku mencebik geram sebelum mengorak langkah kepadanya. Aku menghulurkan tangan kananku tanpa berkata apa. Abang Faris memandang tanganku kemudian beralih ke mukaku pula.

"Nak salam aku ke?" tanya abang Faris sambil mengangkat kening.

"Helmet lah!" marahku sedikit kuat. Malas aku nak layan perangai sengal abang Faris. Sedikit terkejut abang Faris.

"Tak payah laa nak marah aku sampai macam tu sekali....aku balik kejap je amik motor jap lepastu aku terus ke sini semula, nah" abang Faris menghulurkan helmet kepadaku dan aku mengambilnya tanpa banyak kata. Sempat lagi aku mengerling atas hingga bawah. Yeke? sekali imbas nampaknya betullah. Dia masih lengkap dengan pakaian sekolah. walaupun pakai kot boleh nampak sikit sikit baju pengawasnya.

"Termenung apa cepatlah, aku lambat dah ni" tegas abang Faris bersuara selepas lama melihat aku menyepi. Sempat aku memandang abang Faris sekilas sebelum memanjat tempat duduk belakang.Inilah satu benda aku tak suka bila naik motor abang Faris, tempat duduk tinggi lah! sempat lagi aku membebel sambil meamnjat tu.

"Hey, aku dengarlah kau duk kutuk motor aku" katanya menahan geram sambil giginya diketap. Aku hanya senyap. Baik tutup mulut dari mendapat binasa. Memandai aku jer.

Sebaik sahaja aku siap menyarungkan helmet. Abang Faris terus memecut laju motornya membuatkan aku sedikit terjerit sambil memeluk pinggang abang Faris kuat, dalam sekelip mata je kami sudah meninggalkan kawasan sekolah. Dalam perjalanan pulang, aku terasa ada seseorang membetulkan tanganku dipinggangnya. Aku ada menegurnya dengan mengetam tangan abang Faris tapi boleh pulak dia ketawa, melebih lebih nampak dia ni. Tapi sedikit demi sedikit ia menenangkan aku sebenarnya.

*******************

"Yana...Yana..Yana...oit bangunlah" aku terasa bahuku ditepuk perlahan. Kenapa pulak ni? Aku dekat mana ni?

"Sampai dah laa...rumah"

Aku yang masih mamai menggenyeh mata dengan perlahan. Aku melihat sekeliling jelas aku sudah berada dalam kawasan perumahanku. Apa ni? Lah, rupanya aku tertidur ke tadi.

"Cepat boleh tak? Aku nak pergi tempat lain pulak ni" bebel abang Faris walaupun suaranya agak tenggelam.

Aku yang dala keadaan separa sedar it hanya mengikut sahaja kata abang Faris tampa sebarang bantahan. Malas nak berdebat, baik naik atas tidur atas katil aku yang empuk tu. Ya Allah! Nikmat! Baru sahaja aku nak berjalan ke pintu rumah ada suara menegur.

"Ehem" dehem abang Faris kuat. Aku berhenti sekejap kemudian berpaling pada dia dengan muka malas. Yelah kan, faham faham la orang baru lepas bangun tidur, muka kennot brain!

"Lupa sesuatu ke?" Tanya abang Faris lalu menunjukkan beg sekolahku yang berada di tangannya. Aku memerhati lama sebelum mulut ternganga. Tanpa kata apa aku terus amik beg aku dari genggamannya.

"Terima kasih" lalu aku terus masuk ke dalam perut rumah tanpa berpaling ke belakang. Tanpa menoleh kiri kanan aku terus ke sofa di ruang tamu lalu merebahkan diri atasnya. Tak sampai sesaat mata dah pun lelap.

Sebelum aku betul betul tidur mati sempat aku mendengar mama seperti sedang berbual dengan abang Faris. Aku kenal sangat la suara garau dia tuh, tak lama kemudian aku terus ke alam mimpi.

***********

Aku membuka mata perlahan sebelum menggeliat. Adui! Sakit belakang aku dibuatnya. Tulah, siapa suruh bantai tidur atas sofa rasa macam diri ini sudah tua.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now