💄Part 55💕

2.4K 190 10
                                    

Dahi abang Faris berkerut setelah lama dia menyepi. Matanya dijulingkan ke atas seperti sedang berfikir.

"Eh, aku ada cakap macam tu ek?" tanyanya semula kepadaku dengan muka bersahaja.

Ternganga aku. Selamba badak dia jer tak ingat perkara yang menyakitkan hati aku dulu. Macam tak percaya pula soalan ku dibalas dengan soalan jugak.

"Dahla encik saya tarik balik pertanyaan saya! Dah encik boleh pergi sekarang" kataku menolak badan abang Faris lalu aku menarik selimut menyelubungkan diri. Tak nak aku tengok muka badak dia. Menyesal pulak aku tanya, nampak sangat aku minat dengan dia. Malunya!

Abang Faris hanya ketawa kecil melihat telatah comel isterinya. Lalu mengorak langkah menuju ke daun pintu dengan perasaan bahagia.

**********

Aku membuka mata. Aik, kenapa gelap saja ni? Sambil itu aku menolak comforter kemudian bangun dari perbaringan. Aku meraba telefonku di tepi bantal. Butang tepi ditekan.

"Lah pukul 2 pagi dah rupanya, aku terlajak tidur " omelku sendirian. Aku memerhati sekeliling. Biasan cahaya lampu dari luar rumah memasuki ruang bilik sehingga membuat pandanganku sedikit jelas.

Tak lama selepas itu aku rasa tak kena. Seperti aku terlupa sesuatu. Aku meraba di tepiku. Tiada orang. Haih takkan lah? Aku meraba dalam comforter pula. Fuh, masih berpakaian lagi.

Aku menjenguk ke ruang dihadapan. Keadaan yang gelap menyukarkan aku untuk melihat. Mana abang Faris? Lama mataku melilau sehingga akhirnya aku menjenguk ke bawah di tepiku.

Agak terkejut aku rupanya abang Faris tidur di atas lantai berbantalkan bantal kecil yang berada di sofa. Selimut tidak dipakaikan lapik tilam pun tidak. Betul betul tidur atas lantai. Sah terkejut lah aku. Biar betul laki aku ni? Dah biul ke? Apasal tak tidur sebelah aku jer?

Aku menolak comforter lalu turun duduk bersimpuh di sebelah abang Faris yang sedang tidur lena. Tanganku menolak sedikit lengan sasanya.

"Encik" panggilku perlahan. Sesekali aku menepuk dia.

"Hmm"

"Bangun lah tidur atas" kataku perlahan.

"Aku..tak larat nak bangun lah..." gumamnya dengan dahi berkerut tapi mata masih tertutup.

"Encik sakit belakang nanti tidur dekat bawah..naik lah atas" pujukku. Mataku melilau mencari tilam tapi aku lupa semua sudah dibuang oleh mama. Yang tinggal katil tu jer, selimut pun ade comforter jer. Dahlah pasang aircond abang Faris pulak macam merelakan diri nak dapat penyakit.

"Sejuk.." teketar mulutnya. Aku memegang lengannya. Badannya menggigil kesejukan lalu terus aku bangun dan menutup aircond. Kemudian pantas aku berlari ke almari dan mencari sepasang stoking. Payah jugak lah nak cari tengah gelap ni. Terpaksa jugalah aku buka lampu tandas tu pun samar samar je mujur aku bukan rabun.

Dapat saja sepasang terus aku kembali bersimpuh di kaki abang Faris lalu menyarungkan stoking di kakinya. Sejuk giler kaki dia! Hmm tulaa lain kali jangan buat hal lagi.

Kemudian aku ternampak coolfever di atas meja kecil disebelah katil. Terus aku ambilnya sebelum itu aku meletakkan belakang tangan di dahi abang Faris kemudian meletakkan coolfever atas dahinya. Kaki sejuk macam batu ais tapi badan panas kalah air didih! Ceh, sama je macam aku. Sakit di kepala tak hilang lagi. Mujur aku sempat menelan panadol sebelum kembali bersimpuh disebelah abang Faris.

"Apa aku nak buat? Takkan aku nak angkat dia? Kudrat aku pun tak kuat sekarang..kepala aku ni asyik berat jer mana larat aku nak angkat dia, hmm terpaksalah" aku bangun semula dengan peralahan. Sebenarnya badan aku sakit jadi aku tak larat nak bangun. Tapi aku kuatkan jugak diri ini.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now