💄Part 18💕

5.6K 289 0
                                    

Aku keluar dari bilik dan turun untuk makan malam. Ya, betul tekaanku, abang Faris masih lagi tidak kelihatan. Adakah dia betul betul melarikan diri? Entahlah, malas betul aku nak pikir pasal ni. Pada aku tak penting pun.

"Yana, mana abang Faris?" tanya mama dengan muka yang agak serius plus risau. Aku hanya menunduk sahaja. Aku nak jawab apa? Aku sendiri pun tak tahu dia ke mana?! .

"Assalamualaikum" abang Faris masuk lalu menutup pintu. Mukaku terus berpaling ke arah pintu. Tak percaya, dia tak larikan diri. Perlahan lahan aku menghembus nafas lega.

"Faris kamu nak ke mana?" tanya mama apabila melihat abang Faris mula menaiki tangga.

"Makan la dulu kalau nak naik, nanti perut tu masuk angin....seharian kamu hilang hari ni Faris" pujuk mama dengan lembut. Aku hanya memerhati abang Faris dengan penuh khusyuk.

"Tak pe laa makngah Faris kenyang lagi" jawab abang Faris lemah dengan senyuman segaris di bibir, kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket lalu melangkah naik ke atas.

"Just apa masalah dia tuh?" rungutku lalu duduk berhadapan mama.

"Yana, kenapa dengan abang Faris tuh?" tanya mama kepadaku pula. Aku hanya mengangkat bahu.

"Entah, sawan kut" jawabku sambil mengauk nasi ke dalam pingganku.

"Isk, tak baiklah kata macam tu, dia kan tunang kamu" kata mama sekali lagi.

"Correction ma...'tunang paksa rela' " balasku sambil mengambil lauk sayur masuk ke dalam pingganku. Mama hanya senyap. Bukan aku nak kurang ajar tapi memang itu pun kebenarannya.

"Ma..mana nenek dan papa?" tanyaku baru menyedari ketiadaan nenek dan papa di meja makan.

"Mereka keluar sekejap cari barang kahwin kamu" jawab mama. Aku hanya mengangguk.

"Emm Yana...lepas ni mama nak kamu tolong bawakan susu dan buah kat bilik abang Faris okay?" arah mama secara tiba tiba. Hah?! Pergi bilik pakcik singa tu? No no tak boleh tak boleh, aku memang takde mood nak bergaduh ngan orang sekarang ni!

"Hah? No!"

"Takde makna no no, when i said go means go!" kata mama tegas. Aku yang mendengarnya terasa lemah satu badan. Perlahan lahan aku mengeluh, terpaksalah aku bersemuka dengan 'tunang paksa rela' aku tuh.

*********

Akhirnya, kakiku sudah menjejak zon larangan iaitu bilik pakcik singa. Tapi, macam mana pulak aku nak buka pintu ni? Kalau aku angkat dulang ni dengan satu tangan takut jatuh pulak susu ni, kalau aku ketuk pintu dengan kaki nanti pakcik tu kata kurang ajar pula.

Aiyaa, kenapa la aku tak suruh mama letak satu meja bulat kat sini? Agak agak kalau aku guna dahi boleh tak? Arghh malas aku nak pikir dahla gerun dulang ni, buat ajelaa.

"Kau nak apa? Oit!" baru sahaja aku nak buat, abang Faris sudah membuka pintu, tapi kepalaku terus ke depan. Abang Faris terus menyambutku, dapat kurasakan mukaku terpercik air dek rambut abang Faris yang basah.

"Oit! Apa ni? Kau okay ke?" kata abang Faris risau sambil kedua belah tangannya memegang bahuku dengan kuat. Kepalaku didongak, mataku mula menari dengan mata abang Faris.

" Kau okay?" kataku mengulang semula kata kata abang Faris dengan riak wajah tak percaya sambil memandang abang Faris dengan penuh khusyuk.

Abang Faris yang menyedari ulanganku terus menarik tangannya daripada bahuku. Aku pula, terus kaku di situ, boleh aku nampak wajah abang Faris yang kusut. Nampak macam dia buntu.

" Kau nak apa datang sini?" tanya abang Faris tanpa melihat mukaku.

"A..emm mama suruh hantar susu dan buah kat encik Faris, tapi sorry susu tertumpah sikit" jawabku kalut. Aku masih tak percaya apa yang berlaku tadi.

"Kau memang tak reti bagi salam eh?" belum sempat aku pergi abang Faris bersuara.

"S...saya lupa maaf" kataku tidak memandang ke muka abang Faris.

"Cikgu kau memang tak ajar ke kat sekolah?" tanya abang Faris lagi. Dia mula berjalan ke arahku.

"Cikgu ajar, tapi saya tak nak ikut sebab tuan bilik ni tak pernah nak hormat saya" kataku sambil berpaling ke arah abang Faris yang sudah mula dekat denganku. Aku terpaksa mendongak kepala dek abang Faris yang tinggi.

"Hmm bagus jugak ehh jawapan kau" puji abang Faris dengan senyuman sinisnya sambil berpeluk tubuh. Aku merenung abang Faris tajam.

"Heh, sekurang kurangnya cikgu saya ajar cara sikat rambut" kataku mengecilkan mata.

"Oh sekarang kau nak perli aku pulak lah, kenapa, kau nak muka kau kena air rambut aku ke?" kata abang Faris makin mendekat dengan aku. Aku yang melihat jarak diantara kami terus bergerak ke belakang.

"Kenapa? Kau takut ke?" kata abang Faris sambil menundukkan kepalanya dan mendekatkan mukanya padaku.

"Emm.....encik Faris kita baru tunang, so jangan sampai penumbuk kecil saya ni cium muka abang Faris" kataku agak cemas tapi dicover dengan muka yang agak ganas.

"Aku tak kesah asalkan kau...." muka abang Faris makin dekat denganku. Aku dah tak boleh undur ke belakang kerana badanku sudah lekat pada dinding. Aku hanya mampu menutup mata.

"Pergi blah dari bilik aku sekarang!" kata abang Faris dengan tegas lalu menjeling tajam kepada aku dan kembali menjauhkan diri daripada aku. Hampir tercabut jantung aku dibuatnya, mulut yang rapat dibuka luas. Serius! Pakcik singa tuh memang dah gila tahap tinggi! . Aku merengus kuat sambil sebelah tanganku memegang dada yang berdegup tak tentu arah.

"Heh, hey pendek! Kau ingat aku memang nak 'ngam' kau ke?" tanya abang Faris lalu menggantung tuala kecil di lehernya. Aku hanya menjawab dengan jelingan maut mataku.

Dapat ku dengar abang Faris ketawa terbahak bahak. Hish! Geram betul aku, ingat benda ni main main ke? Eii! Nak nak je aku lepuk sekali kat muka tuh! Takde arah kau masih ajnabi aku kalau tak setahun pun tak hilang merah kat pipi tuh.

"Aik, kenapa kau tak gerak lagi ke...kau nak aku..."

"Aihh! No no! Saya keluar la ni" jeritku takut lalu bingkas bangun dan berlari keluar dari bilik abang Faris, daun pintu bilik sang singa ditutup kuat, aku menyandar pada pintu sambil sebelah tangan memegang dada dan menarik nafas panjang.

Huh! Memang creepy tempat ni! Memang tak laa aku nak masuk dah bilik ni. Aku terus berlari menuju ke bilikku. Pintu ditutup rapat dan sekali lagi aku duduk dan menarik nafas panjang. Sungguh! Hati aku memang berdegup laju.

Ingin sahaja aku ketuk hati kuat kuat. Dia punya laju tu macam nak meletop.

Ishh! Dasar jantan gedik! Aku yang dia benci ni pun nak try? Nak nak je aku sepak muka kat situ jugak! Haduh, dia saja nak buat aku gelabah macam ni.

**********

Keesokan harinya...

Aku turun tangga dengan muka yang masam mencuka. Kejadian semalam memang buat aku naik hantu. Baru sahaja aku hendak pergi ke pintu, mama menegurku.

"Yana....nak pergi mana tuh? Kalau ye pun breakfast laa dulu" kata mama lembut. Abang Faris turut melihat ke arahku.

"Takpelaa pa... Yana beli kuih kat kantin je nanti... Yana pergi dulu" balasku melihat ke arah papa. Mataku mula perhati abang Faris, dia kelihatan biasa sahaja. Aku yang tengok macam nak pukul dia sampai mati! Aduhai sabar laa wahai hati.
Lalu aku keluar dengan amarah dalam hati.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now