💄Part 28💕

5.6K 291 5
                                    

"Haduh..." keluhku berat. Serius, ape benda yang ada dalam kepala pakcik singa tu sebenarnya?

"Ke...dia..suka kat aku?" kataku perlahan.

'Aku rasa aku dah tukar fikiran'

"Mak aii....apa benda kepala kau tengah proses ni?...mustahibbun laa abang pengawas famous suka dekat kau...haaa" keluhku sambil memegang kepala dan menggeleng.

"Woi" tegur seseorang lalu menghempuk kepalaku dengan buku.
Ternganga aku dibuanya. Sakit siak!
Aku mengangkat kepalaku.

"Apa yang encik nak ni? Saya masih lagi nak simpan otak ni untuk next year" kataku tegas. Ada ke patut dia hempuk kepala aku dengan buku yang tebal tu.

"Yang kau duk geleng macam orang tak siuman kenapa?" tanya abang Faris sambil mengangkat keningnya tanda ingin tahu.

"Biar saya laa yang abang Faris tu buat apa kat sini?" tanyaku semula. Setahu aku, waktu rehat macam ni semua orang pergi berehat termasuklah geng abang Faris yang 'famous' itu.

Abang Faris senyap sekejap. Nampaknya seperti tengah berfikir sesuatu. Aku hanya memerhati abang Faris dengan teliti.

"Lantak akulah nak datang sini...kau ingat sekolah ni nenek kau punya ke?" kata abang Faris tegas. Mukanya merah. Bulshing ke apa?

Aku yang mendengar alasan yang diberi terasa nak gelak. Geli hati pun ada dengan pakcik singa ni!

"Bukan ke nenek saya nenek en...."

"Akh! Lupakanlah apa yang aku kata tadi" belum sempat aku habiskan kata kata abang Faris dah balas. Mukanya memang merah. Malu la tuh!

Tergelak kecil aku mendengar rengusan abang Faris. Abang Faris terus pergi melepak di lorong rak sebelah. Tinggalkan aku sendirian.
Aku tidak menghiraukannya malah sambung membaca buku.

"Assalamualaikum" sapa seseorang membuatkan aku berhenti membaca. Kepalaku segera berpaling. Fikry memberi senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Comel!

"Waalaikumussalam, eh Fikry! Buat apa kat sini?" tanyaku agak terkejut. Ya, sudah lama aku tak nampak wajah Fikry. Sibuk agaknya.

"Saya datang ni sebab nak jumpa awak" jawab Fikry lembut. Sedikit terlopong mulutku sebab tak paham.

"Ke...kenapa pula awak nak jumpa saya?" tanyaku sekali lagi.

"Jom...ikut saya" ajaknya girang sekali. Aku masih blur dengan apa yang terjadi.

"P...pergi mana?" tanyaku lagi. Fikry menguntum senyuman lalu mengambil buku di tanganku dan meletakkannya di rak buku dengan kalut.

"Aduh" aduh abang Faris sambil memegang kepalanya. Aku yang mendengar aduhan itu terus berpaling. Hampir aku lupa abang Faris ada di sebelah lorong rak buku.

Abang Faris bangun lalu memandang Fikry dan aku. Aku hanya memandang bawah.

"Siapa yang letak buku kuat sangat?" tanya abang Faris dengan nada tegas.

"Emmm...aku yang buat Faris...kau jangan marahkan dia" kata Fikry jujur. Aku memandang Fikry sambil mengukirkan senyuman nipis. Gentlemen sangat!

"Heh lah....yang kau pulak duk tengok dia dah kenapa? Lamun cinta?" tanya abang Faris sambil merenungku tajam. Aku memandang abang Faris dengan pandangan tidak puas hati. Ada ke patut dia kata macam tu...kalau dia macam Fikry bukan setakat tenung dia, aku bagi kiss kat pipi biar tak tidur malam!

"Salah ke?" tanyaku sengaja menguji kesabaran abang Faris. Ternyata memang abang Faris menunjukkan riak tak puas hati.

"Memang salah! Kau tu b..." kata kata abang Faris tersekat disitu. Dia menyedari yang bukan hanya dirinya seorang di dalam perpustakaan itu malah ada ramai orang yang tak tahu akan statusnya.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now