💄Part 60💕

1.9K 179 29
                                    

"Amm...encik makan lah sendiri kenapa saya nak kena suap pulak?" jawabku sedikit menjerit. Tak keruan aku dibuatnya.

"Aku kan baru lepas hembus hingus tadi, tangan aku kotor..banyak soal la pulak kau ni" walaupun suaranya lemah tapi aku dapat rasa bahangnya itu. Betul jugak cakap dia, buat malu muka jer tadi.

"Nah" aku menyuakan ubat pada mulut abang Faris. Usai sahaja abang Faris memakannya aku menyuakan pula gelas air pada abang Faris.

"Dah, encik..." belum sempat aku kata apa terus abang Faris menarik selimut dan tidur semula. Bulat mata aku memandangnya terus aku menepuk peha abang Fadis dengan kuat. Terloncat si suami dibuatnya.

"Eh Yana! Apa ni?" jerit abang Faris sambil mengusap pehanya. Melihat muka amarah isterinya dia kembali menutup mata.

"Encik! Pergi la tidur dalam bilik encik!" marahku sambil menarik lengan abang Faris. Abang Faris tetap kaku. Kuat manalah sangat daya aku nak menarik pakcik singa ni. Melihat kebisuan abang Faris aku menampar pehanya sekali lagi. Sekali lagi abang Faris terloncat.

"Ei! Aku kang" marah abang Faris. Bulat matanya memandang isterinya. Aku mengensot ke belakang. Seram pulak aku bila dia mula marah. Tula, cari pasal lagi Yana. Tapi itu pun untuk kebaikan dia jugak

"Apa lagi yang kau nak? Pergila tidur biar saja aku dekat sini" halau abang Faris. Macam rajuk saja bunyinya. Dia kembali mengelubung dirinya dalam selimut.
Halah, takkan merajuk kut? Bila masa pulak ni?

"Kalau saya tidur habistu encik?"

"Aku tidurla sini, kau tinggalkan aje kotak tisu ni..dah pergi tidur esok sekolah"  kata abang Faris dingin. Penat la kalau dia buat perangai macam ni. Perlahan aku membuka mulut.

"Encik marahkan saya ke?" perlahan saja aku bertanya. Aku duduk bersimpuh dihadapan abang Faris. Abang Faris mengeluarkan kepalanya.

"Marah. Sebab kau tak tidur lagi, kenapa?" jelas nampak marah abang Faris.  Tersuka aku dibuatnya nampak sangat fikiran aku meleset.

"Kenapa kau suka pulak?" tanya abang Faris dingin seperti biasa. Dia memandang isterinya dengan hati yang tidak puas. Selimutnya dikemaskan kerana kesejukan yang menyapa tubuhnya.

"Tak ada lah, saya ingat..en-encik merajuk tadi yela kan sebab.." aku mengalih pandanganku ke arah lain.

"Huh, aku bukan budak budak..nak merajuk bagai macam budak kecik. Its up to you, aku malas nak panjangkan cerita bagi aku biarlah masa yang menentukan. Malas nak panjangkan masalah ni" dengan muka tenangn dia kembali menyelubung mukanya. Aku yang mendengar mengangguk setuju. Buat apa aku nak tahan hati, aku bukan nak abang Faris paksa diri dia. Tapi kenapa hati aku sakit ni?

Baru saja air mata aku nak mengalir abang Faris sudah mengelap air mata aku terlebih dahulu. Aku memandang abang Faris. Tergamam aku dengan perbuatannya.

"Tak payah nak menangis sebab aku, aku bukan marahkan kau pun jadi tak payah la menangis aku tak suka" katanya usai abang Faris lap air mata aku. Tak berkelip mata aku memandangnya. Rasa bersalah mengasak diri. Aku bukan menolak dia tapi aku rasa macam dia tak patut luahkan perasaan dia dalam masa yang terlalu singkat ini.

"En-encik pergi la tidur dalam bilik encik" pujukku lembut sambil tersenyum. Aku memegang tangan abang Faris dan tanpa sedar abang Faris turut membalasnya erat. Tergamam aku tapi aku hanya senyap sahaja.

"Tak nak ah, malas aku" jawabnya mudah tapi matanya melihat ke arah lain.

"Tak boleh macam tu encik, encik tu selsema karang demam balik macam mana?" marahku tapi tidak kuat. Sekadar bunyi seperti menasihat.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now