💄Part 14💕

5.9K 280 2
                                    

"Uhuk uhuk tak...takpe nek uhuk uhuk" kataku menolak cadangan nenek.

"Aah nek takpe Yana boleh tuh" kata abang Faris menyokong aku. Mama mengambil gelas yang dipenuhi dengan air masak, sebaik sahaja mahu disua ke mulutku nenek menghalang perbuatan mama.

"Tak payah Mar biar si Faris yang buat" kata nenek tegas. Matanya melihat abang Faris dengan tajam sambil memberikan isyarat menolong aku minum air.

Abang Faris mengeluh lalu bangun, gelas yang dipegang oleh mama diambilnya dengan lembut. Mama membiarkan abang Faris membuat kerjanya.

Abang Faris perlahan lahan menyuakan air masak ke mulutku. Lalu aku minum dengan perlahan. Usai air itu habis diminum, tiba tiba mataku memerhati mata abang Faris lama.

Entah kenapa hatiku mula teringat perjanjian aku dengan Pia dulu. Hatiku mula rasa sedih. Abang Faris yang perasan perlakuanku mula perhatikan mataku lama.

"Ehem ehem jaga pandangan tu" tegur nenek sambil tersenyum lebar. Aku yang menyedari perbuatan kami terus berpaling ke arah lain sama juga dengan abang Faris. Kenapa disaat mata kami bertautan hadirnya satu perasaan yang agak janggal buat aku. Perasaan yang aku sendiri tak nak ada dalam hati ini.

"Emm nenek mak ngah pak ngah Faris pergi dulu, assalamualaikum" kata abang Faris dengan riak muka baru bangun dari perasaan hati. Lalu mengorak langkah keluar dari rumah.

"Ok lah nek mama papa Yana pun nak kena pergi sian pulak dekat Pakcik Megat tunggu kiteorang" kataku sambil menyalam tangan mama papa dan tak lupa nenek. Sempat lagi aku tersenyum pada Mak Limah dan menuju ke daun pintu. Abang Faris yang sedang pakai kasut nampak ralik. Aku memandang abang Faris dengan pandangan yang kosong.

Hmm...entahlaa apa dia moto hidup aku sebenarnya. Kakiku longlai melangkah masuk ke dalam kereta, aku mengambil tempat duduk di belakang manakala abang Faris mengambil tempat duduk di hadapam.

Kereta Vellfire hitam mula meluncur laju keluar dari perkarangan rumahku. Aku hanya mendiam diri saja. Mataku memandang keluar, hujan rintik rintik membasahi bumi dan juga meninggalkan kesan pada cermin kereta.

Perjanjian aku dan Pia mula bermain di fikiranku. 'Kahwin dengan abang Faris.....'

Aku terus menggelengkan kepala. Aku tak boleh buat. Aku tak boleh kahwin dengan orang yang dah sedia maklum bencikan aku. Maafkan aku Pia, aku hampakan kau. Aku tak boleh buat.

************

Whiteboard yang dipenuhi dengan contengan sains cikgu Zu aku hiraukan sahaja. Takde mood nak belajar. Eh kejap, nak belajar perlu ade mood ke? Ah lantaklah!

"Fatin!" kata Fina jerit kecil memanggil namaku sambil tangannya menepuk belakangku.

"Isk kau ni buat kejut aku je" marahku. Buku teks sains aku buka untuk mengelak soalan Fina.

"Ha kau tak payah nak bukak sangat buku teks tuh, kau tutup balik! Ape, ingat aku tak kenal bff aku yang jenis suka mengelak dari soalan" marah Fina sambil tangannya terus menutup buku teks aku. Aku meraup muka dan mengalihkan pandangan ke arah papan putih.

"Baik kau bagitau aku sekarang ni ape masalah kau sampai cikgu Zu tengah mengajar pun kau still mengelamun jauh?" tegas Fina mengarahku membuka mulut. Aku mengeluh perlahan.

"Kalau aku cerita pun kau takkan paham perasaan aku" kataku lemah.

"Aku taknak paksa kau Fatin, tapi kalau kau tak ready lagi nak cerita and i give u time, just please tumpukan perhatian okay?" kata Fina sambil mengusap belakangku lembut.

Kriinngggg~~~

"Ok cikgu nak korang buat kerja sekolah yang cikgu kata tadi and Fatin cikgu nak jumpa awak dekat bilik lepas rehat" kata cikgu Zu lalu mengorak langkah keluar dari kelas.

"Wei Fatin aku rasa kan kau terpilih lah untuk pertandingan nyanyi tuh" kata Hija a.k.a leader Kpop. Aku hanya tersengih sahaja.

**************

"Ye cikgu kenapa nak jumpa saya?" kataku selepas memberi salam. Cikgu Zu tersenyum ke arahku dan membuka laci disebelahnya. Sehelai kertas diserahkan kepadaku.

Aku mengambil kertas itu dengan penuh tanda tanya. Borang pertandingan menyanyi aku tilik satu persatu.

"Ape ni cikgu?" soalku kepada cikgu inginkan kepastian. Cikgu Zu ketawa kecil mendengar soalanku.

"Borang pertandingan menyanyilah awak dengan Fiqry akan menyertai pertandingan menyanyi peringkat daerah" terang cikgu Zu sambil tersenyum lebar.

"Hah?! Fiqry?! Pasaipa pulak cikgu" terkejut aku bila Fiqry turut menyertai. Aku mengeluh panjang. Aku memang tak suka bila ada kerja dengan lelaki.

"Alah tak payah nak cakap loghat Kedah lah ngan cikgu, cikgu tahu kamu mesti tak suka tapi nak buat camne dah sekolah yang aturkan, pasrah ajela" kata cikgu Zu sambil tergelak kecil. Aku membuat badan lembik. Aku tak suka!

"Ah kamu bukan nye sorang hija, fina, amalin, amalien, alif pun masuk cuma diorang nyanyi....." kata kata cikgu Zu berhenti di situ. Cikgu Zu seperti serba salah hendak kata.

"Apa cikgu!"

"Nyanyi Korea"

"Cikguuuu!!"

"Pastu saya ngan si Fiqry tuh nyanyi lagu ape?" marahku dengan cikgu Zu. Dia tahu aku memang army Kpop kenapa dia tak masukkan aku sekali. Huwaaaa!!!

"Melayu lah.... Hehehe sorry Fatin pihak sekolah rasa kamu dengan Fiqry memang sesuai kalau berduet sekali" kata cikgu Zu sambil ketawa.

"Takpela cikgu saya redha, saya mitak maaf sebab tadi eh?" kataku sambil membuat muka malas. Bukan malas nak mitak maaf tapi malas sebab tak boleh masuk nyanyi Kpop! Huwaaa!

"Hmm takpela nanti adela rezeki kamu, hah ambil borang nih bagi dekat Fiqry ye?" kata cikgu Zu lalu menghulurkan borang pertandingan kepadaku.

"Hmm yela cikgu" balsku lemah, cikgu Zu yang melihat perlakuanku tergelak kecil.

***********

"Weh, asal cikgu Zu panggil kau?" soal Fina sebaik sahaja aku jejak kaki di kelas.

"Aku dapat masuk pertandingan menyanyi...."

"Yeay!! Aku tum..."

"Kau nih aku tak habis lagi cakap" kataku sambil memukul Fina. Fina mengaduh kesakitan.

"Alah ape pulak masalah lagi nye kau kira untung tau dapat masuk pertandingan yang kau berangan selalu tuh" balas Fina. Aku terus mencubit pinggang dia. Geram betul aku dengan perangai sorang nih.

"Aduh sakitlah ngok!" aduh Fina. Aku hanya buat endah sahaja.

"Aku memang masuk pertandingan tuh tapi aku geng ngan Fiqry" kataku lemah. Fina membulatkan matanya seperti terkejut dengan apa yang aku katakan.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now