💄Part 63💕

3.1K 210 63
                                    

"Assamualaikum" bunyi salam mengejutkan aku dari khayalan. Aku terus bangun dari dudukan. Bulat mataku memandang Fikry yang kelihatan lemah tubuh badannya. Dia tak sihat ke?

"Waalaikumussalam, eh? Datang pun kau" balas abang Faris lalu bangun dari perbaringan. Sempat lagi dia meregangkan badannya. Macam tak percaya je aku melihat abang Faris.

Dia ni tidur ke tak tadi? Kejam betullah saja nak kenakan aku.

"Kau..buat apa kat sini Faris?" Tanya Fikry dengan suara serak. Risau pula aku mendengarnya. Dia betul betul sakit ke?

"Teman Fatin, kesian dia sorang sorang..kau pulak? Bukan ke kau tak datang sekolah hari ni? Kelas latihan boleh pula kau datang ye?" Tanya abang Faris sambil menggalas beg sekolah.
Aku memandang abang Faris terkejut.

Fikry tak datang sekolah? Habis, kenapa abang Faris tak bagitau aku? Kalau tak dah lama aku balik rumah tak kena nak lalui situasi tadi... Memang sah dia tak pernah berubah.

"Tak la dia bukan teman saya, dia datang nak menyibuk je" perliku pedas.
Sebaik sahaja abang Faris membuat riak tak puas hati aku pun membalasnya dengan jelingan. Sakit hati aku, tapi aku lega yang dia langsung tak berubah.

"Oh, macam tu rupanya, kau tak masuk kelas ke Faris?" Tanya Fikry perlahan tapi tegas kedengaran. Aku perasaan bila Fikry bernafas kuat bunyinya. Aku mula tak sedap hati.

"Aku lambat disebabkan kau lah" marah abang Faris.

"Kau...uhuk uhukk ta-tak pernah ponteng kelas pun kan? Baik kau masuk kelas sekarang sebelum cikgu tanya" gagah Fikry. Tapi lemah saja suaranya. Kesian aku melihatnya. Bunyi batuk dalam percakapannya.

"Tak payah nak kesiankan aku la, dah la aku nak pergi ni..jaga Fatin untuk aku" aku memandang abang Faris. Tegang saja mukanya melihat Fikry.

"Uhukk! Un-tuk kau?"

"Okaylah aku nak pergi ni..bagi dia ni" abang Faris memandangku lalu mencampak sebotol air 100plus. Aku melihat botol air itu. Biasanya kalau air 100plus ni bagi dekat orang demam.
Maksudnya...Fikry demam?

"Ah..o-okey.." aku menjawab dengan muka yang blur.

"Kau pun jangan nak menggatal eh" abang Faris bagi warning padaku. Kemudian dengan leggang dia mengorak langkah ke pintu dewan.  Ceh, dia ingat aku ni apa? Aku pandai jaga diri la..dia je lebih.

Sebaik sahaja berada di sebelah Fikry, abang Faris berhenti melangkah. Fikry mengerling jawabnya disebelah. Kenapa aku rasa seram pula menengoknya.

Tangan kiri abang Faris mendarat di bahu Fikry.

"Cepat sembuh eh..aku beli air dekat kau.." katanya peramah lalu sambung berjalan keluar dari dewan. Macam tak cukup tanah aku tengok dia berlari ke kelasnya. Nak tergelak aku menengoknya.

"Dia ni dah bertukar jadi mafia ke sekarang? Macam badboy pun ada aku tengok padahal Ketua pelajar kut" sempat lagi aku membebel tentang abang Faris. Kemudian mataku beralih pada Fikry.

"Jom, duduk kat meja batu tu..sini tak sesuai" ajak Fikry lembut kemudian memberi laluan padaku. Aku melihatnya sekejap kemudian mengorak langkah berjalan mendahuluinya. Yelah kan, biasanya akan ada aku, Fikry dan Cikgu Zul. Tapi dah Cikgu Zul tak ada kiteorang memang tak boleh berdua la.

Dalam hati aku sudah tak keruan. Fikry dengar ke perbualan aku dan abang Faris tadi? Kalau dia dengar apa aku nak buat? Arghhh! Tengok ajelah lepas ni..

Usai sahaja kami duduk di atas kerusi batu tu, mataku kejap memandang Fikry kejap memandang meja. Aku nak start dulu ke? Kekoknya...

"Maaf sebab saya lambat, awak sihat Fatin? Uhuk uhukk" walaupun tekaknya sakit tapi dia gagah jugak untuk bercakap. Aku terus mengangkat muka dengan muka agak terkejut.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now