💄Part 31💕

5.6K 303 17
                                    

Kringg~~~

"Terima kasih cikgu!"

"Sama sama....jangan lupa siapkan kerja rumah saya...next class saya nak tengok" kata cikgu Faisal tegas kemudian melangkah keluar dari kelas.

Aku duduk lemah di kerusi. Perasaanku kini hanya terasa lapar dan penat. Aku terasa bahuku disentuh lembut.

"Wey, jom rehat....kita nak makan apa hari ini?" tanya Fina sambil tersenyum.

"Kau pergi lah rehat dengan Hija, aku kena hafal lirik lagu ni" kataku menolak dengan lembut. Aku melihat kening Fina sedikit terangkat.

"Jap, kau setuju duet dengan abang Fikry pengawas famous tu?!" jerit Fina teruja.

"Terpaksa" jawabku dengan senyum segaris. Fina menepuk bahuku kasar.

"Kau ni tak baiklah....abang Fikry tu famous jugak bukan Faris sorang jer" kata Fina dengan senang.

"Macam macam lah kau ni...dah lah pergi la rehat lama kang Hija tinggal kau" gesaku menolak Fina. Telinga aku rasa naik nanah dah dengar nama abang Faris.

"Yela...aku pergi dulu...nanti aku beli laa apa apa kat kau..bye" kata Fina lalu berlari keluar dari pintu belakang.

Aku tersenyum bila mendengar suara Hija membebel seperti mak nenek kepada Fina. Aku sambung duduk dan menghafal lirik lagu yang diberi cikgu Zul pagi tadi.

"Kata suruh cari sendiri" gelakku seorang diri.

"Ahhh....leceh lahh" bulat mata aku mendengar dengusan itu. Teramatlah kenal siapa gerangannya. Aku terus sorok di bawah meja bila terderngar suara itu. Suara abang Faris!

"Asal kau ni? Cat dewan jer pun" kata abang Aiman.

"Entah" sambung abang Aslam pula.

"Malas ahh...aku nak kena study lagi, lagipun spm nak dekat dah" rungut abang Faris.

"Lahh...kita kan buat sama sama bukan kau sorang jer" kata abang Aslam.

Aku perlahan lahan menjenguk kepala melihat dengan lebih jelas. Kena hati hati juga, jangan sampai tertangkap!

"Asal tak biar jer dewan tu? Warna putih pun okay jugak....ni tetiba nak tukar warna pink...seumur hidup aku tak pernah nak kenal warna pink" bebel abang Faris. Nak tergelak aku rasanya mendengar bebelan si dia.

"Habis tu nak buat macam mana? Ni bukannya sekolah atuk kau!" marah abang Aiman.

"Tapi tadi pengetua kata sampai pukul berapa eh?" tanya abang Aslam.

"Pukul lima" jawab abang Faris dan abang Aiman serentak.

"Dah laa...jom lah kita pergi rehat...isi perut...petang nanti aku belanja makan, okay?" kata abang Aiman sambil mengangkat thumbs up.

"Kau belanja sampai minggu depan terus lah" kata abang Faris sambil ketawa.

"Kau ingat aku bank gerak ke? Tak guna" marah abang Aiman. Abang Faris dan abang Aslam menghambur tawa dengan kuat.

"Kentut laa korang ni...dah laa jom..nanti habis makanan makan daun kering saja laa korang"  marah abang Aiman lalu mendahulukan langkahnya ke depan. Abang Faris dan abang Aslam terus ketawa sambil mengikut belakang abang Aiman.

Sebaik sahaja suara mereka mula tidak kedengaran aku segera bangun lalu keluar dari kelas sambil sebelah tangan memegang kertas lirik lagu.

"Rasa takut pula kalau aku hafal dalam kelas baik hafal kat pondok padang saja" kataku perlahan lalu berjalan menuju ke pondok berwarna merah yang berada di tepi padang.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now