💄Part 50💕

2.8K 195 8
                                    

"Ehem" dehemku setelah 3 minit berlalu tiada siapa pun yang mulakan bicara. Ekor mataku mencuri lihat ke tepi.

Telinga abang Faris dapat menangkap  maksud yang diberi oleh isterinya itu tapi dia mengambil keputusan untuk buat tidak endah sahaja. Kekadang ekor matanya mencuri pandang ke arah isterinya.

Aku mencebik. Aku tidak puas hati dengan kebisuan abang Faris. Walaupun aku dan dia berjalan bersama di bawah satu payung aku ingatkan itu dah cukup romantik tapi nampaknya hanya aku sorang yang rasakannya.

Perlahan aku menghembus nafas. Aku memandang bawah dan mataku tertumpu pada kasut sekolah milik abang Faris. Walaupun ia hitam tapi mataku dapat menangkap kesan lumpur di kasutnya. Pelik pula aku melihatnya.

Mana pulak dia pergi sampai kotot habis kasut dia ni? Takkan lutut dia dah terencat sangat sampai main dalam lopak kut?

Sedang aku memikir, angin hujan menyapa tubuhku dengan kuat. Terketar tubuhku dibuatnya. Sejuk mak ai!

Aku memandang abang Faris mana tahu dia turut merasakan apa yang aku rasa? Lama aku menunggu reaksinya namun hampa. Dia langsung tidak terniat mahu bertanya. Nak minta dipeluk? Jauh sama sekali!

Sekali lagi angin menyapa tubuhku kali ini bersama dengan tempias hujan. Basah mukaku dibuatnya. Kerana tidak tahan akan kesejukan hujan aku memeluk tubuh. Sempat lagi mataku menjeling abang Faris, baik aku cari laki lain kalau macam ni! Tak kesah langsung pasal bini dia!

Abang Faris sebenarnya dapat merasakan juga angin sejuk itu kerana ia turut menyapa tubuhnya. Dia tahu bahawa isterinya turut kena tempias sama, ekor matanya ada mencuri pandang ke arah isterinya. Dia nampak mata isterinya mengerling ke arahnya tapi dia hanya membisu.

Aku mengeluh bila hujan mula lebat kembali dan tempiasnya lebih banyak mengena ke arah kami. Dapat aku rasakam bahu aku yang mula basah dek air hujan itu. Sekali lagi aku mengeluh dengan hati yang tidak puas.

Abang Faris menghela nafas bila melihat air hujan yang tadinya berderai kembali lebat tumpahnya ke atas permukaan bumi. Dan sedikit tempiasnya mula mengena dia juga. Tapi hatinya mula resah melihat isterinya sudah berkerut dahi menahan sejuk agaknya. Yelah, hampir separuh baju isterinya basah lencun dek tempias air hujan.

Dengan penuh berhati hati dia mengalih sedikit kedudukan payung itu ke arah isterinya. Bahunya sedikit sebanyak dapat merasakan sejuk air yang mengena bahunya itu.

Aku membuka mata bila merasa sesuatu yang tidak kena. Aku melihat ke tepi kiriku. Ya, bahu aku sudah tidak mengena air hujan tadi. Makin berkerut dahiku melihatnya, dengan pantas aku mengerling ke arah abang Faris.

Lama aku merenungnya, tapi melihat kebisuan abang Faris terpaksa juga aku membuka mulut.

"Apa ni encik? Basah lah baju encik nanti...tak payah nak payungkan saya sangatlah" kataku malas lalu menolak kembali payung itu melebihi bahu abang Faris. Aku kembali basah.

Terkejut abang Faris dengan tindakanku sebentar tadi. Tak berkelip matanya melihatku.

"Aku just buat tanggungjawab aku jer" senang aje jawapannya lalu kembali memayung isterinya semula.

Aku mencebik. Menyampah pulak suami aku terlalu caring.

"Tak payah nak risau.. Nak sampai sekolah dah pun, saya boleh berlari dari sini thank you!" kataku acuh tak acuh lalu mula melajukan langkah. Tapi belum sempat aku mahu belari abang Faris terlebih dahulu menarikku kuat membuatkan aku terpusing ke arahnya.

"Aduh" kepalaku terhantuk pada dada abang Faris.

"Kau nak lari mana? Biar ajelah aku hantar kau sampai dewan" katanya tegas. Keningnya dirapatkan tidak suka dengan tindakan melulu isterinya.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now