💄Part 22💕

5.8K 281 4
                                    

Aku melihat kolam dengan pandangan kosong sambil berpeluk tubuh. Kata kata abang Faris masih terngiang dalam kepalaku.

'Ok fine....kau jangan harap aku akan hormat kau dengan baik lepas ni....tapi aku nak depan mama papa dan nenek....kita buat seolah kita ni suami isteri yang caring each other....but then aku dah tak nak amik peduli hal kau....kita buat haluan masing masing'

Aku mengeluh perlahan sambil melihat langit yang sudah menggelap. Kini ianya dihiasi dengan bintang bintang yang berteraburan. Angin sepoi sepoi bahasa melayan perasaanku kini.

"Yana" panggil nenek lembut.

"Oh...ye nek? Ada apa nenek nak Yana tolong?" kataku agak terkejut dengan panggilan nenek.

"Kenapa kamu tak pergi makan tadi?" tanya nenek membuat lidahku kelu. Aku hanya senyap.

"Yana....nenek tanya ni?" tanya nenek sekali lagi.

"Takde apa laa nek...Yana diet" jawabku dengan senyuman pahit. Dan kembali memandang kolam.

"Ishhh...takkan laa nak diet pada first day kahwin?" tanya nenek sambil tersenyum. Aku hanya senyap dengan pertanyaan nenek. Perlahan lahan nenek memaut bahuku lembut.

"Nenek tahu kamu dalam masalah...kamu takkan tolak makanan Yana....nenek kenal cucu nenek.....kenapa? Faris ada buat hal ke dengan kamu?" tanya nenek inginkan kepastian. Aku memandang nenek, takkan laa aku nak jawab ye, aku tak nak burukkan nama suami aku.

"Ehh...tak laa nenek....abang Faris layan Yana baik" dalihku sambil tersenyum hampa.

"Tak payah tipu laa Yana....nenek kenal Faris tuh macam mana....dia tuh jenis dingin, mulut laser, keras kepala, hati batu..."

"Tapi dia jadi macam tuh sebab Yana kan?" aku memotong kata kata nenek. Nenek senyap selepas aku kata begitu.

"Nek...Yana sedar pasal tuh....Yana..."

"Tapi bukan kamu yang menyebabkan Pia mati" nenek pula memotong kata kataku. Mulut aku terus mati bila dengar kata kata nenek.

"Nek.... Yana...."

"Sabarlah ye dengan perangai Faris...biasalah tuh mula mula kahwin....nenek naik tidur dulu ye?" kata nenek sambil menepuk bahu aku. Aku angguk sambil tersenyum. Nenek meninggalkan aku seorang diri dan masuk ke dalam rumah. Aku menghulurkan kaki ke dalam pool ingin merasakan kesejukan malam.

"Woi!"

Bantal putih dilempar atas kepalaku. Terkejut aku dibuatnya. Nasib baik tak jatuh! Kalau jatuh siaplaa kau!
Aku paling ke atas dan melihat abang Faris memandangku dengan muka selamba.

Tak rasa bersalah langsung ke dia ni?! Sakit gila kut dia baling! Memang sah pakcik singa ni nak buat hal ngan aku!

"Ape dia?!" jeritku sambil memegang kepala. Sakit siak!

"Hey, kau dah tak reti nak naik ke?! Ke kau nak aku dukung kau naik ke atas?" jerit abang Faris semula. Dukung?! Eiii....aku rela terjun gaung daripada kena dukung dengan dia!

"Tak payah lahh! Yana tahu naik sendiri laa" balasku pula.

"Ohhh sedar pun ada kaki kan? Naiklah cepat!" marah abang Faris lalu berpusing seperti hendak masuk ke dalam.

"Kacau mood betullah dia ni! Aku baru nak berangan jauh tup tup monster mimpi ngeri aku dah datang" bebelku seorang diri.

"Hoi! Cepatlah naik! Aku lempar satu lagi bantal kang biar jatuh dalam pool, baru padan muka kau" ugut abang Faris sambil memegang bantal bersiap sedia untuk baling ke bawah. Aku yang mendengar ugutan abang Faris terus berlari anak masuk ke dalam rumah.

Cinta Untuk Abang Pengawas Famous Where stories live. Discover now