Bab 39

972 72 54
                                    

~Double Update, 1/2~

Yasmin mendongak langit London yang mendung itu. Dia terus menarik baju sejuknya apabila angin sepoi menyapa tubuhnya. Sudah 3 bulan dia berada di UK selepas pemergian Aifa. Setiap bulan pasti, Ayden datang berjumpa dengannya di UK.

Pada mulanya, ibu bapanya membantah keputusannya untuk berpisah buat seketika dengan Ayden. Namun, apabila dipujuk oleh Ayden, ibu bapanya akhirnya akur. Mereka tahu anak gadisnya memerlukan waktu untuk melupakan peristiwa pahit itu.

Bibirnya mengorak senyuman apabila mengingat kembali telatah suaminya. Ayden pandai mengalih perhatiannya daripada mengingati pemergian kembarnya. Suaminya itu selalu ada di sampingnya sekiranya dia teringatkan Aifa.

Tidak jemu Ayden menghubunginya sekiranya dia tiada di UK. Pasti setiap malam, Yasmin dihubunginya. Sungguh Yasmin tidak menyangka bahawa Ayden seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang.

Yasmin terus mengorak langkah memasuki bangunan lapangan terbang itu. Kebetulan, Ayden baru sahaja tiba di situ. Mereka mempunyai temujanji dengan Adam dan Umairah yang kebetulan berada di London ketika itu. Dia perlu mengambil Ayden dahulu sebelum bertemu dengan pasangan suami isteri diraja itu.

Langkah Yasmin terus diatur menuju ke dalam bangunan lapangan terbang itu. Dia terus menghala ke arah ruang ketibaan VIP yang sememangnya tersedia untuk orang-orang kenamaan tiba di lapangan terbang itu.

Matanya meliar mencari kelibat suaminya itu. Sudah sebulan lamanya dia tidak bertemu. Rindu bertamu di hati apabila tidak dapat berjumpa dengan suaminya. Namun, sengaja dia tidak memaklumkan pada Ayden kerana dia tahu Ayden pasti datang mencarinya di London apabila disuarakan isi hatinya.

Ayden pula semakin sibuk selepas kejadian itu kerana dia harus menguruskan kerja-kerja arwah Aryan dahulu. Yasmin tidak mahu menyusahkan suaminya. Tambahan pula, penglibatan Ayden dalam penyiasatan sindiket pemerdagangan manusi itu turut menambah kesibukannya.

"Isya," panggil Ayden.

Bibir Yasmin serta merta mengukir senyuman apabila ternampak kelibat Ayden yang baru tiba di situ. Di belakang Ayden, kelihatan kelibat Jun, Zaquan dan Lee menuruti langkah Ayden. Nampak Zaquan yang sedang tersengih sambil melambai-lambai tangan ke arah Yasmin.

Yasmin terus melangkah mendekati mereka berempat. Dia terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya. Ayden hanya menerima huluran isterinya dan seterusnya, dia menarik Yasmin ke dalam pelukannya.

"I miss you, Yasmin Nuraisya," ucap Ayden, perlahan di telinga Yasmin. Sengaja dia berbisik di telinga Yasmin kerana mahu melihat reaksi isterinya.

Merah padam wajah Yasmin apabila mendengar ucapan Ayden itu.

"Eden," panggil Yasmin, perlahan.

Ayden hanya tersenyum apabila melihat wajah merah Yasmin itu. Dia melepaskan pelukannya namun jarinya menggenggam erat jari isterinya.

"Tak payah malu depan kami, Yas," kata Zaquan, mengusik pasangan suami isteri itu.

Yasmin menjeling tajam ke arah Zaquan.

Zaquan hanya ketawa. "How're you, Yas? Macam mana hidup di UK? Is it nice?" soal Zaquan, tidak mempedulikan jelingan Yasmin itu.

Yasmin hanya tergeleng. Dia hanya menjawab soalan Zaquan itu dengan nada mendatar. "Fine, thanks for asking. And to be honest, kat mana-mana pun saya tinggal, saya tetap rasa hilang. Kosong," jawab Yasmin.

Ayden yang berdiri di sebelah Yasmin mengeratkan lagi genggaman tangannya. Yasmin hanya tersenyum sambil memandang Ayden di sisinya.

"It is okay to take your time, Yasmin Nuraisya. Maybe, by taking your time, you'll find your happiness along the way," ucap Zaquan.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now