Bab 35

849 73 26
                                    

~1st update~

Yasmin memandang Ayden yang tenang memandang persekitaran bangunan hospital itu. Mereka berada di aras bumbung bangunan hospital itu yang menempatkan taman mini untuk para pekerja hospital itu berehat.

"Apa pendapat kau tentang permintaan Aifa?" soal Ayden, memecah kesunyian di antara mereka.

Yasmin diam.

"Kau setuju?" soal Ayden apabila Yasmin tidak menjawab.

"Macam mana dengan awak? Awak terima?" soal Yasmin, membiarkan soalan Ayden tidak berjawab.

Kedengaran keluhan kasar terhambur daripada mulut Ayden. Ayden mengerling sekilas ke arah Yasmin sebelum matanya kembali memandang ke arah langit petang itu.

"Kalau kau terima, kau kena tahu bahawa hidup kau akan berada dalam bahaya. Kau sudah menjadi orang aku," kata Ayden.

Yasmin pandang tepat ke arah wajah Ayden yang masih tenang itu. "Kalaupun saya tak terima, saya tetap akan menjadi buruan mereka bukan? Mereka dah sasarkan saya sejak saya terlibat dengan awak," jawab Yasmin.

Ayden berkalih memandang wajah Yasmin. Dia memerhati mata sembap Yasmin itu. Dia tarik nafasnya perlahan.

"I just want you to be safe. Can't you reject her, Yasmin Nuraisya?" pinta Ayden, perlahan.

Yasmin hanya senyum tawar. "Kenapa saya yang perlu tolak permintaan my twin?" soal Yasmin.

"Kau akan terluka," kata Ayden.

"Saya rasa awak yang sedang terluka sekarang ni. Your brother is gone. Now, they are targetting your family. So, saya rasa awak yang sedang menderita," kata Yasmin.

"Sekarang ni, kita bercakap tentang kita. It is not about me alone," kata Ayden.

"Tapi, kalau saya terima permintaan Ifa, I'll be your family. I'll be one of your weaknesses. Is it right, Ayden Takumi?" soal Yasmin, perlahan.

Ayden terkelu.

Yasmin ketawa kecil. "I'm right. Saya akan menjadi kelemahan awak," kata Yasmin.

Ayden, hanya mengeluh. Dia meraup-raup wajahnya. Dia tidak tahu apa yang patut diperkatakan kepada Yasmin.

"Don't be like that. Saya tahu tentang itu. Sebab tulah, awak mahu saya jauhkan diri daripada awak sejak dari pertemuan pertama ita. Sebab awak tak mahu saya jadi kelemahan awak," kata Yasmin, lembut.

"Good for you. So, reject her wish," kata Ayden. Dia pandang tepat ke anak mata Yasmin.

Yasmin hanya senyum tawar. Dia menarik nafas panjang kemudian dia berkalih memandang langit petang yang membiru itu.

"Awak tahu tak, saya dengan Ifa tak pernah berpisah. Seperti yang saya pernah beritahu pada awak sebelum ni, saya dengan Ifa start berenggang during our studies. However, everyday, we will call and do video call together. So, saya tak rasa pun jauh dengan dia."

Yasmin berhenti sejenak. Dia pandang langit itu. Ayden hanya diam, membiarkan Yasmin bercerita.

"But, now. Look at this current situation. Kita tahu apa yang berlaku. And the doctor also asked us to be ready for all possible situation. Awak rasa dia akan gembira ke kalau saya tolak permintaan dia?" soal Yasmin.

Ayden diam.

Yasmin tergeleng. Dia pandang Ayden. "Awak sendiri tak tahu kan? So, please jangan minta saya tolak sebab saya sendiri tak sanggup hampakan kembar saya," kata Yasmin.

Ayden mengeluh. "But, this is about our future. Your future. Takkan sebabkan kau nak gembirakan Aifa, kau sanggup korbankan masa depan awak?"

"Then, awak nak saya buat apa?"

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now