Bab 18

918 71 17
                                    

Bunyi papan kekunci mengisi kesunyian di pejabat itu. Mata Yasmin sibuk memandang ke arah skrin komputernya sambil tangannya sibuk menaip sesuatu. Dia tidak menghiraukan sesiapapun yang lalu lalang di hadapannya.

Derap langkah laju menuju ke arah mejanya. Namun, Yasmin tidak memandang kerana dia tahu identiti lelaki itu.

"Yasmin-san," tegur Jun yang ketika itu mendekati mejanya.

Yasmin angkat kepalanya. Dia pandang ke arah Jun yang kemas berpakaian sut hitam itu.

"Fujiwara-san panggil awak," ucap Jun dalam bahasa Jepun.

Yasmin bingkas berdiri. Dia terus berjalan ke arah bilik Ayden yang terletak di hujung tingkat itu. Sudah 2 bulan setengah dia bekerja di situ sebagai special assistant Ayden.

Nasib baiklah, dia jarang-jarang berjumpa dengan Ayden. Jun yang selalu berhadapan dengan Ayden. Walaupun dia masih lagi menetap di penthouse Ayden, hanya sesekali sahaja dia berhadapan dengan lelaki beku itu.

Namun, ada satu perkara yang dia puji tentang Ayden. Ayden seorang yang bertanggungjawab dan menepati janjinya. Janjinya untuk melindungi Yasmin ditepati oleh Ayden. Ke mana-mana sahaja Yasmin pergi, pasti ada beberapa orang akan mengikutnya daripada belakang. Kadang-kadang dia rimas dengan kehadiran pengawal peribadi Ayden itu.

Orang sekelilingnya sering memerhatinya dan menganggapnya dia seorang ojou-sama atau dalam bahasa melayu, anak perempuan kepada hartawan ataupun bangsawan. Oleh sebab itu, dia lebih suka menghabiskan masa di penthouse sahaja.

Yasmin jalan beriringan dengan Jun sambil matanya memandang Jun. "Kenapa Fujiwara-san nak jumpa saya?" soal Yasmin.

Jun senyum. Dia tidak menjawab.

Yasmin turut senyum apabila melihat senyuman Jun. Jun sama seperti bosnya. Sama-sama tidak suka berbual. Hanya sepatah yang dijawab apabila ditanya. Yasmin ketawa perlahan.

"Kawamura-san, awak sama seperti Fujiwara-san. Tak banyak bercakap. Macam manalah korang berdua berkomunikasi ya?" soal Yasmin.

Jun ketawa kecil. "Saya dah terbiasa dengan cara Fujiwara-san."

Yasmin mengangguk. Dia bersetuju dengan kata-kata Jun itu. Sememangnya, dia turut terikut-ikut cara Ayden bekerja apabila dia sudah terbiasa bekerja dengan Ayden. Ayden seorang majikan yang bagus mengikut pandangannya. Hanya perangai beku Ayden sahaja yang dia tidak tahan.

"Kita dah sampai," ujar Jun sambil tangannya mengetuk pintu bilik Ayden.

"Fujiwara-san, Yasmin-san sudah ada di sini," beritahu Jun.

"Masuk," kedengaran suara Ayden memberi arahan.

Jun terus membukakan pintu untuk Yasmin sambil tangannya mempersilakan Yasmin untuk masuk ke dalam pejabat Ayden. Namun, Jun tidak mengikut langkah Yasmin. Dia kembali menutup pintu apabila Yasmin sudah masuk ke dalam pejabat itu.

Yasmin pula terus melangkah ke arah Ayden yang sedang sibuk menyemak dokumennya itu.

"Kau boleh duduk kat situ," kata Ayden sambil menunjuk ke arah sofa yang memang tersedia di dalam biliknya. Dia langsung tidak menangkat kepalanya memandang Yasmin.

Yasmin melangkah ke arah sofa yang ditunjukkan oleh Ayden lalu mengambil tempat di situ. Matanya memandang Ayden yang masih lagi sibuk itu.

Jeda. Sunyi menyelubungi bilik itu.

Lama juga Yasmin menunggu Ayden bersuara. Namun, Ayden masih leka dengan kerjanya. Sesekali kedengaran bunyi papan kekunci memecah kesunyian bilik itu.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now