Bab 25

1K 76 21
                                    

Sis ter unpublish bab ni.. Sorry, ni bukan update baru ya 😅

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yasmin berjalan memasuki sebuah kafe sambil matanya meliarkan di sekitar kafe itu. Dia tercari-cari seseorang.

"Isya!"

Yasmin terus memandang ke arah suara itu. Dia tersenyum lebar. Langkahnya diatur menuju ke arah Aifa yang sedang melambai tangan ke arahnya.

"Look what we have here," kata Aifa. Dia segera bangun lalu memeluk kakak kembarnya itu, Yasmin Nuraisya.

"Jasmin Nuraifa," ucap Yasmin sambil melepaskan pelukannya.

"Apa yang Ifa buat kat sini? Terkejut Isya bila Ifa call yang Ifa ada kat Jepun ni," soal Yasmin apabila Aifa meleraikan pelukannya itu.

Aifa tersengih. "Saja je Ifa nak surprisekan Isya. Sebab tu Ifa tak bagi tau kat Isya," kata Aifa.

"Itu la, Isya baru je call ibu. Ibu pun tak cakap apa-apa. Sebab tu la, Isya tak expect yang Ifa ada kat sini."

Aifa ketawa. Yasmin memukul lembut bahu adik kembarnya itu.

"Orang serius dia boleh gelak pula," kata Yasmin.

"Isya terkejut tak?" tanya Aifa.

Yasmin mengangguk. "Gila kalau tak terkejut. Kenapa tiba-tiba datang sini?" soal Yasmin.

Aifa tersengih. Dia memandang ke arah lelaki yang duduk di sebelahnya itu.

"Well, Ifa nak kenalkan Isya dengan tunang Ifa. Kan Isya tak balik masa Ifa bertunang 2 minggu lepas," kata Aifa.

Yasmin senyum tawar. Ingatannya kembali terarah kepada peristiwa yang terjadi di UK. Nasib baik, Ayden menepati janjinya untuk tidak memberitahu kejadian yang berlaku di UK kepada keluarganya. Kalau tidak, pasti dia akan dipanggil balik oleh ahli keluarganya di Malaysia.

"Tu semua kerja bakal abang ipar Ifa la. Bawa Isya pergi UK without notice," rungut Yasmin.

"And you!" Yasmin pandang lelaki yang duduk di sebelah adiknya itu sambil menunjukkan ke arah Aryan.

"Kenapa kau langsung tak beritahu kisah silam abang kau pada aku?" soal Yasmin.

Aryan ketawa. "Abang Eden beritahu pasal sejarah dia?" soal Aryan.

Yasmin angguk. "Kenapa kau tak beritahu pasal kes tu pada aku? Pity him," ucap Yasmin, perlahan.

Ketawa Aryan mengendur. "Abang Eden tak perlukan simpati daripada sesiapapun. Dia kuat," kata Aryan.

Yasmin pandang Aryan. Hatinya sayu apabila teringat kembali wajah sedih Ayden. "But, he's not strong at all. He hides his feeling pretty well," ucap Yasmin, perlahan.

Namun, kata-katanya tidak jelas di pendengaran Aifa dan Aryan.

"Pardon?" soal Aryan meminta Yasmin mengulangi kata-katanya.

Yasmin terus menggeleng. Dia tidak mahu mengulangi kata-katanya.

"Dah, dah. Ifa datang sini sebab nak kenalkan tunang Ifa. Bukan nak tengok Isya gaduh dengan dia," kata Aifa sambil menepuk-nepuk tangannya.

Yasmin angkat keningnya sambil berpeluk tubuhnya. "Tak payah nak kenalkan. Isya dah kenal and for your information, Isya dah muak tengok muka dia ni," kata Yasmin sambil menjulingkan matanya.

"Isya!" tegur Aifa.

Aryan ketawa apabila mendengar kata-kata Yasmin itu. "It's okay, darling. Abang kenal Sya macam mana. Mulut je cakap macam tu. Tapi, dalam hati dia ada taman," kata Aryan.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now