Bab 38

1.3K 93 28
                                    

Hujan mencurah-curah di kawasan tanah perkuburan itu. Keadaan begitu suram di sekitar kawasan itu. Sekumpulan manusia berpakaian hitam sedang mendengar talkin yang dibacakan.

Selepas selesai bacaan talkin, sedikit demi sedikit manusia beredar daripada tanah perkuburan itu.

"Isya, biarkan dia pergi dengan tenang. Jangan ditangisi pemergiannya, nak," ucap Puan Sri Mahani sambil memegang bahu anak gadisnya.

Yasmin memandang ibunya di hadapannya. "Isya tak kuat, ibu," lirih sekali nada Yasmin itu. Namun, tiada air mata yang mengalir di pipi gadis itu.

Puan Sri Mahani terus meraih tubuh anak gadisnya lalu memeluknya erat. Dia memujuk perlahan anak perempuannya. Di sisinya, Tan Sri Hashim dan Hanif memegang payung memayungi mereka semua bagi melindungi hujan yang tiba-tiba turun itu.

"Isya, jangan macam ni, dik. Dia dah takde. You have to be strong," kata Hanif yang turut berwajah muram itu. Terdapat lingkaran gelap di bawah matanya menandakan kepenatan menguruskan majlis pengebumian itu.

Yasmin diam. Dia hanya memandang ke arah kubur yang masih merah tanahnya.

"Abang bawa la ibu dengan ayah balik dulu. Nanti Isya balik sendiri," kata Yasmin itu, perlahan.

"Isya!" tegur Hanif.

Yasmin pandang abangnya. Kemudian, dia berkalih memandang ibu bapanya. "Sekurang-kurangnya, biarlah Isya teman dia sekejap. Bagi masa pada Isya, please," kata gadis itu, tetap dengan pendiriannya.

Hanif ingin membantah namun segera dihalang oleh ayahnya yang selama ini mendiamkan dirinya.

"Isya boleh handle kan? Isya takkan menangis sendiri kalau kami semua balik dulu?" soal Tan Sri Hashim, lembut

Yasmin ingin menjawab sebelum ada satu suara menegur mereka.

"Biarkan saya teman Yasmin di sini. Ibu dengan ayah balik la dulu. Hanif, kau boleh bawa mereka pulang dahulu," ucap Ayden yang turut berpakaian hitam sambil berjalan mendekati mereka.

"Your family, Eden?" soal Hanif.

"Mereka sudah pulang ke hotel. Mama tak sihat. Jadi, papa bawa mama dengan Yana pulang dahulu," beritahu Ayden.

Hanif mengangguk. Dia terus memimpin lengan ibunya. Dia sendiri dapat nampak kudrat ibunya juga sudah mulai lemah. Tan Sri Hashim menuruti langkah anak lelakinya dan isterinya sambil dia sempat menepuk bahu Ayden yang baharu muncul itu.

"Jaga anak ayah baik-baik," pesan Tan Sri Hashim, lembut.

Ayden senyum sambil mengangguk. "Baik, ayah," ucap Ayden.

Ayden mengambil alih tempat Hanif lalu memayungi Yasmin yang masih dirundung kesedihan itu.

"Fujiwara-san," panggil Yasmin, perlahan.

"Hmm," jawab Ayden tanpa berkalih memandang gadis di sebelahnya.

Matanya ralit memandang kubur yang berada di hadapannya itu. Dua kubur berada sebelah menyebelah yang masih lagi baru dan tidak mempunyai batu nisan. Cumanya, satu kubur sudah menampakkan tanda-tanda bahawa sudah seminggu ianya berada di situ.

"Apa yang patut kita lakukan?" soal Yasmin.

Ayden berkalih memandang Yasmin yang matanya sudah hilang sirnanya. Dia terkelu. Dia tidak biasa melihat keadaan Yasmin sebegitu rupa.

"She's gone. He's gone. Just like that," kata Yasmin.

Ayden menghembus nafas berat. Dia memejamkan matanya sebelum membukanya kembali.

"Kehidupan kita mesti diteruskan. Mereka yang pergi, kita harus relakan pemergiannya. Ni adalah qada' dan qadar Allah," kata Ayden.

"Masih ingat pesan aku masa di hospital semalam?" soal Ayden, lembut.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now