Bab 5

950 65 4
                                    

Yasmin khusyuk memandang komputernya, melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh ketuanya. Langsung dia tidak menyedari kehadiran Aryana di tempat kerjanya.

Aryana terus melangkah ke arah meja kerja Yasmin. Dia hanya mengangguk apabila beberapa orang menyapanya. Dia berdiri di hadapan Yasmin yang tidak perasan akan kehadirannya.

Aryana senyum apabila melihat Yasmin yang leka dengan kerjanya. Wajah Yasmin sesekali berkerut memandang komputer di hadapannya.

"Sya," panggil Aryana sambil meletakkan beg tangannya di atas meja.

Yasmin angkat kepala. Bibirnya melakar senyuman apabila melihat Aryana yang berada di hadapannya.

"Jom balik," ajak Aryana.

"Balik?" soal Yasmin sambil mengerling ke arah jam dinding yang ada di bahagian IT itu.

Aryana mengangguk. "Yup. Dah lepas office hour. Aku nak pergi tengok bilik sewa kau," kata Aryana.

Dahi Yasmin berkerut. "Kenapa?"

"Aku nak tengok sama ada kau punya bilik sewa tu okay ke tak. Lagipun, aku risau kau sorang-sorang kat situ," kata Aryana.

Yasmin ketawa sambil tangannya sibuk mengemaskan barang-barangnya. "Kau betul-betul kawan sejati aku," kata Yasmin.

"Of course la. Kau sorang-sorang kat sini. Uncle dengan auntie dah minta aku untuk jagakan kau. So, aku kenalah tunaikan amanah mereka," kata Aryana.

Yasmin senyum. Ibu bapanya pernah datang ke Jepun. Mereka telah berkenalan dengan keluarga Fujiwara dan hubungan mereka sehingga kini masih rapat. Oleh sebab itu, apabila Aifa dan Aryan umumkan bahawa mereka sedang bercinta dan mahu bertunang dan berkahwin, keluarga mereka tidak membantah. Malah, mereka lagi menggalakkan kerana bisnes antara kedua-dua keluarga bertambah kukuh.

"Macamlah aku budak-budak. I'm already 26 years old, old enough to care myself," kata Yasmin sambil bingkas bangun daripada kerusinya.

"Kau siaplah. Aku tunggu kau kat bawah. And please use our private lift. Use your employee card to access the lift. Jun dah set kad kau untuk access the lift," kata Aryana.

Yasmin bulatkan matanya. "Yana!"

Aryana angkat bahunya sambil senyum. "You're one of us, Sya. So, jangan bantah. Lagipun, abang Ryan sendiri minta Jun buat macam tu. Dia nak ambil hati bakal kakak ipar dia," kata Aryana.

"But..,"

"No but. Aku tunggu kau kat bawah," ucap Aryana sambil berjalan menuju ke arah lif yang terletak di luar bahagian IT itu tanpa mempedulikan bantahan daripada Yasmin.

Yasmin mengeluh sambil tergeleng-geleng melihat rakan baiknya. Dia terus bersiap-siap untuk pulang sambil mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan pejabat yang baru dia kenali itu.

---------------------------------------------------------

Yasmin keluar daripada lif yang penuh dengan pekerja-pekerja syarikat itu. Dia serba salah untuk menggunakan lif persendirian Fujiwara itu. Dia pekerja biasa sama seperti pekerja-pekerja lain. Dia tidak mahu pekerja-pekerja lain menggelarkan dirinya sebagai seorang yang suka mengambil kesempatannya.

Mata Yasmin meliar memandang sekeliling kawasan itu. Dia mencari kelibat Aryana yang menunggunya. Apabila dia nampak kelibat Aryana, dia terus melangkah ke arah Aryana. Namun, apabila dia menyedari Aryana ditemani oleh seseorang, langkahnya diperlahankan.

Yasmin menarik nafas panjang sebelum melangkah ke arah Aryana.

"Yana," tegur Yasmin.

Aryana yang sedang berbual-bual dengan Ayden terus pandang ke arah Yasmin. "Dah?" soal Aryana.

Aku Milik KamuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin