Bab 1

1.8K 74 3
                                    

Seorang gadis melangkah masuk ke dalam kafe yang direka dengan reka bentuk English style. Seorang pelayan menyambutnya di hadapan kafe itu.

"Irasshaimase!" sapa pelayan itu.

Gadis itu mengangguk, membalas sapaan pelayan yang pada hematnya dalam belasan tahun itu.

"How many people?" soal pelayan dalam broken English apabila melihat pakaian dan wajah gadis yang bukan menampakkannya orang Jepun.

"It's okay. My friend is here already," ucap gadis itu sambil memandang sekeliling kafe itu. Pelayan itu menganggukkan kepalanya sambil turut memandang sekeliling kafe itu bagi membantu pelanggan yang baru datang itu.

Yasmin Nuraisha memandang sekeliling kafe itu. Dia sedang menunggu rakannya yang tiba-tiba menghubunginya supaya berjumpa dengannya di kafe itu.

"Sya!" Kedengaran seseorang memanggil namanya. Dia berpaling memandang ke arah suara itu.

"My friend is there," ucap Yasmin kepada pelayan kafe itu.

Pelayan itu tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia kembali sibuk melayan pelanggan-pelanggan yang tidak putus-putus datang ke kafe itu.

Yasmin tersenyum apabila melihat kelibat rakan baiknya itu. Dia terus melangkah ke arah rakannya, Aryana Harumi, gadis kacukan Melayu-Jepun itu.

Yasmin segera menghulurkan airnya kepada Aryana yang sedang tercungap-cungap itu.

"Where are you from just now, Yana?" soal Yasmin.

Aryana tersengih. Dia meletakkan minuman kegemaran Yasmin, Vanilla Matcha di hadapannya.

"I just met a client."

"Client? On Sunday?" soal Yasmin, pelik dengan kata-kata Aryana itu.

Aryana mengangkat tangannya. "Perkara tu tak penting sekarang ni, Sya. Ada perkara yang lebih penting dari tu," kata Aryana dalam pelat bahasa Melayunya.

Aryana merupakan seorang gadis kacukan Melayu-Jepun yang menetap di Jepun itu. Nama Jepunnya ialah Fujiwara Harumi. Namun, Aryana lebih senang menggunakan nama Melayunya kerana dia tidak mahu nama keluarganya diketahui. Maklumlah, keluarga mereka merupakan keluarga yang terkenal di Jepun.

Yasmin dan Aryana berkenalan sewaktu minggu orientasi universiti itu, 6 tahun lepas selepas Aryana duduk di sebelahnya kerana dia menyukai pemakaian Yasmin yang bertudung itu.

Yasmin mengangkat keningnya.

Aryana tersengih.

"Sya, last week you said, you want to find a job, right?" soal Aryana.

Yasmin menganggukkan kepalanya.

"Papa ajak kau kerja dengan syarikat kami. Kebetulan, company perlukan beberapa orang untuk network security. Kau kan berkelayakan?" kata Aryana.

Yasmin mengerutkan keningnya.

"Tapi, Yana, aku just cari kerja part-time je. Untuk isi masa lapang aku ni," kata Yasmin, berat hati untuk menerima tawaran Aryana itu.

Aryana tersengih. "Yang itu, kau tak perlu risau. Aku dah bagitau pada papa yang kau hanya boleh kerja bila kau free je. Dia kata ok je. Janji kau boleh buat kerja. Lagipun, kerja kau boleh dibuat di mana-mana kan?"

"Kerja apa?"

"Jadi network engineer buat sementara waktu. Company perlukan orang untuk develop perisian security company. Kau boleh buat?" soal Aryana.

"Takpe ke kalau aku kerja kat situ? Aku just part-timer je. Aku just suka-suka je nak kerja sebelum cari kerja betul-betul dalam bidang ni," soal Yasmin.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now