Bab 34

1.1K 83 40
                                    

~2nd update~

Yasmin merenung ke arah tubuh Aifa yang terbaring di sebalik cermin wad CCU itu. Dia pegang cermin itu sambil matanya tidak lepas memandang tubuh Aifa yang dipenuhi dengan wayar-wayar berselirat.

"Ifa, jenazah Ryan dah selamat dikebumikan tadi. Isya nak pergi tengok, tapi, Isya tak sanggup. Orang yang Isya selalu bergaduh dah takde. Bakal suami Ifa dah takde," ucap Yasmin, perlahan. Tidak lepas pandangannya memandang ke arah adiknya yang berada di dalam wad itu.

"I need you to be strong, Ifa. Please, jangan tinggalkan Isya.You're my other half," kata Yasmin lagi. Matanya sembap menandakan dia banyak menangis.

Tiba-tiba, dia merasakan seseorang sedang berdiri di sebelahnya. Dia mengerling ke sebelahnya. Ayden tidak memandangnya sebaliknya pandangannya terarah ke arah Aifa itu.

"Dah selesai?" soal Yasmin.

Ayden angguk. "Yes, everything settled already. It's all thanks to your family," kata Ayden.

Yasmin senyum tawar. Pandangannya kembali memandang ke arah Aifa yang terbaring itu.

"Kau okay?" soal Ayden, perlahan.

"Awak nak saya jawab apa?" soal Yasmin.

Ayden senyum tawar apabila mendengar kata-kata Yasmin itu.

"Aku harap kau okay," kata Ayden.

Yasmin hanya senyum hambar. Dia tidak membalas kata-kata Ayden.

Sepi menyelubungi mereka berdua. Lama mereka berkeadaan begitu. Masing-masing lebih senang mendiamkan dirinya.

Tiba-tiba suasana sunyi itu terganggu apabila bunyi kuat terhasil daripada peralatan yang disambung di tubuh Aifa.

Yasmin cemas apabila melihat beberapa orang jururawat memasuki ruangan yang menempatkan Aifa itu. Doktor yang merawat Aifa turut berada di situ. Salah seorang jururawat segera menutup tirai ruangan Aifa itu.

Yasmin pandang Ayden. "Awak..."

Ayden balas pandangan Yasmin. Dia pegang kepala Yasmin. "Aifa will be okay. Jangan panik," pujuk Ayden.

Yasmin angguk. Dia menggenggam erat tangannya. Hatinya tidak putus mendoakan agar keadaan Aifa semakin membaik.

Kedengaran derap langkah laju mendekati mereka berdua. Kelihatan Tan Sri Hashim, Puan Sri Mahani dan Hanif mendekati mereka berdua dengan wajah cemas. Di belakang mereka, Tuan Ammar, Puan Akane dan Aryana turut berjalan ke arah mereka. Masing-masing masih lagi berpakaian berwarna hitam menandakan mereka baru pulang daripada majlis pengkebumian Aryan.

"Apa yang berlaku, Isya? Eden?" soal Puan Sri Mahani.

"We still don't know the situation yet. Doktor masih ada di dalam," jawab Ayden apabila Yasmin kelihatan seperti kehilangan kata.

"Allah!" kata Puan Sri Mahani sambil berpaut pada Tan Sri Hashim.

Hanif pegang bahu ibunya. "Ibu jangan risau. Kita kenal Aifa macam mana. She's a fighter. So, trust her!" kata Hanif, pujuk ibunya agar Puan Sri Mahani kuat. Dia tidak mahu Puan Sri Mahani pengsan seperti semalam.

Tan Sri Hashim terus memimpin isterinya untuk duduk di kerusi yang ada di situ. Keadaan di situ agak tegang. Masing-masing lebih senang mendiamkan diri. Memberi ruang untuk mereka berfikir.

---------------------------------------------------

"Ifa...n..nak..Isya kahwin...den..gan..abang Eden. Gantikan tempat Ifa dan Aryan, Isya," ucap Aifa. Yasmin berpandangan dengan Ayden yang turut berada di situ.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now