Bab 3

1.2K 72 5
                                    

Ayden melangkah masuk ke dalam ruangan genkan, sebuah ruangan kecil untuk menanggalkan kasut.

"Tadaima kaerimashita (I'm home)," ucap Ayden.

"Okaeri nasaimase! Goshujinsama (Welcome back, my master!)," ucap seorang pembantu rumah yang sememangnya sudah sedia menunggu di ruangan genkan itu. Dia segera meletakkan selipar yang akan dipakai oleh Ayden di atas lantai.

"Arigato," ucap Ayden sambil menanggalkan kasut lalu memakai selipar yang diletakkan oleh pembantu rumah itu.

Ayden terus melangkah ke arah ruang tamu rumah yang berkonsepkan reka bentuk moden dan tradisional Jepun. Kelibat Ayden disedari oleh ahli keluarganya yang sedang menunggu di ruang tamu rumah itu.

Ayden senyum lalu terus berjalan ke arah keluarganya yang berkumpul sambil duduk di atas zabuton, bantal kecil yang diletakkan di atas lantai tatami. Ayden menundukkan sedikit badannya, menyapa ibu bapanya.

"Assalamualaikum. Tadaima (I'm home)," sapa Ayden lalu dia mengambil tempat di sebelah ibunya. Dia duduk dalam posisi agura, atau dalam bahasa mudahnya adalah duduk bersila memandangkan hanya keluarganya sahaja yang hadir.

Sekiranya majlis formal, orang Jepun akan duduk dengan formal yang dipanggil sebagai seiza, duduk seakan-akan berlutut.

"Dah balik anak mama ni?" soal Puan Akane, fasih berbahasa Melayu. Walaupun Puan Akane berbangsa Jepun, dia tetap berusaha belajar bertutur bahasa melayu memandangkan suaminya yang mahukan anak-anak mereka bertutur bahasa melayu ketika berada di rumah.

Keluarga Fujiwara mempunyai darah kacukan melayu melalui moyang Ayden yang merupakan orang melayu, berasal daripada Tanah Melayu. Oleh sebab itu, ketua keluarga Fujiwara telah menetapkan peraturan bahawa semua yang berdarah keluarga Fujiwara haruslah pandai berbahasa melayu.

Lagipun, keluarga Fujiwara sendiri mempunyai sejarah yang panjang di Jepun. Mereka antara keluarga tertua di Jepun yang mempunyai kaitan dengan Maharaja Jepun sendiri.

Tuan Ammar yang duduk di sebelah Puan Akane senyum apabila melihat anak terunanya yang baru balik itu.

"Bagaimana keadaan our branch kat UK?" soal Tuan Ammar.

Ayden mengambil matcha yang telah dihidangkan oleh seorang pembantu rumah lalu menghirupnya sebelum menjawab pertanyaan ayahnya. "Okay, I guess," jawab Ayden, pendek.

Puan Akane mengeluh apabila mendengar jawapan pendek daripada Ayden itu. Pada firasatnya, Ayden masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa pada zaman kanak-kanak itu yang menjadikan Ayden seorang pendiam dan dingin.

"Penat?" soal Aryan Hajime, adik lelaki Ayden yang duduk di hadapannya.

Ayden senyum nipis. Kepalanya mengangguk sedikit. "Agaklah. Banyak problem yang timbul," kata Ayden.

"Abang Eden," tegur Aryana yang baru turun ke ruangan itu. Dia mengambil tempat di sebelah Aryan.

Ayden senyum apabila melihat wajah adik bongsunya itu.

"Abang, abang beli tak apa yang Yana minta tu?" soal Aryana.

"Ish, Yana ni. Abang Eden penat baru balik dari UK. Dah tanya pasal barang dia tu," sindir Aryan.

Aryana menjeling tajam ke arah abang keduanya itu.

"Tahu tak perangai abang Ryan yang sadistic tu buat Sya taknak datang rumah ni tau? Dahlah kebas kembar dia, Ifa. Semua ni sebab abang la ni," marah Aryana.

Aryan ketawa apabila mendengar kata-kata adik perempuannya itu. Dia kenal bakal kakak iparnya itu. Masih marahkannya kerana memikat hati kembarnya.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now