Bab 12

975 78 39
                                    

Pintu bilik Ayden diketuk dari luar.

"Come in," arah Ayden tanpa mengangkat mukanya. Dia masih lagi khusyuk membaca dokumen yang berada di hadapannya.

Kedengaran langkah mendekati mejanya.

"Eden," panggil Zaquan apabila melihat Ayden yang tidak mempedulikan kehadirannya.

"Hmm,"

"Eden. Ada sesuatu yang dah berlaku," lapor Zaquan.

Kepala Ayden terangkat. Dia memandang lelaki Melayu yang berada di hadapannya.

"Do tell me," ucap Ayden.

"Yasmin tak datang office hari ni," beritahu Zaquan.

Ayden bersandar di kerusinya. Dia berpeluk tubuh sambil memandang Zaquan. "Then, kenapa inform aku?"

Zaquan mengeluh. "Orang-orang aku tak dapat cari Yasmin hari ni. Sepatutnya, setiap pagi, mereka akan mengekori Yasmin untuk ke pejabat. Semalam, memandangkan kau yang menghantar pulang Yasmin, orang-orang aku tak ikut."

Dahi Ayden berkerut. "Mungkin dia tak sihat. Dia mesti stay je kat rumah dia," kata Ayden.

Zaquan menggeleng. "Tak. Orang-orang aku tengok ada beberapa anggota polis keluar masuk daripada apartment itu. Mereka juga ada bertanyakan kepada pihak pengurusan apartment tu. Mereka beritahu yang rumah Yasmin kena pecah masuk pencuri," beritahu Zaquan.

Ayden terus menegakkan tubuhnya. "Then, mana dia?"

Zaquan angkat bahunya. "Aku tak tahu. Pihak pengurusan apartment pun tak tahu. Kata mereka Yasmin terpaksa bermalam di luar memandangkan penyiasatan pihak polis tidak selesai semalam."

Dahi Ayden berkerut. Dia meletakkan sikunya di atas meja lalu tangannya mengurut-urut pelipisnya.

"Ryoko beritahu pagi ni dia dapat pesanan daripada Yasmin, meminta kebenarannya untuk bercuti. Kemudian, apabila Ryoko menelefon semula, talian tidak bersambung," kata Zaquan.

"Ryoko ada beritahu apa-apa lagi?" soal Ayden.

Zaquan menggeleng. "Tu yang aku nak minta kau contact Yana. Mana tahu Yasmin ada beritahu pada kau tentang cuti kecemasan dia," pinta Zaquan.

"Kenapa kau sendiri je tak contact dia?" soal Ayden.

"Yana masuk office sekejap je. Sekarang ni, dia tiada di office. Dia ada kerja di UK. So, maybe sekarang ni dia ada lapangan terbang," kata Zaquan lagi.

Ayden mengangguk. Dia terlupa bahawa adik perempuannya mempunyai urusan di UK. Dia terus mengambil telefonnya lalu menelefon adiknya.

"Abang Eden," kedengaran suara Aryana di penghujung talian itu.

"Yana," sapa Ayden.

"Yana kena pergi UK kan hari ni? So, ada kat mana sekarang ni? Yana bersendirian ke sekarang ni?" soal Ayden.

"Ya, Yana kena pergi UK. Ada kat airport. Yana ada dengan bodyguards Yana. Lagipun, kami dah nak berlepas dah ni. Kenapa abang call?" soal Aryana, hairan dengan panggilan abangnya. Sudahlah, dia masih geram dengan Yasmin yang tidak mahu mengikutnya ke UK. Abangnya pula menelefonnya, bertanyakan pelbagai soalan.

Ayden terdiam.

"Kenapa?" soal Aryana lagi.

"Yasmin ada beritahu Yana tak kenapa dia tak masuk kerja hari ni?" soal Ayden.

"Oh, abang pun tahu Yasmin tak masuk kerja? Yana pun baru tahu masa Yana nak keluar dari office, nak pergi ke airport," kata Aryana.

"So, Yana tahu keberadaan Yasmin sekarang ni?" soal Ayden.

Aku Milik KamuOnde histórias criam vida. Descubra agora