Bab 17

847 59 12
                                    

Tuk! Tuk!

Pintu bilik diketuk dari luar. Ayden yang ketika itu sedang menyemak dokumen terus memberi kebenaran untuk masuk ke bilik itu.

"Masuk," kata Ayden. Kepalanya masih lagi tidak diangkat.

Telinga Ayden menangkap bunyi derap langkah mendekati meja kerjanya. Namun, matanya masih leka memeriksa dokumen di hadapannya.

"Fujiwara-san," panggil Yasmin, perlahan.

"Hmm," jawab Ayden.

"Saya nak tanya satu soalan pada awak ni," kata Yasmin.

Ayden angkat kepalanya. Wajah Yasmin dipandangnya sambil badannya disandarkan ke kerusi yang didudukinya.

"Kau nak tanya apa?" soal Ayden.

"Siapa mereka?" soal Yasmin.

Ayden diam. Sunyi menyelubungi bilik itu.

Yasmin mengeluh kasar. Dia pandang Ayden yang masih lagi kelihatan tenang bersandar di kerusinya.

"Okay, saya tukar soalan saya. Kenapa mereka mahukan saya?" soal Yasmin.

Dahi Ayden berkerut. "Semalam, Zaquan dah terangkan pada kau. Still tak faham lagi?" soal Ayden.

"Saya faham. Tapi, takkan sebab tu je saya jadi buruan?" soal Yasmin.

Ayden senyum sinis sebelum dia kembali menyemak dokumennya.

Yasmin ketuk meja Ayden. "Saya tanya awak ni."

Ayden angkat kepalanya semula. Dahinya berkerut. "Awak nak apa?"

"Beritahu saya, Fujiwara-san. Kenapa mereka mahukan saya?" soal Yasmin lagi.

Ayden mengeluh kasar. "Kenapa kau nak tahu? Aku dengan Zaquan dah beri jaminan bahawa kau tidak akan diapa-apakan," kata Ayden.

"Ni melibatkan nyawa saya. Takkan la saya nak ignore je," kata Yasmin.

Sekali lagi keluhan kasar terhambur daripada mulut Ayden. Dia pandang Yasmin sambil meletakkan kedua-dua sikunya di atas meja. Tangannya menongkat dagunya.

"To be honest, aku dengan Zaquan tak tahu tujuan sebenar mereka. Masih lagi dalam penyiasatan kami. Kalau aku dapat info, aku akan beritahu kau," terang Ayden.

"So, awak dengan Zaquan tak tahu tujuan mereka?" soal Yasmin.

Ayden senyap.

"Awak tahu kan?"

Ayden tarik nafas panjang. "Aku tak punya masa nak layan soalan kau."

"Saya berhak tahu, Fujiwara-san. Ini libatkan nyawa saya," kata Yasmin.

"Yasmin Nuraisya!" kuat suara Ayden menegur Yasmin. Nampak rahangnya diketap. Dingin dia memandang wajah Yasmin itu.

Tersentak Yasmin apabila mendengar suara tinggi Ayden itu.

Ayden melepaskan nafas kasar. Dia pandang Yasmin yang riak wajahnya mula berubah. "Sorry. Please, jangan menangis macam semalam," kata Ayden, perlahan.

Secara automatik, wajah Yasmin memerah. Ingatannya kembali kepada kejadian semalam. Dia gigit bibirnya.

"Siapa kata saya nak nangis?" bantah Yasmin.

Ayden hanya tergeleng. Dia menyambung lagi, "So, for this time, tolong dengar cakap aku dengan Zaquan. Jangan sesuka hati je nak keluar tanpa beritahu sesiapa," pinta Ayden. Suaranya dilembutkan agar Yasmin mendengar kata-katanya.

Kepala Yasmin mengangguk.

"Kan bagus kalau kau dengar cakap aku daripada dulu lagi? Ni tak, asyik nak membangkang je kerja dia," sindir Ayden.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now