Bab 30

901 76 23
                                    

3rd chapter (27/9/2020)

Ayden kembali berbaring di sofa itu. Dari ekor matanya, dia dapat melihat kelibat Yasmin yang keluar melalui pintu pejabatnya. Nampak ketidakpuas hati Yasmin terhadapnya. Namun, dia tidak mempunyai kudrat untuk melayan Yasmin.

Ayden meletakkan tangannya di atas dahinya. Matanya merenung syiling pejabatnya itu. Ingatannya kembali terarah peristiwa lepas yang berlaku pada tarikh hari ini.

-------------------------------------------

Ayden pandang sekelilingnya. Badan kecilnya memudahkannya menyelit dan bergerak menempuhi kelompok orang ramai yang berkumpul di situ. Langkahnya terus diatur menuju ke sebuah kedai yang terdapat di hujung bangunan itu. 

Tanpa dia sedari, dia terlanggar seseorang. 

“Gomenasai,” ucap Ayden. Sengaja dia tidak menggunakan bahasa Inggeris bagi melepaskan dirinya daripada orang yang dilanggarnya itu.

Tidak mengapa. Awak okay?” soal remaja yang pada hematnya hampir sebaya dengannya. Ada beberapa orang mengikut remaja itu dibelakangnya.

Awak tahu nihongo?” soal Ayden.

Remaja itu tersenyum lalu mengangguk. 

Ayden hanya mengangguk sebelum meminta diri. Dia perlu menguruskan sesuatu yang penting. Sekiranya dia tidak berjaya menguruskan perkara itu, dia pasti dihukum.

“Wait,” tahan remaja itu.

Ayden berkalih memandang remaja itu. “What do you want?” soal Ayden.

“You’re not from here. Are you on holiday?” soal remaja itu.

Ayden menggeleng. “Sorry, but I have to go now,” kata Ayden sambil kakinya mula melangkah.

“Ramai orang Jepun datang ke Belgium ya?” soal remaja itu kepada pembantunya. 

Namun, telinganya dapat menangkap bahasa yang digunakan oleh remaja itu. Ayden terus berkalih, memandang remaja itu.

“Kau tahu berbahasa melayu?” soal Ayden.

Remaja itu terus membulatkan matanya. “Kau juga tahu?” soal remaja itu.

Ayden mengangguk. 

Remaja itu senyum. “Aku Adam Mikael. Kau boleh panggil aku Adam,” kata remaja itu.

Ayden angguk. “Aku Eden,” perkenal Ayden tanpa menyebut nama penuhnya.

“Senang bertemu dengan kau. Sehingga jumpa lagi. Aku perlu pergi,” kata Ayden apabila daripada ekor matanya dia dapat melihat beberapa orang suruhan ketuanya sedang melangkah mendekatinya.

Belum sempat Adam membalas, kelibat Ayden terus menghilang di sebalik orang ramai.

“Your royal highness, we need to go. His majesty is waiting for you,” ucap pembantunya apabila melihat Adam masih lagi mencari kelibat Ayden itu.

Adam angguk lalu dia terus berlalu daripada situ bersama-sama dengan pembantunya.

Sebaik sahaja Adam berlalu daripada kawasan itu, Ayden keluar daripada celah lorong gelap itu. Dia meneruskan langkahnya ke kedai bagi menyelesaikan urusannya.

-------------------------------------------- 

 “Hiss,” Ayden menahan kesakitannya sambil kakinya melangkah keluar daripada lorong gelap itu. Dia baru sahaja dibelasah oleh orang-orang suruhan ketuanya kerana mereka tidak puas hati dengan layanan ketua mereka terhadapnya.

Perlahan-lahan Ayden berjalan sambil memegang pinggangnya yang terasa sengal akibat dipukul.

“Eden!” panggil seseorang.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now