BAB 19

903 74 22
                                    

Suasana riuh menyelubungi lapangan terbang itu. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sekeliling kawasan itu. Masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Begitu juga dengan Yasmin dan Ayden yang turut berjalan menuju ke pintu keluar kawasan lapangan terbang itu.

Yasmin mengerling ke arah Ayden. Telefon pintarnya sudah berbunyi menandakan beberapa notifikasi masuk. Dia terus memandang telefonnya. Bibirnya menguntum senyuman apabila melihat gerangan yang menghantar pesanan Whatapps itu. Tangannya ligat menekan telefonnya. Terpapar gambar majlis pertunangan Aifa yang dihantar oleh kembarnya itu.

Dia mengerling jam tangannya. Baru pukul 9 pagi waktu tempatan. Masih awal pagi di Kuala Lumpur. Mungkin Aifa masih lagi tidur. Dia tidak jadi untuk menelefon Aifa, sebaliknya hanya meninggalkan mesej mengucapkan tahniah.

Yasmin kembali memandang Ayden. Wajahnya kembali dimasamkan.

Ayden yang merasakan dirinya diperhatikan terus berkalih ke arah Yasmin. Keningnya terangkat menanyakan perihal Yasmin itu.

Yasmin terus menggeleng.

Ayden senyum nipis. "Kau still marahkan aku?" soal Ayden.

Yasmin tidak menjawab.

Ayden tergeleng melihat telatah Yasmin yang tidak mahu bercakap itu. Malah, ketika dalam penerbangan mereka yang mengambil masa 12 jam lebih itu, Yasmin lebih senang mendiamkan dirinya.

"Kita check-in hotel dulu. Or kau nak breakfast dulu?" soal Ayden.

Kepala Yasmin segera menggeleng. "Check in dulu. Saya penat and jetlagged. Nak tidur sekejap," kata Yasmin.

Ayden angguk. Dia pandang sekeliling kawasan itu, mencari seseorang. Apabila matanya menangkap bayangan dua orang lelaki, dia terus menuju ke arah mereka.

"Z," panggil Ayden sambil menghulur tangannya bersalaman dengan Zaquan dan seorang lelaki yang berdiri di samping Zaquan.

Zaquan berjabat salam dengan Ayden. "This is Lee. Salah seorang orang kuat pada Ran."

Ayden angguk sambil turut berjabat tangan dengan pemuda yang dipanggil Lee itu.

"Sorry, Niel tak boleh join operasi kali ni. Dia ada hal di US," kata Lee.

Ayden angguk. Syahran Daniel. Sebenarnya, dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan lelaki yang sering disebut-sebut oleh Zaquan itu. Mereka lebih senang berbincang di telefon memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

"Faham. So, kau dah tahu mana tempat perjumpaan mereka esok?" soal Ayden.

Zaquan mengangguk. Namun, matanya sempat mengerling ke arah Yasmin yang berdiri di sisi Ayden itu.

"Yasmin akan ikut ke?" soal Zaquan.

Ayden diam.

"Kau diam means that she won't be joining tomorrow's operation kan?" soal Zaquan.

Riak wajah Yasmin terus berubah. Dia berkalih pandang Ayden. "Kalau saya tak boleh join, maksudnya, sia-sia jelah saya datang ke sini," kata Yasmin.

Ayden kerling ke arah Yasmin. "Kau datang sebab nak uruskan kerja-kerja aku di pejabat UK. Bukan disebabkan operasi ni," sindir Ayden.

"Hari tu kata lain. Hari lain pula. Hish, yang mana satu awak ni," omel Yasmin.

Ayden merendahkan badannya yang tinggi bagi menyamakan ketinggiannya dengan Yasmin. "Lainlah cerita kalau kau belajar seni mempertahankan diri. Kau boleh join operasi ni," kata Ayden.

"Fujiwara Ayden Takumi!"

"Dah, jom pergi check-in. Kata nak rehat," kata Ayden tanpa mempedulikan Yasmin yang masih membara memarahi dirinya.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now