Bab 28

725 59 29
                                    

1st chapter (27/9/2020)

Yasmin melangkah masuk ke dalam dewan yang disewa khas untuk majlis makan malam itu. Matanya meliar mencari kelibat orang yang dikenalinya. Apabila matanya jatuh pada sepasang suami isteri, bibirnya secara automatik ternaik.

Masih terasa lucu apabila mengingat kembali kejadian petang tadi ketika dia menghantar baju kepada Umairah. Langkahnya terus diatur mendekati pasangan suami isteri yang sedang asyik berbual itu.

“Yasmin,” tiba-tiba namanya dipanggil oleh seseorang. Langkahnya terhenti lalu badannya menghadap lelaki yang memanggilnya.

“Fujiwara-san,” tegur Yasmin.

Ayden angguk kepalanya tanda membalas tegurannya. “Kau nak jumpa Adam dengan isteri dia?” soal Ayden.

Yasmin angguk. “Yes. Saya nak minta maaf sebab usik mereka berdua petang tadi,” kata Yasmin.

Ayden tergeleng apabila mendengar kata-kata Yasmin. Adam sempat bercerita mengenai peristiwa petang tadi kepadanya sewaktu mereka bertegur sapa di permulaan majlis itu.

“Jom, kita ke sana,” ajak Yasmin sambil kakinya melangkah ke arah Adam dan Umairah.

Ayden hanya mengikut sahaja langkah Yasmin tanpa membantah.

“Amboi, rancaknya berbual,” tegur Yasmin sambil tersenyum lebar. 

Ayden berdiri di sebelah Yasmin sambil memerhati isteri rakannya itu. Maklumlah, itu kali pertama mereka bertemu. Ayden tidak sempat menghadiri majlis perkahwinan Adam dan Umairah kerana dia mempunyai urusan penting.

“Kenalkan, this is Ayden Takumi, aka Fujiwara Takumi, my boss. Panggil je Ayden,” kenalkan Yasmin.

Umairah mengangguk kepala sambil tangannya dibawa di dada, menyapa lelaki yang dingin itu. 

“Ayden ni childhood friend abang. Dia fasih berbahasa melayu,” kata Adam pula.

Umairah mengangguk. Dia memandang ke arah Ayden yang turut memerhatinya dengan mata helangnya itu.

Aura lelaki dominan Ayden begitu kuat. Umairah dapat merasakan Ayden bukan calang-calang orang. Maklumlah, Ayden boleh berkawan dengan suaminya yang merupakan putera Belgium. Pasti latar belakang lelaki itu hebat seperti Syed Adam Mikael.

“Hai, I’m..,”

“You’re Hana Umairah. Wife to Mike,” ucap Ayden, dingin.

Umairah terdiam. 

Yasmin yang berada di sebelah Ayden menampar lengan bosnya itu. Mata Umairah terbuka luas apabila melihat Yasmin begitu berani menampar bosnya sendiri.

“I’m sorry. Bos saya ni agak moody sikit. So, awak boleh ignore je dia,” kata Yasmin.

“Yasmin,” tegur Ayden.

Yasmin senyum mengejek ke arah Ayden. Dia memandang ke arah Umairah lalu menarik lengan Umairah.

“Jom, saya kenalkan adik dan kawan baik saya pada awak. Awak mesti suka dengan mereka,” ajak Yasmin.

“Kejap, saya ambil Danish,” kata Umairah. Dia menghulur tangan, ingin mengambil Danish daripada pegangan Adam.

“Kalau Hana tak larat pegang Danish, Hana boleh berikan pada Nanny Nancy. Dia boleh jagakan Danish,” kata Adam. Dia risau kalau isterinya tidak larat memegang Putera Belgium itu.

Umairah mengangguk sambil ketawa. “Perkara yang kita bincang tadi tak selesai lagi tau. Balik nanti, kita bincang,” kata Umairah.

Adam ketawa. Dia mengangguk.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now