Bab 37

1K 85 61
                                    

"DAMN!!" tengking Ren apabila mendapat berita daripada orang bawahannya.

Orang bawahannya terus menundukkan kepalanya apabila melihat amarah Ren.

"Kenapa kau nak marah, Ren?" soal seorang lelaki yang berumur separuh abad itu dalam bahasa Jepun. Dia terus mengisyaratkan supaya orang bawahan yang membawa berita itu untuk keluar daripada bilik itu.

Ren terus pandang tajam ke arah lelaki yang dianggap ketuanya itu.

"Eden got married."

"Then?"

"Dia ambil my little red aku," rengus Ren.

Lelaki itu ketawa sinis. "Your little red? Ren, ingat matlamat kau! Perempuan itu telah menjadi kelemahan Eden. So, kau boleh dapatkan your little red kau tu bila kau selesai melunaskan dendam kau. Easy right?" kata lelaki itu.

"Kau ingat senang, K? Sudah tentu Yasmin akan dilindungi dengan ketat oleh Eden. Oyabun pula mahukan Eden hidup-hidup. Aku tak boleh nak bunuh Eden keparat tu," rengus Ren. Marahnya semakin membuak-buak apabila mendengar berita perkahwinan Ayden dan Yasmin itu.

Kedengaran ketawa keluar daripada lelaki yang dipanggil K itu. "Kau masih boleh cederakan Eden walaupun kau tak boleh bunuh dia. Oyabun hanya mahukan dia hidup. Kau boleh tinggalkan dia nyawa-nyawa ikan," kata K.

Ren angguk. Dia sudah mempunyai rancangan untuk menjatuhkan musuhnya yang satu itu bagi melunaskan dendamnya.

"Sekarang ni, kau dah sediakan apa yang oyabun arahkan?" soal K.

"Ini Ren. Sudah tentu aku sudah sediakan apa yang oyabun nak. Tak lama lagi, pasti mereka akan terkejut dengan organisasi kita. Black Heart akan dikenali oleh orang ramai. Kita akan digeruni oleh semua orang," kata Ren dengan angkuhnya.

"Ingat! Rancangan ni tak boleh gagal. Kalau gagal, kau pasti akan dihukum," kata K sambil bangun daripada duduknya.

"Pastikan segala berjalan lancar. Sekarang ni, pasti Eden berjaga-jaga. Kau dah bunuh adik dia. Faham-faham sendiri la," kata K.

Ren hanya merengus. Dia tidak membalas kata-kata K itu.

"Tindakan kau tu dah buatkan Eden semakin berjaga-jaga. Banyak orang-orang kita kena tangkap sebab tindakan bodoh kau tu," kata K.

"Aku ada kerja lain. Ingat! Jangan ingat kau akan terlepas kalau kau fail rancangan oyabun," kata K, tegas.

Ren angguk kepalanya.

"Bagus! Dah, aku pergi dulu," kata K sambil melangkah keluar daripada bilik itu.

Ren hanya pandang kelibat K yang menghilang di sebalik pintu bilik itu. Sebaik sahaja K keluar daripada bilik itu, dia terus meludah.

"Macam kau hebat sangat. Tunggu kalau rancangan ni berjaya, kau takkan selama-lamanya berada di atas. Tengoklah nanti," ucap Ren dengan nada marah.

Dia menghempas badannya di sofa yang ada di dalam bilik itu. Tangannya meramas-ramas rambutnya.

"Dia ambil my little red. Tak guna punya Eden," kata Ren dalam keadaan emosinya yang tidak stabil itu.

"Itu bermakna, Yasmin Nuraisya dah jadi musuh aku. Just wait and see, Fujiwara Ayden Takumi! You'll regret your decision," ucap Ren lagi. Tangannya dikepalkan menahan perasaannya.

------------------------------------------------

"She's awake. Tapi, saya minta pihak keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan. I'm sorry," terngiang-ngiang suara doktor yang merawat Aifa. Yasmin bagaikan tidak percaya dengan perkara yang baru didengar itu.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now