Bab 7

1K 69 11
                                    

Yasmin melangkah masuk ke dalam apartmentnya. Dia terus menyarungkan seliparnya lalu berjalan mendekati Aryana yang sedang elok berbaring di atas katilnya.

"Habislah aku, Yana," ucap Yasmin.

Aryana terus duduk apabila mendengar kata-kata Yasmin. Dia pandang Yasmin yang mengambil tempat di lantai apartment itu. Yasmin bersandar di katil singlenya sambil meletakkan kepalanya di kepala lututnya.

"Hey, kenapa ni?" soal Aryana. Dia turut mengambil tempat di sebelah Yasmin.

Yasmin angkat kepalanya lalu pandang ke arah Aryana yang riak wajahnya nampak risau. "Yana, apa yang patut aku buat?" soal Yasmin.

"Kenapa ni?" soal Aryana lagi.

Yasmin terus memeluk tubuh Aryana. "Matilah aku," kata Yasmin lagi.

Aryana terus pegang bahu Yasmin. "Kenapa? Apa yang abang aku buat pada kau?" soal Aryana, serius.

Yasmin tarik nafas panjang. "Aku sound abang kau," beritahu Yasmin.

Aryana tergamam. Suasana hening seketika. Namun, tidak berapa lama selepas itu, kedengaran suara ketawa Aryana menyelubungi ruangan itu.

Aryana ketawa terbahak-bahak apabila mendengar kata-kata Yasmin itu. "Mesti muka abang Eden speechless kan? Ala, ruginya aku tak ikut kau tadi. Kalau tak, aku dah record dah reaksi wajah abang Eden," kata Aryana.

Yasmin mencebik. Dia menolak tubuh Aryana yang berada dekat dengannya. "Kau ni. Tak supporting langsung. Kawan kau ni punya susah hati, kau boleh gelak."

Aryana senyum. Tawanya mulai reda. "Bukan aku tak support kau. It's just that.. hmm.. how to say ya.. Abang Eden tak pernah kena marah sekalipun dengan sesiapapun. Hatta papa and mama pun tak pernah tinggikan suara pada dia. Sebab tulah, aku rasa terhibur sekejap. Aku agak abang Eden mesti tengah speechless tu," jelas Aryana.

Yasmin menanggalkan tudung yang tersarung di kepalanya lalu menarik getah rambutnya yang mengikat rambut ikal mayangnya. Kemudian, dia pandang Aryana. "Serius la abang kau tak pernah kena marah?"

Aryana mengangguk. "Yes. Lagipun, abang aku anak yang baik. Dia juga abang yang baik untuk aku dan abang Ryan. So, maybe that's why la dia tak pernah kena marah dengan our parents or even our grandparents."

"And lagi satu, sebenarnya, semua orang takut dengan dia. Abang Eden tegas sangat. Kalau dalam meeting, semua orang takut kena marah dengan dia if any information or presentation yang diorang sampaikan tak betul," beritahu Aryana.

Kepala Yasmin terangguk-angguk. "Patutlah. Macam bapak singa. Muka pula beku semacam. Aku tengok pun takut," kata Yasmin.

"Dalam takut-takut kau, berani pula kau sound dia," sindir Aryana.

Yasmin tersengih. "Ala, bukannya dia bukannya makan orang," kata Yasmin.

Aryana tergeleng. Dia usap rambut Yasmin yang panjang terurai itu. Sememangnya dia amat menyukai rambut Yasmin yang ikal mayang itu. Rambut Yasmin bukan berwarna hitam seperti kebanyakan orang Melayu. Warna rambutnya yang coklat itu ditambah pula kulit putih Yasmin itu menambah kecantikan Yasmin.

Yasmin hanya membiarkan Aryana bermain-main dengan rambutnya.

"Eh, macam mana abang aku boleh selamatkan kau ya? Kau tak cerita pun kat aku pasal tu?" soal Aryana yang tiba-tiba teringat akan hal itu.

Yasmin pandang Aryana. Dia bingkas bangun daripada duduknya lalu mula berjalan ke arah dapur kecil yang ada di apartmentnya.

"Kau nak lari la tu kan?" bidas Aryana. Dia turut mengikut langkah Yasmin itu.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now