Bab 9

978 67 11
                                    

Italics – Bahasa Jepun

Suasana gelap menyelubungi bilik itu. Ayden memandang sekeliling kawasan itu. Dia nampak beberapa orang kanak-kanak berada di dalam bilik itu. Dia terus berjalan mendekati kanak-kanak lelaki itu.

Namun, langkahnya terhenti apabila melihat salah seorang wajah kanak-kanak lelaki itu. Dia terus memegang kepalanya, mengurut-urut pelipisnya. Dia hanya melihat sahaja kanak-kanak lelaki itu tanpa bersuara.

Mata kanak-kanak kecil itu terbuka perlahan-lahan. Dia bangun namun gagal apabila menyedari bahawa kaki dan tangannya terikat. Dia buang pandangan ke sekeliling kawasan itu.

Pandangan budak lelaki itu terhad memandangkan bilik itu gelap. Mengikut pemerhatiannya, dia berada di dalam satu bilik. Dia dapat melihat beberapa kanak-kanak kecil turut berada di situ. Kaki dan tangan mereka turut terikat.

Wajahnya terus bertukar dingin. Dia senyum sinis. "Aku diculik," bisik kanak-kanak lelaki itu. Dia kekal bertenang.

"Kita di mana?" soal kanak-kanak lelaki itu. Tangan dan kakinya terikat ketat. Dia pandang sekeliling bilik itu.

Tiada siapa yang menjawab soalan daripadanya. Kanak-kanak itu pandang sekeliling kawasan itu.

Tiba-tiba suasana bertukar pula. Ayden kini berada di dalam sebuah pejabat. Dia memandang kanak-kanak lelaki yang wajahnya menampakkan kematangan yang sepatutnya tiada di wajah kebudak-budakkannya.

Dia sedang bertelagah dengan seseorang. Ayden hanya berdiri. Pergerakannya terbatas. Dia tidak mampu untuk bergerak mahupun bersuara.

Tiba-tiba budak lelaki itu mengeluarkan pistol daripada belakang poketnya. Dia terus menghalakan ke arah lelaki di hadapannya.

BANG! BANG!

"NO!" Ayden terus menutup matanya. Namun, dia seakan-akan masih dapat melihat wajah lelaki yang ditembak oleh budak lelaki itu. Dia pegang kepalanya kemudian perlahan-lahan membuka matanya.

Suasana bertukar sekali lagi. Budak lelaki itu sedang berbual-bual dengan rakannya. Ayden seakan-akan mengetahui butir perbualan mereka walaupun dia tidak mendengar suara mereka.

Kepala Ayden terus menggeleng. Dia terus menerpa ke arah kedua-dua budak lelaki itu. Dia cuba menarik tangan salah seorang budak lelaki itu untuk mengikutnya.

"Kau kena ikut aku, Ren. Onegai!" kata Ayden sambil menarik tangan budak lelaki itu. Namun, kata-katanya tidak dipedulikan oleh kedua-dua budak lelaki itu. Kehadirannya seolah-olah tidak disedari oleh mereka berdua.

Ayden pandang sekelilingnya. Dia nampak seorang lelaki sedang mengacukan pistol ke arah budak lelaki yang dipanggilnya Ren itu.

"NO!" jerit Ayden. Lantas dia terus berdiri di hadapan pistol bagi menghalang peluru itu. Namun, peluru itu menembusi tubuhnya, mengenai targetnya iaitu Ren.

Pada masa yang sama, kedengaran beberapa das tembakan mengenai tubuh Ren. Ayden pandang Ren yang tumbang namun sempat disambut oleh rakannya. Rakannya terus menjerit, meraung nama Ren.

Perlahan-lahan, dia memusingkan tubuhnya. "REN!" jerit Ayden.

Serentak dengan itu, Ayden terbuka matanya. Nafasnya ibarat dia baru menghabiskan larian marathon. Terlalu lelah. Peluh di dahinya disekanya. Dia pandang ke sekelilingnya.

Barulah dia menyedari bahawa dia masih berada di pejabat. Pandangannya jatuh pada Yasmin yang sedang berlutut di sebelahnya dan masih terpaku memandangnya.

"Yasmin?"

----------------------------------------------------------------

TUK! TUK! Yasmin mengetuk pintu bilik Ayden.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now