Bab 16

974 73 26
                                    

Perlahan-lahan Ayden meletakkan tubuh Yasmin yang dicempungnya di atas katilnya.

Sewaktu dia ingin membuka pintu penthouse yang diduduki Yasmin, Yasmin mengigau, membuatkannya berasa kasihan untuk meninggalkan Yasmin keseorangan di rumahnya.

Dia terus membawa Yasmin masuk ke rumahnya. Namun, rumahnya sendiri tidak mempunyai bilik tetamu. Bilik-bilik kosong di penthousenya digunakan untuk urusan kerja. Terpaksalah dia meletakkan Yasmin di biliknya sendiri.

Ayden membetulkan selimut yang membaluti tubuh Yasmin. Dia mengeluh perlahan. Tudung yang dipakai oleh Yasmin sengaja tidak ditanggalkan kerana dia tahu, sekiranya dia menanggalkan tudung Yasmin, pasti dia akan dimarahi oleh Yasmin apabila dia bangun kelak.

Apabila memastikan Yasmin dalam keadaan baik, dia terus keluar daripada biliknya. Tidak elok sekiranya dia berlama-lama di situ. Matanya mengerling ke arah Yasmin sebelum keluar. Apabila melihat keadaan Yasmin yang diam tidak terkutik, dia terus keluar daripada ruang bilik itu.

Ayden melangkah keluar sambil tangannya sibuk mendail nombor seseorang di telefon pintarnya. Dia menunggu talian itu bersambung sambil berjalan menuju ke arah sofa ruang tengah penthousenya.

“Assalamualaikum, abang,” kedengaran suara lelaki di corong telefon pintarnya.

Apabila talian di sambung, Ayden menggesek butang pembesar suara. Dia meletakkan telefon pintarnya di atas meja.

“Waalaikumusalam. Ryan free tak sekarang ni?” soal Ayden.

“Kenapa?” kedengaran suara Aryan bertanya.

“Yasmin hampir diculik,” beritahu Ayden, pendek. Dia meraup-raup wajahnya.

“Huh?! Are you serious?” soal Aryan, kuat.

“Yes.”

“Then, dia ada kat mana?” soal Aryan.

“My penthouse. Kau datang penthouse aku. Temankan aku. Tak elok kalau aku sorang-sorang kat sini,” kata Ayden.

“Okay. Aku datang sekarang. Kau nak aku bawa apa-apa tak?” soal Aryan.

“Kenji. Bring Kenji along. He can check her condition,” kata Ayden.

“Abang Eden tak bawa dia pergi hospital lagi?” soal Aryan.

“She’s asleep. And I don’t want to disturb her sleep. So, kau bawa Kenji ke sini,” arah Ayden.

Aryan angguk. Mereka berbual seketika sebelum talian diputuskan.

Ayden mengeluh. Dia meraup-raup wajahnya sebelum badannya disandarkan ke sofa yang didudukinya.  

Kehadiran Yasmin telah menyerabutkan hidupnya. Segala perancangan hampir musnah kerana Yasmin. Nampaknya, dia perlu berundur buat seketika. Zaquan turut bersetuju setelah menimbang baik buruk keputusan mereka.

Mungkin dalam 3 bulan lagi sewaktu aution di UK, mereka akan bertindak. Dia mahu menyelesaikan kes itu secepat mungkin. Dia sudah penat. Sudah 22 tahun dia bergelumang dalam kes itu. Kes yang memisahkannya dengan keluarganya selama 5 tahun.

5 tahun dia terpisah dengan keluarganya angkara hasad dengki manusia. Sehingga sekarang, dia masih merasakan jurang antara keluarganya. Dia sendiri tahu adik-adiknya berasa tidak selesa dengannya. Oleh sebab itu, dia lebih senang tinggal di penthousenya. Dia tidak mahu adik-adiknya berasa tidak selesa. Dia mahu menjarakkan hubungan mereka.

Harapannya agar kes itu diselesaikan dengan kadar segera. Keluarganya berada dalam bahaya kerananya. Disebabkan dia berjaya bebas daripada mereka, keluarganya pula menjadi buruan. Dia tidak mahu membahayakan keluarganya meskipun ibu bapanya tidak pernah menyalahkannya.

Aku Milik KamuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ