Bab 40

1.2K 101 30
                                    

~Double update, 2/2~

"Do you love Eden?" soal Amylia, tiba-tiba.

Yasmin tersedak apabila mendengar soalan daripada Amylia itu. Selepas makan, mereka telah berpisah dengan suami mereka kerana mereka tidak mahu terlibat dalam perbincangan yang mungkin akan membosankan mereka.

Yasmin terus meletakkan kembali cawan teh yang dipegangnya. Umairah yang duduk di sebelah Yasmin mengurut-urut belakang Yasmin.

"Kau ni, Amy. Ada ke tanya macam tu pada Yasmin," kata Umairah.

Amylia hanya tersengih. "I'm sorry. Tapi, aku tertanya-tanya. Seems like you married him because of your safety," kata Amylia.

Yasmin pandang Amylia. Dia tertanya-tanya tentang kata-kata Amylia itu.

"Kalau kau nak tahu, perkahwinan aku dengan Syahran Daniel juga seperti kau. Aku berkahwin dengan abang Ran sebab dia nak protect aku daripada serial killer yang mahukan nyawa aku dan abang Ran," kata Amylia, perlahan.

Yasmin terkelu. Tiada perkataan yang dapat diluahkan apabila mendengar kata-kata Amylia itu.

"Like you, my parents are murdered by the serial killer. You lost your twin sister and I lost my parent. Different but it is not much different. We lost our loved one," kata Amylia sambil mengambil cawan yang terisi teh di hadapannya lalu menghirupnya perlahan.

Suasana di situ sunyi buat seketika sebelum Amylia menyambung kata-katanya. "So, kau harus kuat. Jangan pernah mengalah dengan apa yang terjadi ni. Your husband ada di sisi kau. Ada untuk melindungi kau," kata Amylia, lembut sambil meletakkan cawannya kembali ke piringnya.

Amylia merenung ke anak mata Yasmin. Dia mahu memberi kekuatan pada gadis di hadapannya itu.

"Betul kata Amy. Kita sebagai isteri haruslah menjadi kekuatan kepada suami kita. Mereka perlukan kekuatan kita untuk teruskan segala apa yang mereka lakukan. Ingat, di belakang lelaki yang berjaya, ada perempuan yang menyokongnya. So, never you give up," kata Umairah pula.

Yasmin senyum. Dia tahu wanita-wanita yang berada di hapadannya pernah melalui pelbagai dugaan untuk sampai ke tempat mereka hari ini. Lihat sahajalah Umairah yang sudah menjadi Princess of Belgian. Amylia pula seorang pegawai forensik yang bekerja untuk FBI.

Tiada siapa yang dapat capai apa yang dikehendaki tanpa sebarang dugaan dan cabaran. Sudah pasti, pelbagai usaha untuk mencapai kejayaan itu diperlukan. Bukan mudah untuk menggapai impian dan kebahagiaan.

"Thanks for the advice. I really need it. Sebab aku pun kadang-kadang tersungkur," kata Yasmin.

"Tiada siapa di dunia ini tidak pernah tersungkur. Yang membezakan orang berjaya adalah bagaimana dia bangkit melawan segala cabaran itu. So, ingat! Kau ada ramai orang untuk melindungi kau," kata Amylia.

"Tapi, aku tak mahu aku sahaja yang dilindungi. Aku juga mahu melindungi orang yang tersayang," kata Yasmin.

Amylia dan Umairah berpandangan. Mereka tersenyum. Mereka juga seperti Yasmin. Wanita yang tidak lemah apabila diuji sesuatu.

"If you don't want to be always protected, you should grow yourself. Keep yourself stronger," kata Umairah.

Yasmin mengangguk. Dia faham di sebalik kata-kata Umairah.

"And kau tahu kan yang sekarang ni kau dalam perlindungan abang Ran kan?" soal Amylia.

Sekali lagi Yasmin mengangguk. "Yes, Adam ada beritahu."

"Good. So, jangan risau sangat. Suami kau juga ada dalam perlindungan banyak organisasi. And Eden sendiri punyai orang-orang yang hebat. Don't worry too much," kata Amylia.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now