Bab 4

1K 62 2
                                    

Italics – Bahasa Jepun

Yasmin melangkah masuk ke dalam bangunan mewah itu. Kakinya melangkah ke arah penyambut tetamu yang tersenyum manis ke arahnya.

Konichiwa,” sapa Yasmin.

Konichiwa. Ada apa-apa yang perlu saya bantu?” soal penyambut tetamu itu.

Yasmin senyum lalu dia mengeluarkan surat tawaran kerja yang diberikan oleh Aryana semalam.

Hai, nama saya Yasmin. Saya datang ni untuk jumpa dengan Kawamura Jun-san untuk kerja ni,” ucap Yasmin, lembut sambil menunjukkan surat perlantikan itu.

Penyambut tetamu itu senyum lalu meminta Yasmin untuk menunggunya seketika.

Yasmin hanya mengangguk sambil memandang sekeliling kawasan itu. Bangunan 15 tingkat itu milik keluarga Fujiwara. Keluarga Fujiwara mempunyai rangkaian perniagaan terbesar dalam pelbagai bidang seperti barang kemas, pakaian dan juga pengangkutan sama ada di darat mahupun udara.

“Sya!” panggil seseorang.

Yasmin yang mendengar namanya dipanggil terus memandang ke arah Aryana yang sedang berjalan mendekatinya. Sut bekerja tersarung di badan Aryana menyerlahkan kecantikan dan karismanya sebagai salah satu akauntan dan ahli lembaga pengarah syarikat itu.

“Yana,” tegur Yasmin sambil tersenyum. Namun, senyumannya mati apabila melihat Aryan yang berada di sebelah adik perempuannya.

Aryana yang sedar Aryan berada di sebelahnya terus menghalau abangnya. “Abang Ryan pergi main jauh-jauh. Kacau mood Sya je pagi-pagi ni,” kata Aryana.

Aryan pandang Aryana tanda tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. “Sanggup Yana halau abang?” katanya sambil memegang dadanya, tanda terluka dengan kata-kata Aryana itu.

Aryana menjeling. “Tak payah nak berdrama. Just go away,” kata Aryana.

Aryan ketawa. Kemudian, dia memandang Yasmin yang masam mukanya. “Good morning, my dear sis. Tak payah masam-masam macam tu. Dah tak cantik dah rupa Ifa ni,” usik Aryan.

Yasmin membulatkan matanya. “Don’t you ever say a word. Kalau tak aku report pada Ifa. And one more thing, I’m not Ifa,” ugut Yasmin.

Aryan terus mengangkat tangannya. “Okay, okay. Aku stop. Tapi, betul apa aku kata ni. Tak cantik dah rupa bakal kakak ipar aku ni,” usik Aryan lagi.

Yasmin terus mengambil fail yang dipegangnya lalu ingin dibaling ke arah Aryan. Aryan hanya ketawa. Dia terus melarikan dirinya.

“Yasmin-san,” panggil penyambut tetamu itu.

Yasmin terus berkalih memandang penyambut tetamu itu. “Yes?”

Kawamura-san kata cik boleh naik ke tingkat 15. Boleh jumpa dengan dia di sana,” kata penyambut tetamu itu, lembut. Wajahnya dimaniskan apabila melihat Aryana dan Aryan yang turut berada di situ. Apabila dia melihat interaksi antara Yasmin dan bos-bosnya itu, dia dapat merasakan bahawa wanita yang berada di hadapannya bukan calang-calang orangnya.

Yasmin mengangguk. “Okay, saya naik ke tingkat 15 dahulu,” kata Yasmin.

Aryana yang mendengar kata-kata penyambut tetamu itu terus memegang lengan Yasmin. “Jom, aku bawa kau ke atas. Abang Eden mesti dah ada kat atas. Dia pergi office lagi awal daripada kami berdua,” kata Aryana.

Yasmin pandang Aryana. Dia hanya menurut kata-kata Aryana memandangkan dia sendiri tidak mengetahui susun atur bangunan itu.

Aryana, Aryan dan Yasmin terus berjalan ke arah lif bangunan itu. Keadaan di hadapan lif itu sesak dengan para pekerja yang ingin ke pejabat masing-masing. Namun, masing-masing memberi laluan kepada Aryana, Aryan dan Yasmin.

Aku Milik KamuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin