Bab 14

932 67 20
                                    

Yasmin pandang sekeliling kawasan koridor bangunan itu. Dia terus menekan loceng rumah Ayden itu. Sambil-sambil itu dia dapat memerhati kawasan persekitaran itu. Hanya dua unit penthouse ada di tingkat itu. Matanya meliar memandang koridor yang nampak begitu mewah.

Pintu rumah Ayden terbuka. Terjengul wajah masam Ayden.

"You look upset," kata Yasmin, menyindir Ayden yang berwajah masam itu.

"What do you want?" soal Ayden, dingin.

Yasmin sengih. "Saya ada benda nak tanya. Boleh kita bincang?" soal Yasmin.

Ayden mahu menolak permintaan Yasmin namun tidak jadi apabila perbualan mereka terganggu oleh bunyi kucing Ayden.

Yasmin terus memandang kaki Ayden. Matanya terbeliak. Dia terus duduk bertinggung, membelai kucing yang sedang menyondol manja di kaki Ayden.

Yasmin senyum lalu terus mengangkat kucing berwarna putih yang gebu itu.

"Comelnya. Ni kucing awak ke?" soal Yasmin.

Ayden menarik nafas panjang. Dia menahan dirinya daripada meninggikan suaranya.

"Bagi Dear aku," kata Ayden.

Riak wajah Yasmin berubah. Dia menahan tawanya. "Nama kucing awak Dear?" soal Yasmin.

Wajah Ayden masam. Dia tidak menjawab.

Yasmin senyum apabila melihat wajah Ayden yang masam itu. "Dingin tapi sebenarnya dalam hati, lembut yang amat. Ada ke bagi nama kucing Dear?" gumam Yasmin.

Ayden memicingkan matanya. Dia pandang Yasmin yang tersenyum-senyum itu.

"Kau kutuk aku?"

Segera kepala Yasmin digelengkan. "Takde lah. Fujiwara-san, boleh kita bincang? Saya nak tanya banyak benda pada awak ni," kata Yasmin.

Ayden peluk tubuhnya.

"Kau nak tanya apa?" soal Ayden.

Yasmin pandang sekelilingnya kemudian, dia pandang Ayden.

"Boleh kita bincang kat kafe mana-mana? Takkan kita nak bincang kat sini? And memang tak lah saya nak masuk ke rumah awak," pinta Yasmin.

Ayden tergeleng. "No need."

Dahi Yasmin berkerut. Dia pandang Ayden yang beriak selamba itu. Mata Ayden masih lagi memandang kucingnya yang berada di dalam dakapan Yasmin.

"Kau masuk la. Aku ada guest so, we are not alone inside my house," kata Ayden. Badannya dialihkan ke tepi, bersandar di pintu penthouse itu.

Yasmin pandang Ayden. "Siapa?"

"Kenapa? Kau takut?" soal Ayden.

Yasmin mencebik. Dia terus menonong masuk ke dalam penthouse itu tanpa mempedulikan Ayden sambil membawa kucing Ayden.

"Hey, Yas," sapa Zaquan.

Yasmin terus berpaling memandang Ayden yang berada di belakangnya. "Zaquan?"

Ayden angguk. "Yes. Kenapa? Sehari cuti, takkan dah lupa officemate sendiri?" sindir Ayden.

Yasmin mencebik. Pandanganya kembali ke arah Zaquan.

"Awak buat apa kan sini?" soal Yasmin.

Zaquan tersengih. "Got works from boss," kata Zaquan.

Yasmin mengerling ke arah Ayden yang kembali duduk di sofa empuknya itu.

"Dah habis office hour ni? Still ada kerja lagi? Fujiwara-san memang kejam betul," kata Yasmin.

Riak wajah Ayden hanya beku. Dia tidak memberi sebarang reaksi ke atas komen yang diberikan oleh Yasmin itu.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now