Bab 6

1K 68 4
                                    

Kereta mewah Ayden berhenti di bahu jalan hadapan beberapa blok apartment itu.

Arigatou,” ucap Yasmin sambil cepat-cepat keluar daripada kereta mewah itu.

Aryana ketawa melihat gelagat Yasmin itu. Sepanjang perjalanan dari pejabat mereka ke La Colline Shibuya itu, Yasmin hanya mendiamkan diri sahaja. Hanya kedengaran suara Aryana dan Ayden yang berbual-bual kosong sahaja.

Aryana turut melangkah keluar daripada kereta Ayden itu. Mereka terus berjalan menuju ke pintu utama apartment 10 tingkat itu. Sambil itu, Aryana memerhati sekeliling kawasan apartment itu.

“Rumah aku kat tingkat 3,” beritahu Yasmin sambil berjalan ke arah pintu masuk apartment itu.

Aryana mengangguk. Dia berpaling ke arah Ayden yang turut keluar daripada keretanya.

“Abang nak ikut?” soal Aryana.

Ayden senyap.

Aryana yang melihat Ayden masih lagi berbelah bahagi terus menarik tangan Ayden mengikutnya berjalan ke arah Yasmin yang sedang menunggu lif itu.

Yasmin berpaling memandang ke arah sebelahnya apabila mendengar tapak kaki mendekatinya. Matanya membulat apabila melihat Ayden turut mengikut langkah Aryana itu.

Yasmin terus menarik lengan Aryana, menjauhi sedikit daripada Ayden.

“Apa yang abang kau buat kat sini?” soal Yasmin.

Aryana senyum. “Dia pun nak tengok juga apartment kau,” kata Aryana.

Yasmin menjegilkan matanya. “Masalahnya sekarang, dia tiada hubungan dengan aku. He’s not my mahram,” kata Yasmin.

Aryana ketawa. “Ala, aku ada la. Don’t worry. Abang Eden gentleman.”

Yasmin gigit bibirnya. Kemudian, matanya memandang ke arah Ayden yang turut memandang ke arah mereka berdua. Kening Ayden terjungkit sedikit.

Aryana hanya tersengih apabila menyedari abangnya sedang memerhati gelagat mereka berdua.

“Ada apa-apa ke yang tak kena?” soal Ayden.

“Nothing,” ucap Aryana.

“Dah, jom kita naik atas,” kata Aryana apabila lif di hadapan mereka terbuka.

Ayden dan Aryana terus melangkah memasuki lif itu. Yasmin pula masih teragak-agak untuk mengikut langkah mereka berdua.

“Takkan aku pula yang nak tunjuk apartment kau, Sya? Cepat la,” gesa Aryana apabila melihat Yasmin masih tidak berganjak itu.

Yasmin mengeluh. Dia terus melangkah masuk ke dalam lif itu. Yasmin terus menekan butang 3 di panel lif itu.

Kemudian, dia pandang ke arah Ayden dan Aryana. “Let me be clear to both of you. My apartment is small. Only enough for me. And you, Yana, jangan nak complaint macam-macam,” kata Yasmin.

“Tapi..,” Aryana ingin membantah.

“Nak tengok apartment aku, so, kau kena ikut cara aku. Kalau tak, kau boleh balik,” kata Yasmin sambil tersengih.

Aryana mencebik. Dia angguk kepalanya, bersetuju dengan syarat Yasmin itu.

TING! Pintu lif terbuka lalu Yasmin terus melangkah keluar daripada lif itu. Dia berjalan menuju ke arah pintu apartmentnya.

Yasmin kembali memandang Aryana dan Ayden yang sedang memerhati sekeliling kawasan koridor apartment itu. Dia senyum apabila melihat riak wajah Aryana yang berubah. Manakala, riak wajah Ayden masih lagi beku, tidak berubah.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now