Bab 2

1.2K 70 12
                                    

Italics – Bahasa Jepun

Seorang lelaki berpakaian sut hitam melangkah dengan yakinnya di sepanjang laluan lapangan terbang itu. Aura maskulinnya membuatkan ramai yang menoleh ke arahnya. Di belakangnya, kelihatan beberapa orang yang turut memakai sut mengikut langkahnya.

"Fujiwara-sama," sapa pembantunya yang membukakan pintu kereta untuknya.

Ayden mengangguk membalas sapaan pembantunya, Jun. Dia terus masuk ke dalam kereta mewah itu.

"Tuan, ke mana destinasi tuan?" soal Jun sambil memandang Ayden yang sedang membetulkan duduknya.

"Fujiwara Mansion," jawab Ayden, sepatah. Dia membuka fail yang dihulurkan oleh Jun sewaktu mula-mula masuk ke dalam kereta itu.

Jun yang amat arif dengan perangai Ayden yang tidak banyak bercakap itu terus mengarahkan pemandu kereta itu memandu ke rumah keluarga Ayden.

"Apa situasi syarikat?" soal Ayden, pendek. Matanya tidak mengangkat daripada dokumen yang berada di hadapannya.

"Kita baru sahaja melancarkan beberapa produk musim panas. Produk tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada public," jawab Jun, serius.

Kepala Ayden terangguk-angguk. "I want a report related to the products to be ready tomorrow on my table," kata Ayden.

"Baik, tuan," ucap Jun.

Ayden baru pulang daripada UK menguruskan anak syarikat mereka di sana. Anak syarikat mereka mempunyai masalah yang memerlukan kehadiran dia menyelesaikan masalah itu.

Ayden mengangkat kepalanya lalu meletakkan dokumen yang dibacanya di tepi apabila merasakan matanya terlalu penat. Dia mengurut-urut lembut dahinya. Kemudian, matanya meliar di luar kereta itu.

Dia memerhati kawasan itu. Matanya menangkap kelibat seorang gadis bertudung yang sedang dikerumuni oleh sekumpulan lelaki. Walaupun ramai manusia melalui kawasan itu, mereka langsung tidak mempedulikan gadis yang dikerumuni kumpulan lelaki itu.

"Stop!" Ayden mengarahkan pemandunya memberhentikan kereta di bahu jalannya.

Hati Ayden jatuh kasihan dengan gadis itu. Dia terus keluar daripada kereta itu lalu melangkah ke arah kumpulan lelaki itu.

"Anata (my dear)," panggil Ayden.

Gadis itu memandang Ayden yang berjalan ke arahnya. Wajahnya terpapar perasaan hairannya.

Ayden memberi isyarat kepada gadis itu. Gadis itu seakan-akan memahami apa yang dimaksudkan oleh Ayden itu. Dia meloloskan dirinya daripada kelompok lelaki-lelaki itu lalu berjalan ke arah Ayden. Dia segera menyorok di belakang badan tegap Ayden.

"Apa yang kau mahu daripada wanita ini?" soal Ayden dalam bahasa Jepun.

Lelaki yang mengetuai kumpulan itu memandang Ayden.

"Siapa kau? Perempuan ini milik kami," jawab lelaki itu dengan angkuh.

Ayden ketawa sinis. Keadaan di situ dingin apabila mendengar ketawa sinis Ayden itu.

"Milik kau? Perempuan ini milik aku," kata Ayden, dingin. Matanya tajam menikam ke satu per satu wajah kumpulan lelaki itu.

"Fujiwara-sama," panggil Jun yang turut mengikut Ayden. Dia berdiri di sebelah Ayden.

Kumpulan lelaki itu tersentak apabila mendengar nama yang baru keluar daripada mulut Jun itu. Nama Fujiwara amat terkenal di kawasan itu.

Apabila kumpulan lelaki itu menyedari identiti Ayden, mereka terus melarikan diri.

Aku Milik KamuWhere stories live. Discover now